GAYA HIDUP

Kulit Cerah Lagi Putih Selepas Bersalin

Sewaktu mengandung, ada juga wanita yang mengalami masalah kulit;  bertukar warna, pudar lagi bertompok-tompok. Tentu keadaan ini membimbangkan. Anda pasti ingin mendapatkan kulit cerah lagi putih bersih. Ada beberapa tips untuk wanita kembali cantik berseri.

Pelbagai yang mungkin terjadi pula kepada kulit selepas melahirkan anak. Umumnya, setiap wanita menginginkan kulit cerah, putih, kerana memiliki kulit cerah  akan menyempurnakan penampilan. Dikatakan ia dapat meningkatkan keyakinan diri yang tinggi. 

Bukan sahaja di muka tetapi di bahagian lain badan, anda juga mahu cantik, bersih dan bersinar.  Kulit kering, kusam, bertompok-tompok membuat anda berasa tidak selesa untuk kembali ke tempat kerja atau keluar ke majlis, malah untuk bermesra dengan suami pun anda rasa tidak selesa. 

Banyak di pasaran produk untuk scrub, tetapi untuk menjimatkan belanja anda hanya perlu mengambil sebiji lemon. Lemon sangat bagus untuk membersihkan lapisan kulit mati. Selain itu,  lemon juga dapat mengangkat kotoran yang menyumbat pori kulit sekaligus membukanya supaya kulit boleh bernafas dan menyerap nutrisi daripada produk kecantikan.

Cara menggunakan lemon ini untuk scrubbing adalah dengan memotong lemon menjadi dua bahagian, kemudian ambil airnya dan tambahkan garam laut. Lalu oleskan dan jadikan sebagai scrub, dan lakukan terutama di bahagian siku, tumit, dan lutut.

Cara yang lain untuk memutihkan kulit adalah dengan buah avocado disebut juga alpukat (bahasa indonesia). Kandungan vitamin dalam avocado antara lain vitamin A, E, C dan juga zat besi yang mampu memutihkan tubuh secara alami. Kandungan minyak yang terdapat di dalam avocado dapat melembabkan kulit tubuh dan sangat sesuai jika digunakan untuk Ibu yang memiliki kulit kering.

Lumatkan avocado menggunakan blender. Boleh juga  dicampurkan dengan perahan air limau nipis anggaran sesudu makan. Keluarkan campuran tadi dan sapu seluruh badan. Tunggu sehingga 15 minit atau sehingga ia agak mengering sebelum dibilas dengan air suam-suam panas.

Selain dua cara tersebut di atas, untuk memutihkan kulit juga bisa dilakukan dengan olahraga secara konsistan, kerana olahraga dapat mengatasi masalah kesihatan termasuk menjaga kesihatan kulit wajah. Juga jangan lupa minum secukupnya air, anggaran lapan gelas sehari agar kulit lembap sentiasa.
Selamat mencuba.

 



 

Related posts

Get Ready for Fun, Excitement and Adventures at Pavilion Bukit Jalil this June

adminwm

ONLY FOR THE CHOSEN AND THE LUCKY ONES

admin

Southeast Asia’s Largest Women Community, Nuren Group Provides A-Z

admin

Leave a Comment