PERSONALITI

Latt Omar Pelopor Platform Pembelajaran Ilmu Secara Online Melalui Ruangcikgu.com

Trend belajar dan mengajar melalui online memang tidak asing lagi di negara luar dan kini sudah menular di negara kita dengan penubuhan Ruangcikgu.com. Saya sempat melayari website ini dan tertarik dengan salah seorang daripada tenaga pengajar di Ruang Cikgu, dan bila diselidik beliau juga pemegang saham terbesar platform itu iaitu Latt Omar bin Dato Latt Shariman. Berikut adalah temubual saya dengan Latt Omar.

Boleh ceritakan latar belakang Latt Omar dan penubuhan Ruang Cikgu?

Saya berumur 21 tahun dan masih menuntut di University of Melbourne Australia dalam jurusan Politik dan Psikologi. Saya sebenarnya sudah belajar di Melbourne sejak usia 13 tahun di sekolah asrama Scotch College Melbourne. Sewaktu pulang bercuti, kami sekeluarga dan teman baik ibu Datin Nur Sharmila Shaheem dan Nadjihah Tun Dzaiddin bersepakat mahu mummy merealisasikan impiannya yang bertahun-tahun untuk menubuhkan platform pembelajaran online dalam Bahasa Melayu. Dengan izin Allah dan kerjasama semua dalam masa sebulan sahaja Ruang Cikgu berjaya ditubuhkan dan dilancarkan pada April lalu oleh DYTM Raja Muda Perlis.

Apa sebenarnya Ruang Cikgu ni?

Ruang Cikgu adalah platform ilmu bisnes ‘skills’ secara pengajian jarak jauh (PJJ) melalui video dalam Bahasa Malaysia. Ruang Cikgu mahu menjadi pemangkin kepada keusahawanan negara. Sesiapa yang mahu berniaga tetapi tidak tahu hendak bermula macam mana, tidak ada skil sesuai atau mahu mahirkan diri dalam subjek akademik boleh belajar di Ruang Cikgu. Kami menyediakan sistem pembelajaran yang sistematik ala ‘dummy’s step by step guide’ towards having your own business. Tidak ada skil sesuai atau kurang mahir dalam subjek akademi, ya anda boleh juga layari kami dan belajar dengan cikgu-cikgu yang arif dalam bidang masing-masing.

Anda hanya perlu daftar sebagai pelajar secara percuma, layari kelas dan lihat video pengenalan tentang kelas itu (juga percuma) dan hanya kalau suka sesuatu kelas itu, baru klik langgan. Langganan adalah selama setahun, maksudnya anda boleh belajar pada bila-bila masa  di platform kami selama setahun dan belajar di mana-mana, contoh melalui telefon bimbit pun boleh! Bila tamat kelas dan mahu sijil, kami akan beri kuiz.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9615″][thb_gap height=”40″]
Bagaimana Ruang Cikgu mendapatkan tenaga pengajar?

Kami akan approach mereka yang kami rasa ada ilmu yang boleh bagi menfaat untuk semua. Sebenarnya di Ruang Cikgu, sesiapa pun boleh mengajar kerana kami mahu menggalakkan mereka yang boleh mengajar menjana pendapatan pasif. Ada tiga kategori iaitu Ruang Bisnes, Ruang Skil dan Ruang Akademik dan hanya tenaga pengajar untuk Ruang Bisnes sahaja perlu ada kriteria ketat iaitu mereka harus berada dalam dunia perniagaan selama lebih dua tahun, atau seorang pelatih bidang berkaitan yang diiktiraf. Tenaga pengajar kami bukan saja dari Malaysia malah dari Brunei, Singapura dan Indonesia. Maksudnya anda boleh belajar daripada mereka yang arif dari serata Nusantara! Semua detail untuk menjadi cikgu juga ada dalam website kami.

Latt Omar juga seorang tenaga pengajar, iaitu mengajar celik kewangan. Boleh ceritakan?

Kes saya mengajar ni… (ketawa), seperti yang saya katakan awal tadi, saya sudah menuntut di Melbourne sejak umur 13 tahun lagi. Sebenarnya ibu bapa saya bukanlah banyak duit sangat, hanya mampu menanggung tuition fee. Ramai tanya saya macam mana saya survive di Melbourne dengan duit belanja yang sedikit. Dari situ saya ambil inisiatif buat satu video untuk berkongsi cara saya buat bajet bulanan. Maka lahirlah kelas saya ‘celik kewangan’ dan kelas ini sesuai untuk pelajar.

Alhamdulillah dalam masa sebulan kelas saya di Ruang Cikgu, Asia Foundation sebuah badan ‘non-profit’ yang mana HQnya di San Francisco telah menghubungi kami untuk bekerjasama dan bagi kami a small ‘grant’ untuk mewar-warkan pentingnya celik kewangan dalam Islam. Jadi pada Julai ini kami akan memulakan kempen atau pilot projek bagi celik kewangan Islam atau financial litteracy in Islam. Saya anggap ini sebagai pengiktirafan pada usaha dan kerja keras kami khususnya ibu saya Datin Norzihan Ahmad, yang juga pengasas Ruang Cikgu.

Maksudnya sekarang sambil belajar Latt Omar juga mengajar? Apa yang menariknya mengenai subjek yang Omar ajar itu?

Yang bagusnya mengajar melalui video di Ruang Cikgu ini ialah kita hanya perlu luangkan masa beberapa hari untuk menyediakan modul dan buat video shoot untuk kelas kita. Kelas kita akan ada di platform Ruang Cikgu sampai bila-bila.

Di Ruang Cikgu saya berkongsi pemahaman saya mengenai celik kewangan asas. Saya mengajar topik ini kerana penting bagi kita semua faham, kualiti hidup kita sangat bergantung pada tahap celik kewangan kita. Membuat keputusan kewangan yang buruk boleh menyebabkan seseorang mengalami kesulitan kewangan khususnya beban hutang berat yang mungkin boleh membawa kepada implikasi sosial yang buruk. Generasi umat Islam celik kewangan dituntut oleh agama. Ia bagi memperkasakan ekonomi ummah dan boleh membawa kepada tamadun Islam yang berkuasa.

As a young man, what do you do during your free time?

Saya suka sukan menembak dan melancong. Saya banyak melancong sambil belajar ke Amerika Syarikat misalnya di mana saya telah menghadiri dan berucap semasa IYLA di United Nation. Saya juga berpeluang belajar Bahasa Mandarin di Ja Tong Universiti China, selain Thailand, Qatar dan lain-lain.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9614″][thb_gap height=”40″]
Atau Omar terlalu sibuk sehingga tiada masa bersantai?

Eh tak. kalau buat sesuatu yang kita minat mesti boleh cari masa untuk melakukannya.

Orang kata usia 21 ini sangat rapuh dan mudah terpengaruh dengan anasir luar. Bagaimana Omar menghindari diri daripada gejala-gejala ini?

Saya sudah tinggal sendiri di luar negara sejak usia 13 tahun lagi. Persediaan yang diberi ibu sebelum pergi adalah saya harus khatam Quran tiga kali dan memahami ‘comparative religion’. Saya minat subjek agama malah di Universiti Melbourne ini juga salah satu subjek yang saya ambil adalah pengajian Islam. Saya juga rapat dan selalu berhubung dengan keluarga. Dan juga pilih kawan yang bagus untuk kita. Bagi saya, Alhamdulillah saya punya teman-teman yang baik-baik belaka.

Apa nasihat Omar pada anak muda yang tinggal berjauhan dengan ibu bapa tentang kehidupan yang penuh mencabar, maksudnya kamu boleh buat apa sahaja sebab tak nampak di mata mereka?

Ibu selalu kata saya adalah amanah daripada Allah kepadanya. Dan kalau susah selalu ‘sembang’ dengan Allah kerana Allah is very near. Ibu mungkin tak nampak tapi bukankah Allah sentiasa memerhati kita?

Sebagai anak tunggal pasti ibu dan ayah mahukan yang terbaik daripada Omar. Apa nasihat ibu yang Omar pegang, dan nasihat ayah yang tidak mungkin Omar lupakan sehingga bila-bila yang akan Omar turunkan kepada anak-anak Omar sendiri?

Kedua ibu bapa saya adalah idola saya. Selain daripada berpesan selalu yakin pada ketentuan Allah pada kita, mereka juga selalu pesan agar jangan sombong, selalu pandang ke bawah. Anak adalah cermin ibu bapa. Ini yang saya akan turunkan pada anak-anak saya nanti.

What is the best gift you have given to your dad for Father’s Day. And your wish for him?

Saya pasti daddy akan kata, hadiah yang paling best dia pernah terima dari saya ialah keputusan peperiksaan saya, bila saya dapat keputusan top 10% dalam VCE yang membolehkan saya diterima belajar di Universiti of Melbourne. Yang kedua, stokin! Ayah minat stokin dan saya pernah bagi dia stokin design luar biasa!

Harapan saya agar daddy saya sentiasa ceria dan sihat tubuh badan agar dapat beribadah dan melakukan segala aktiviti kesukaannya.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9616″]
Latt bersama ibunya Datin Norzihan dan bapa Dato’ Latt Shariman
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Bon Zainal, Be Humble

admin

Temubual Bersama YH Dato’ Haji Radzi Mansor Presiden Persekutuan Petanque Malaysia

admin

Siapa Arja Lee?

admin

Leave a Comment