GAYA HIDUP

Limau Nipis, Ia Ubat, Ia juga Makanan

Limau Nipis (nama botani: Citrus aurantifolia) ialah sejenis tumbuhan yang buahnya dijadikan air minuman dan juga dicampur dalam masakan. Limau nipis dipercayai berasal dari India dan Myanmar atau Asia Tenggara. Kini, ia ditanam hampir di seluruh kawasan tropika dan subtropika. Ia biasanya ditanam secara tut. Di kawasan lain, bijinya digunakan sebagai benih. Limau nipis juga boleh membiak melalui kaedah cantuman tetapi jarang dilakukan. Ia sesuai dengan iklim yang panas dan lembab seperti di negara kita. Boleh ditanam di atas pelbagai jenis tanah malah ia lebih sesuai ditanam di atas tanah jenis lom berpasir.

The Key lime is a citrus hybrid with a spherical fruit, 25–50 mm in diameter. The Key lime is usually picked while it is still green, but it becomes yellow when ripe. The Key lime is smaller, seedier, has higher acidity, stronger aroma, and thinner rind than the Persian lime Wikipedia.

Khasiat limau nipis

Terlalu banyak khasiat limau nipis yang barangkali ramai masih tidak tahu. Dan sejak covid19 menyerang, salah satu bahan yang sering disebut dapat membantu kita daripada jangkitan virus bahaya ini ialah minuman air limau nipis. Air daripada perahan limau nipis contohnya dicampur dengan air kelapa dan secubit garam. Minum dua tiga kali sehari, dan jika diamalkan ia bukan sahaja mengelakkan daripada jangkitan malah pesakit positif juga dikatakan dapat kembali kepada normal. Di kalangan pengamal ubat-ubatan herba pula, air perahan buah limau nipis yang dicampurkan dengan kapur makan dikatakan boleh mengempiskan badan ibu-ibu yang baru bersalin iaitu dengan menyapukan ramuan itu ke bahagian perut

Selain itu jus buah limau nipis boleh membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid. Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Asid sitriknya juga boleh digunakan untuk melegakan perut dan melancarkan penghadaman. Limau nipis juga mengandungi vitamin A dan vitamin C.

Kegunaan lain

Minyak yang diperah daripada kulit buah limau nipis digunakan sebagai pewangi dan aroma terapi dalam perubatan alternatif. Asid sitrik daripada jus limau nipis digunakan dalam industri makanan, minuman, farmasi dan dalam proses mewarnakan kain. Dalam masakan harian seperti mi rebus, mi bandung, laksa umpamanya selalunya ia dihidangkan bersama kerana tidak lengkap sepingan mi lebus atau laksa sekiranya tidak diperahkan air limau. Bagi pengidap kanser perahkan air limau nipis ke dalam secawan air suam yang dicampur dengan sesudu kecil kunyit serbuk dan minum seawal pagi sebelum sarapan. Kemudian ambil sesudu madu, InshaAllah kanser tidak merebak. 

Kenali Rupa Buahnya

Buah limau nipis adalah kecil dan bulat atau bujur jenis beri, berukuran 2.5cm – 5 cm garis pusat. Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam. Buah limau nipis mengeluarkan bau yang wangi.

Antara lain, buahnya boleh digunakan untuk membersihkan rambut dan kepala terutama bagi mereka yang menghadapi masalah kelemumur.

Buahnya juga sering kali digunakan untuk menyental dan mengilatkan kuku di samping boleh dijadikan sebagai bahan pencuci bagi menghilangkan bau badan.

Faktor Penting Limau Nipis

Menjadi sumber antioksidan yang baik

Antioksidan adalah sebatian penting yang melindungi sel terhadap molekul yang disebut sebagai radikal bebas. Jumlah radikal bebas yang tinggi  dapat merosakkan sel anda, dan kerosakan ini dikaitkan dengan keadaan kronik seperti penyakit jantung, diabetes dan banyak jenis kanser.

Limau nipis kaya dengan sebatian aktif yang berfungsi sebagai antioksidan dalam tubuh anda, termasuklah flavonoid, limonoid, kaempferol, quercetin dan asid askorbik.

Bagus untuk kulit

Kandungan vitamin C dalam limau nipis bukan sahaja boleh melawan penyakit selesema malah ia juga membantu penghasilan kolagen, iaitu protein yang menjadikan kulit, rambut dan kuku anda kuat.

Anda memerlukan kolagen untuk meningkatkan keanjalan kulit dan melicinkan kedutan. Inilah sebabnya mengapa ahli dermatologi menyukai kandungan vitamin C kerana kesan positifnya terhadap pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah kulit berkerut dan sering berkurangan gara-gara pendedahan kepada cahaya matahari dan pencemaran.

Bermanfaat bagi sistem pencernaan

Karbohidrat dalam limau nipis kebanyakan terhasil dari serat larut dalam bentuk pektin. Serat larut diketahui boleh melambatkan proses pencernaan, yang menjaga kadar gula darah dalam tahap stabil, dan menghalang pertumbuhan tumor kanser usus besar.

Seperti buah sitrus lain, limau nipis juga mengandungi nutrien dalam kulitnya dan minyak yang disebut d-limonene, boleh melegakan gejala gangguan pencernaan dan GERD.

Boleh meningkatkan imuniti badan

Limau nipis kaya dengan vitamin C, nutrien yang dapat membantu meningkatkan sistem imun anda. Dalam kajian tabung uji, vitamin C dilihat membantu meningkatkan pengeluaran sel darah putih, yang membantu melindungi tubuh daripada jangkitan dan penyakit kursusnya selesema.

Malah, kandungan vitamin C juga dapat membantu menyembuhkan luka lebih cepat dengan mengurangkan keradangan dan merangsang pengeluaran kolagen (penting bagi membantu menyembuhkan luka).

Memberi perlindungan terhadap pembentukan batu karang

Penyelidikan mengesahkan bahawa asid sitrik dalam buah-buahan seperti limau nipis, lemon, melon dan oren dapat mencegah pembentukan batu karang.

Menurut maklumat oleh National Institutes of Health, pesakit dengan kadar sitrat kencing yang rendah harus disyorkan untuk meningkatkan pengambilan makanan kaya dengan kandungan asid sitrik, seperti lemon dan jus limau.

Melawan penyakit bawaan makanan

Satu kajian pada 2017 mendapati bahawa sitrus, jika diambil secara sendiri atau bersama antibiotik, membantu melindungi tubuh daripada Helicobacter pylori, sejenis bakteria yang menyebabkan ulser perut dan kanser, serta keracunan Salmonella.

Selain itu, kajian lain pula mendapati bahawa menambahkan perahan limau nipis  ke makanan dan kuah dapat membunuh bakteria Vibrio cholerae, yang menyebabkan penyakit cholera (penyakit yang menyebabkan gejala cirit-birit yang serius).

Sumber Info Kesihatan/dan Wikipedia

Related posts

Wanita Lemah Hanya Dalam TV! Anak Perempuan dan Ibu Berusia 50 Tahun Meluncur Dari Ketinggian 14,000 Kaki

admin

Jom ‘Check in’ ke Mercure Kuala Lumpur Shaw Parade

adminwm

Love at First Click

adminwm

Leave a Comment