GAYA HIDUP

Main Kutu Ke… Menipu?

Penggunaan media sosial hari ini amat penting dalam kehidupan harian kita, selain untuk berkomunikasi ia mampu menjana pulangan hebat untuk berniaga atau mempromosi produk. Lebih menakjubkan ia menjadi tempat mencari teman lama yang berdekad tidak ditemui dan butir peribadi mereka ada di situ. Melalui pelbagai bentuk media sosial seperti Instagram, Facebook, email, mesej ringkas seperti Whatsapp, Twitter dan pelbagai aplikasi seperti Google misalnya bermanfaat untuk mencari maklumat. Segalanya begitu mudah dan menjadi kenyataan.

Teknologi canggih ini menjadi aset penting dan banyak kebaikannya bagi setiap orang yang mengikuti perkembangannya. Namun begitu ia juga mudah mengundang kontroversi, masalah dan mampu mencetuskan hasil yang negatif seperti ketegangan dalam masyarakat serta boleh menimbulkan huru-hara. 

Sebelum anda meneruskan bacaan kisah yang dirakamkan di ruangan IGeeFBee yang menemui anda buat kali pertamanya ini, majalahwm.com ingin menjelaskan bahawa ruangan ini diwujudkan atas cadangan beberapa pembaca setia majalah On-line kesayangan ramai ini untuk berkongsi detik-detik yang menarik agar kita sama-sama, bukan sahaja seronok membacanya  tetapi   belajar dan mengambil ikhtibar daripadanya.

Ruangan ini juga kami muatkan bukan untuk mencetuskan sensasi atau negativiti tetapi mencari positiviti dalam setiap kisah kehidupan yang bakal dipaparkan mulai keluaran bulan September ini dan bulan-bulan seterusnya.

Bacalah dengan minda terbuka dan berlapang dada. Insafilah detik-detik hitam yang terakam. Bagai mengutip serpihan kaca yang berkecai, berhati-hati supaya jari tidak terluka dan serpihan kaca dibuang jauh-juah. Anggaplah kesilapan yang terakam sebagai bibit-bibit indah yang mampu kita jadikan teladan agar kehidupan dapat kita teruskan dengan lebih matang, berhemah dan sebaliknya menjadi suatu kenangan yang indah. 

Selamat membaca. 

MAIN KUTU KE… MENIPU?

Sambil menunggu azan subuh dan berwirid, signal Whatsapp telefon berbunyi. Mengerling seketika, terpaparlah nama sipengirim di notification tetapi Zee (bukan nama sebenar) tak berhajat menjengah lebih lanjut. Hatinya terus berkata-kata, apa pula agaknya yang dimesejkan subuh-subuh buta ni? 

Memang dia tidak hairan pun, waktu-waktu itu Whatsappnya pasti akan mula memberi signal mesej masuk bertubi-tubi. Sampai berbelas-belas mesej kadangkala diterimanya khusus untuk mengucapkan salam tahajud, kiriman doa, kata-kata hikmah, salam subuh dan ucapan selamat pagi daripada teman dan kenalan serta saudara-maranya yang ramai. 

Tetapi hairan juga, kawannya yang seorang ini jarang masuk waktu-waktu begitu. Memikirkan itu membuat hatinya cuak. Namun dia berat untuk menjawabnya; takut terbawa-bawa dan boleh berlarutan. Pernah dua tiga kali, tanpa disedari dah hampir jam 6.30 pagi asyik jawab-menjawab Whastapp, masih tak bersolat subuh. Sejak itu dia serik!

Belum pun sempat dia membuat keputusan untuk menjawab atau tidak, signal masuk lagi. Pengirim yang sama. Memandangkan waktu azan ada beberapa minit lagi dia membacanya. Manalah tau kalau-kalau ada hal penting.

Begini mesejnya:

Whatsapp pertama si pengirim: Assalam. Zee I nak cerita sikit kat U ni, You ingat tak I ckp hal main kutu kat U dengan kawan kita hari tu? Mujur u tak masuk, U are so lucky! Dah empat bulan kita orang main dah ni and it’s my turn tapi you tau tak I masih tak dapat lagi duit I penuh. I tengah stress giler ni!

Geram tau! Main semua 15 orang tapi yang baru bayar cuma sembilan orang saja. Ni dah tujuh haribulan. RM15k is a lot of money! Specially now and I have plans for it. Nanti kita calling-calling. I nak citer kat you semua hal ni panjang lebar. Yang buat I tak sedap hati ni bulan lepas pun dengarnya dua nama lewat sampai tengah bulan.

Whatsapp kedua si penggirim: U dah baca ke? Tak baca lagi la tu? U ni… I tengah                    

suspen ni!!! I tau U dah bangun. Take a bit of your timelah, baca pleaseee!!!

Aduh! Getus Zee. Itu rupa-rupanya cerita dia pagi-pagi buta tu. Mendesak betul. Begitulah permulaan cerita teman baiknya Datin Jun (bukan nama sebenar) Masalahnya, selalunya kesilapan berpunca dari dirinya sendiri. Sama ada kerana dia salah faham, terburu-buru buat andaian atau keputusan. Memang sifatnya tak penyabar dan selalu saja tergopoh-gapah. 

Zee mengenali dia sejak mereka di kolej lagi sampailah mereka berkahwin dengan jejaka pilihan mereka masing yang juga adalah buddies sejak mereka bersekolah menengah lagi dan hinggalah mereka beranak-pinak dan mencecah usia pertengahan 40-an sekarang. 

Apapun, yang buat Zee senang dengan Datin Jun dan masih kekal berkawan hingga ke hari ini ialah kerana sifatnya yang baik hati dan suka menolong orang. Tetapi jangan buat hal dengan dia, memang cari nahas! 

Dalam group Whatsapp mereka, dia memang terkenal kerana selalu saja ada komen, komplen atau timbulkan isu. Apapun Zee cuba bersikap neutral dan tidak mahu berprasangka malah sebagai kawan baik, sememangnya dia patut mendengar keluhan temannya itu yang sedang bermasalah. Lets give her the benefit of the doubt this time around, bisik Zee mententeramkan dirinya sendiri.

Lebih kurang sejam kemudian telefon berdering. Menjawab salamnya, laju Jun bercerita meluahkan perasaan dan geramnya. Zee hanya mampu mendengar dan cuba menenangkannya dan menasihati dia agar tidak terburu-buru membuat tindakan. Bimbang juga Zee bila Datin Jun berkeras mahu viralkan dalam Instagram dan Facebooknya. Ini dah kerja gila, getus Zee!

“Ok! Ok! I faham perasaan you and I will try and help apa yang boleh… but can you please call me back after lunch. I memang tengah tension ni nak prepare for my presentation. I tak boleh cakap dah. You call later… bye!” pintas Zee. Dia pasti tindakannya itu buat Datin Jun marah namun dia terpaksa kerana masa memang tidak mengizinkannya. 

Jam 10.00 pagi dan seperti yang dijanji, Zee sudah pun berada di bilik mesyuarat untuk membuat pembentangan. Sedang dia sibuk membuat presentasi dengan pelanggannya, signal Whatsapp masuk. Dia dapat mengagak siapa penghantarnya dan marah pada dirinya kerana tidak sempat mematikan fonnya. Namun dia buat tidak peduli dan meneruskan kerjanya.

Tidak pun sampai beberapa minit kemudian signal berbunyi lagi kali ini Zee naik geram namun meneruskan saja presentasinya. Hinggalah lebih kurang 10 minit kemudian telefonnya pula berdering. 

“Aduh!” Getus Zee, “Masih tak faham-faham lagi ke?” Dengan senyuman hambar dan memohon maaf pada klien sambil mencapai telefonnya dan terus memadamkannya. Kesal betul dia kerana terlupa. Sepatutnya lebih awal dimatikan fonnya sedangkan dia tahu itu saat getir baginya untuk menguasai minat klien and lock the deal

“Habislah!” katanya dalam hati. Kalau deal dengan pelanggan ni kantoi, siap kau Jun! Memang kena dengan aku!” 

Berbalik pada cerita Datin Jun, memang seperti yang Zee sangka, entah berapa kali dia menerima Whatsapp dan panggillannya. Nasihat Zee sama saja, selidik dan bincang dulu. Jangan sekali-kali diviralkan kerana Zee memikirkan ‘ketua kutu’ atau orang yang dIperkatakan itu adalah juga kawan mereka berdua.

Malamnya, sedang menjamu makan malam dengan keluarga, telefon Zee berbunyi, malah beberapa ketika sedang dia menyiapkan juadah petang itu pun memang ada kedengaran beberapa signal pesanan yang masuk tapi dia tidak mengindahkanya dan bercadang mengambil sedikit masa berehat dan membelek telefon kemudiannya.

Menjawab panggilan tersebut membuat Zee kalut. Si pemanggil rupa-rupanya Sofea, juga ahli group Whatsapp “SuperWomen” (bukan nama grup Whatsapp sebenar) yang mereka bentuk empat tahun lalu. Masa itu mereka sering berjumpa, berseronok-seronok, minum petang atau beriadah hujung minggu. 

Mula-mula mereka berlima saja dan lama- kelamaan masing-masing membawa kawan masuk dalam group dan mereka menjadi serasi sebagai satu kumpulan maka timbullah hasrat untuk jadikan kumpulan mereka lebih bermanfaat. Daripada asyik berseronok-seronok ada baiknya jika mereka gunakan masa, kelebihan dan kekuatan masing-masing membuat kerja-kerja kebajikan.

Zee maklum sebelum ini yang Sofea juga adalah salah seorang daripada mereka yang menyertai kumpulan kutu tersebut. Ketika mendengar cerita ringkas Sofea, meluap-luaplah darah Zee. Apa pun seperti yang disarankan Sofea, sebaik memutuskan talian perbualan, Zee terus membuka FBnya. 

“Astagfirullah Jun” itu sahaja yang terucap oleh Zee berkali-kali. Amarahnya tidak terhingga. Tidak patut Datin Jun buat begitu.

Begini mesej yang dimuatnaiknya:

“To U my dear friend yang sanggup menipu dan membelit kawan baik sendiri! I think you know who you are. You takkan lepas kalau buat kerja macam ni dan menipu kawan baik you sendiri.

I hope you dapatkan semua duit yang I patut terima. Or else I akan viralkan terus nama you sekali in the next post. At least the people out there know that you exist and be more careful than me. I give you three days if you don’t come back with a solid reason and explanation… and with the money, I tak akan teragak nak bertidak lebih keras! Itu saja pesan I!”

SuperWomen Tapi Tak Berhemah

Walaupun ringkas yang ditulisnya namun cukup kuat impaknya untuk menarik perhatian ramai teman-teman yang membacanya. Banyaklah panggilan yang diterima Zee malam itu. Terlalau marah, Zee tidak mahu pedulikan. Biar saja kes Datin Jun itu berlalu dan bercadang tidak akan menjawab lagi panggilan mahupun mesejnya buat seketika. Selepas panggilan Sofea, bertubi-tubilah pula panggilan daripada kawan-kawan lain yang masuk dan mencelah mencari kepastian.

Jemu Zee menjawab pertanyaan dan Whatsapp mereka; Betul ke cerita tu? Datin Jun ada cakap apa-apa tentang hal tu dengan you ke? Siapa yang sebenarnya menipu dan macam-macam lagi soalannya yang memang Zee tahu ramai yang sudah maklum tapi sekadar mendapat kepastiannya sebab mereka tahu dia dan Datin Jun memang rapat macam adik-beradik. 

Dalam masa 48 jam, terlalu banyak yang tersebar dan banyak pula lah kerosakan telah terjadi. Nama baik orang yang diviralkan sudah tercemar dan telah memberi impak yang besar bukan sahaja kepada keharmonian group Whatsapp “SuperWomenmereka malah sudah menular ke luar group lain juga. Walaupun sudah tidak mampu malah tidak gemar langsung untuk menjawab soalan-soalan mereka, Zee bercakap juga demi menasihati mereka supaya jangan heboh-hebohkan hal itu sedangkan masih tidak pasti hujung pangkalnya dan apa yang sebenarnya berlaku. 

Aduh! Malunya! Fikir Zee kerana ada group Whatsapp dan Facebook yang di luar turut memuat naik dan memberi komen masing-masing. Tidak disangkanya tiba-tiba ahli group berperangai macam anak kecil walhal dalam group yang terdiri daripada 28 orang semuanya, mereka ramai profesional berjawatan tinggi termasukalah ahli perniagaan berjaya dan setidak-tidak pun homemakers yang bersuamikan orang berprofil tinggi dalam kerajaan mahupun korporat, juga beberapa ibu tunggal berjaya malah empat orang pula berstatus mak datin dan seorang puan sri.

Apapun Zee cuba berfikir secara waras, namun untuk berbual mencari kepastian daripada Datin Jun bukan hasratnya lagi. Cuma dia teringin untuk menghubungi orang yang berkenaan tapi bimbang nanti dikatakan busybody dan menyebuk-nyebuk pula.

Akhirnya bila memikirkan demi kesejahteraan “SuperWomen” yang mereka tubuhkan untuk tujuan silaturahim dan menyalurkan sumbangan serta kerja amal, dan sebagai salah seorang administrator Zee melembutkan hatinya untuk bertindak. Lebih lagi apabila melihat mesej yang bukan-bukan dan melampau yang dimuatkan oleh ahli-ahli grup juga individu luar semakin menular. 

Dalam empat hari, pos yang dimuatnaik dalam IG dan FB dilihatnya sudah melampaui batas dan telah timbul pula dua puak yang menyokong Datin Jun, sementara yang satu lagi mengecam sikapnya yang sanggup mengaibkan kawan sendiri. Hanya beberapa kerat saja yang masih tertanya-tanya apakah yang sebenarnya berlaku dan bersikap neutral.

Kes Datin Jun itu sudah menjadi begitu kecoh dan serius hingga suami yang dituduh pun masuk campur dan ramai yang membuat andaian dan kutukan yang melampaui batas hingga kononnya ada pula yang menjadi batu api hingga terlihat saranan untuk saman-menyaman, dipendekkan cerita, mahu atau tidak, Zee terpaksa masuk campur. 

Sekadar ingin memperbetulkan perkara tersebut dan jika boleh Zee mahu ahli group kembali berbaik semula dan kembali menjalankan aktiviti juga kerja-kerja amal yang sekian lama mereka buat sejak group SuperWomen ditubuhkan. 

Sehari berlalu namun Zee masih belum berjaya mendapat apa-apa maklum balas daripada XXX (nama samaran bagi tertuduh). Zee memutuskan menghantar mesej melalui personal Whatsapp saja.  

Begini Whatsapp Zee dengan XXX 

Zeedah: Assalam! Hope this message finds you well and I harap u terima dalam keadaan sejahtera dan tenang. I dah baca macam-macam dalam Facebook and Whatsapp group. Tak perlu sebutlah siapa dan apa perkaranya. You know and I know what had transpired. I harap you jangan salah faham kenapa I message you ni. Too many opinions and nasty words had been posted and as the administrator of our SuperWomen, Whatsapp group, I think it’s just fair that I know what is happening. 

I seriously want to know what exactly has happened. Itu saja coz, you both are my friends and I want you to know this… I’m not siding anyone here. I just need to know the truth and put things right.

Tq dear. Please get back to me asap!

Tidak sampai pun 15 minit dia mendapat signal Whatsapp. Berdebar jantungnya melihat nama si pengirim. Orang yang ditunggu-tunggunya! Menyebut perihal inginkan kebenaran, mengucap tidak berkesudahan sebaik Zee selesai membaca jawapan XXX.

Mesej Whatsapp XXX:

“Wkumsalam. Actually I don’t feel like talking or even messaging on the issue to you or even anyone. Damage has been done. Kenapa baru sekarang orang nak tanya dan nak tahu kebenaran. Sebelum ni tiada siapa yang call atau mesej I. Ada satu dua tapi yang lain asyik mengumpat dan menuduh I macam-macam. 

Memang beberapa kali dia call tapi I tak sempat jawab. Sepanjang empat hari menghilang bukan nak bawa lari duit orang tapi I di kampung sebab emak I sakit. I only have a brother and he is still studying in college. My mum was sick and hospitalised in ICU. Takkan I tak balik? Siapa nak jaga dia? I memang silap, tapi bukan atas kehendak I… things just happened and I was really devastated.

You tau tak I tinggalkan anak-anak with my husband for that period of time just to look after after my mum. I was so busy and my area most of the time susah dapat signal. I have to handle everything alone and not only looking after her but to settle a few things when I was there. Memang I sangat sibuk. I dah tinggalkan mesej ke dia that I will collect the rest bila I balik and pass it to her. I memang terdesak and tak berniat langsung nak menipu atau buat orang macam tu. 

I even message her that I was so sorry and even told her to call those in the Kutu Group to check that I’m telling the truth. Tapi dia tak mahu faham sampai call my husband lagi. Dahlah tu, the worst… was the Facebook. That really put me to shame.” 

Dipendekkan cerita, hilang nak marah, Zee jadi simpati dengan apa yang berlaku kepada XXX. Sesekali terbit rasa kesal dia tidak melayan keluhan Datin Jun, jika dia beri sedikit masa mententramkannya mungkin kes ini tak berlanjutan sampai begini. Namun pada Datin Jun, yang telah membuat kesilapan besar itu Zee pening memikirkannya. Jika benar apa yang diperkatakan XXX, Datin Jun harus memohon maaf secara terbuka. Berpinar Zee memikirkan tindakan seterusnya. Seperti kata pepatah lama, bagai menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berterabur. 

Sejurus itu juga Zee cuba menghubungi Datin Jun tetapi tidak diangkat lalu mengambil keputusan menghantar mesej dan menceritakan hal sebenar seperti yang diceritakan oleh XXX. Tidak sampai satu jam, mesejnya berjawab.

Mesej Datin Jun:

“Wkumsalam. Yes. I know. XXX dah call I … and five of the Kutu Group ladies pun dah call I kata yang dia orang memang belum bayar pada XXX sebab dia tak datang collect lagi.

So it’s not my faultkan? Anyway I don’t feel like talking and seeing anyone for now!”

Apakah tindakan Zee seterus? Nasi dah jadi bubur! Jari yang ringan dan gatal saja menekan punat kecil telefon sudah melakukan kerjanya; menuduh, mengaibkan dan meninggalkan kesan dan impak yang besar pada yang dituduh. Kesal Datin Jun tidak terhingga malah agak rumit untuk diperbetulkan. Terlajak perahu boleh juga berundur tapi kalau dah terlajak katakan binasa?

Inilah padahnya jika menggunakan kemudahan teknologi tanpa membuat perhitungan bijak dan jika tidak berhati-hati. Ingin tahu apa kesudahannya perbalahan antara Datin Jun dan XXX? Apa kesudahannya dengan grup Whatsapp SuperWomen?

Dengan kebijaksanaan Zee dan budibicaranya, dia menjadi orang tengah bagi memujuk mereka berdua. Walaupun memakan sedikit masa, Selfie mereka bertiga dengan ibu XXX yang beransur pulih di kampung seminggu kemudian menjadi viral di kalangan mereka.

Pos foto mereka dalam Intagram dan Facebook yang di selitkan tagline:

Life is too short. We forgive and forget… mistake makes us wiser… bff!” menjadi viral dalam di kalangan grup-grup lain dan individu berkenaan. Malah tidak semena-mena kumpulan mereka menjadi bertambah besar ahlinya.  They became the best of sisters like never before.

Jika anda ada komen atau cadangan untuk dikisahkan dikongsi di keluaran akan datang sila mesejkan ke IGeeFBee melalui [email protected] 

.  

 

[thb_gap height=”40″]

Related posts

Burberry Supports Vulnerable Communities Globally Through Donation To UNICEF’S Covid-19 Vaccines Appeal

admin

Pinggan Viral Tidak Bagus Untuk Kesihatan?

admin

TIBA WAKTU ANDA MAKAN KUMQUAT

admin

Leave a Comment