CANTIK

Kulit Cerah Berseri Dengan Nutox Renewing Treatment

NUTOX Renewing Treatment Moisturising Essence dan Ampoule pantas menghasilkan kulit wajah yang berseri dengan kelembapan selama 72 jam 

Budaya pop datang dan pergi namun terdapat satu trend yang menguasai dunia dan ianya adalah gelombang pop dari Korea!.

Dengan kembalinya belia-belia muda Malaysia ke pejabat dan universiti untuk menyesuaikan diri dengan fasa endemik, NUTOX – jenama penjagaan kulit anti-penuaan terkemuka di Malaysia – sedang menganjurkan kempen bertemakan inspirasi K-Pop bagi membantu rakyat Malaysia tetap kekal terhidrat beserta wajah tampil berseri dengan rangkaian NUTOX Renewing Treatment mereka.

Kempen NUTOX Get-Set, Glow dimulakan dengan video muzik berinspirasikan K-pop yang menggunakan nama yang sama untuk membawa anda melalui pengembaraan mendapatkan kulit berseri dengan pantas serta kekal lama sambil memperkenalkan dua produk utama mereka dalam rangkaian Renewing Treatment – NUTOX Renewing Treatment Moisturising Essence dan NUTOX Renewing Treatment Ampoule. Video muzik tersebut kini boleh ditonton di semua platform media sosial dan kempen mikrosite NUTOX. 

Miliki Wajah Anggun Berseri dengan Kelembaban 72 Jam

NUTOX Renewing Treatment diformulasi dengan teliti untuk meningkatkan tahap hidrasi kulit dan seri wajah, memberikan anda hasil yang pantas dan kekal lama agar anda rasa lebih yakin tanpa perlu rutin penjagaan wajah yang rumit. Bahan penting yang terdapat di dalam pek Renewing Treatment Moisturising Essence dan Ampoule seperti Actistem Gold Nest (Bird’s Nest Collagen), Caviar Lime (AHA), Betaine dan Niacinamide, telah terbukti mampu memperbaiki tekstur kulit dan meningkatkan kelembaban serta menggalakkan penghasilan kulit baharu. Rangkaian ini juga diperbuat dengan teknologi yang disasarkan untuk membersihkan secara lembut, merawat kulit yang rosak dan mencerahkan wajah.

Renewing Treatment Moisturising Essence diformulasi dengan molekul yang padat dengan lembapan untuk menyerap dengan pantas dan jauh ke dalam bagi menjadikan kulit kekal terhidrat sepanjang 72 jam, manakala Renewing Treatment Ampoule meningkatkan kadar serapan bahan aktif. Ia mengembalikan seri semula jadi wajah dan menyerlahkan kulit yang cantik dengan sekali sapuan.

Sedia, Mula Dan MenangKempen Get-Set, Glow ini bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia pelajari lebih lagi tentang cara untuk mendapatkan kulit impian mereka, dimulakan dengan penampilan NUTOX di Mid Valley Kuala Lumpur sehingga 15 Mei 2022. Pengunjung boleh merasai sendiri ujian kulit, demonstrasi produk, ambil gambar di pondok foto NUTOX dan banyak lagi. NUTOX juga akan membuat kemunculan di lokasi-lokasi berikut; Queensbay Mall, Pulau Pinang (2-6 Jun 2022) dan IOI City Mall, Putrajaya (22-26 Jun 2022).

Related posts

Nicole Kidman Berdandan Ringkas Menonton Terbuka Australia

admin

Coli Eksklusif Wanita Hamil & Yang Menyusu Anak

admin

Eucerin® UltraWHITE + SPOTLESS Melawan Masalah Bintik Hitam

admin

Leave a Comment