GAYA HIDUP

Majlis Pernikahan Tengku Bakar Dan Tengku Iman Abdullah

Pasangan sama cantik sama padan, Tengku Bakar dan Tengku Iman Abdullah mengikat tali perkahwinan dalam majlis serba-serbi penuh seri hasil kerja tangan Glam Wedding.

Dan yang berseri itu bertukar jadi lebih indah kerana mempelai menyarung busana rekaan Dato’ Rizalman Ibrahim. Sebut Rizalman di Instagramnya, tulle sutera untuk veil itu diterbangkan khas dari Sepanyol manakala sulaman benang dihasilkan sendiri oleh pasukan atelier-nya

Saya meneliti hampir setiap gambar yang dikongsi di merata laman Instagram, tidaklah jemu mata memandang, selayaknya mereka disatukan bersama.

Kami di Majalah.WM mengucapkan tahniah atas penyatuan ini.

Ya Allah Ya Rahim,

Daripada setinggi dan selaut kasih sayangMu,

Kau limpahkanlah rahmat jua keampunanMu kepada pasangan suami isteri ini.

Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan daripada permulaan ketenangan, kebahagian dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu.

Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia,

dengan taufik dan hidayahMu, beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.

Amin Ya Rabbal Alamin.

[thb_gap height=”20″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”6913″][thb_gap height=”20″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”6915″][thb_gap height=”20″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”6914″][thb_gap height=”20″]

Related posts

Resipi Daging Merah Thai Untuk Makan Beradap

adminwm

INFINIX MALAYSIA EMPOWERS ESPORTS TALENTS WITH MLBB PARTNERSHIP

adminwm

Just in time for the Christmas and New Year celebrations

admin

Leave a Comment