CANTIK

Kulit Bersinar Bagai Berlian

Istilah “Bekerja dari Rumah” bukan lagi asing bagi  kebanyakan orang. Malah kita cepat dapat menyesuaikan diri dengan gaya hidup kerja baharu ini sejak  tahun lepas. Dengan semakin lazim penggunaan kemudahan persidangan video untuk mesyuarat dan  perhimpunan secara maya, hakikatnya kita perlu memberi lebih tumpuan kepada wajah dan keadaan  kulit kita sekarang berbanding masa lalu.

Ramai menggunakan cara yang berlainan untuk mendapatkan kulit wajah tanpa cela dan dalam  pada itu meningkatkan keyakinan diri mereka. Orient Europharma Malaysia (OEP MY) menyedari hakikat ini dan teruja untuk memperkenalkan dua booster (penggalak) kulit Premium ke dalam  pasaran produk kecantikan – Diamond Feel Forte dan Dermal Sign E+. Produk yang dirumuskan di  Korea ini bukan sahaja digemari oleh selebriti dan bintang K-pop tetapi juga disenaraikan sebagai  jenama booster pilihan nombor satu di lebih 20 negara di dunia. Kini rakyat Malaysia boleh memiliki

kulit tanpa cela seperti bintang-bintang K-Pop pujaan mereka. Produk ini digunakan oleh doktor doktor estetik sebagai rawatan kombinasi merangkumi tiga hingga empat sesi dengan selang dua  minggu. Pada akhir rawatan, kulit akan nampak lebih gebu, lebih cerah, lebih terhidrat, dengan kesan  lebih segar yang memberikan aura seperti berlian.

Diamond Feel Forte mengandungi 67 bahan aktif yang menjadikannya penyelesaian mutlak bagi  masalah kulit. Ia memberikan kesan paling optimum untuk menambah pelembapan dan  menghilangkan garis-garis halus dengan menggunakan asid hialuronik ikatan silang separa. Kesan  parut disembuhkan dengan menggunakan ekstrak sel tunjang tumbuhan dan Poli Deoksiribonukleotida (PDRN), iaitu DNA diekstrak daripada ikan salmon yang boleh mempercepat proses penyembuhan  kulit. Keadaan kulit ditambah baik dengan menggunakan booster kolagen menerusi faktor-faktor  pertumbuhan, peptida dan asid amino. Kajian klinikal menunjukkan penggunaan Diamond Feel Forte meningkatkan pengeluaran kolagen sehingga 256% dan dapat memberi kesan penyembuhan sehingga  78% selepas tiga hari rawatan pertama, dan menambah pelembangan sehingga 215%, mengurangkan  faktor-faktor keradangan sehingga 53% dan mengekang faktor-faktor penuaan sehingga 71.6%  selepas enam hari rawatan pertama. Dengan tiga hingga empat sesi rawatan, kulit akan tambah  berseri seperti berlian.

Dermal Sign E+ adalah rumusan intensif berasaskan asid hialuronik ikatan silang separa yang  membantu memberi kesan pencerahan luar biasa dan kekal lama bagi mereka yang mendambakan  wajah lebih cerah dan kulit tanpa pigmen. Produk ini mengandungi tiga kali ganda bahan-bahan  pencerahan seperti glutathion (sejenis bahan larut air), asid traneksamik (bahan pencerahan yang  kebanyakannya digunakan dalam ubat untuk rawatan pigmentasi) dan AA2G (kesan antioksidan  Vitamin C stabil). Data klinikal menunjukkan bahawa Dermal Sign E+ membantu mengurangkan  pengeluaran melanin (pigmentasi) dengan lebih baik daripada Arbutin (bahan kosmetik yang  memudarkan hiperpigmentasi) dalam ujian kesan pencerahan. Dermal Sign E+ mengurangkan angka  tirosinase sehingga 59.5% selepas rawatan pertama. Oleh sebab tirosinase bertanggungjawab  terhadap langkah pertama dalam pengeluaran melanin, pengurangannya dapat mengurangkan  kemunculan bintik-bintik gelap (pigmentasi, melasma, kloasma).

“Saya teruja untuk memperkenalkan dua produk yang hebat ini kepada pengguna dan doktor estetik di Malaysia. Rawatan menggunakan Diamond Feel Forte dan Dermal Sign E+ hanya boleh didapati di  klinik-klinik estetik yang bertauliah, di mana doktor-doktor dan pakar perunding kecantikan  profesional dan terlatih akan menasihati pelanggan tentang pelan rawatan terbaik berdasarkan

keadaan kulit masing-masing. Kedua-dua produk yang baru dilancarkan ini telah diuji secara saintifik,  selamat, berkesan dan juga sesuai untuk pengguna beragama Islam. Kulit wajah pelanggan akan  menjadi lebih licin dan lebih cerah selepas hanya tiga hingga empat kali rawatan,” kata Ketua  Perniagaan Antipenuaan Orient Europharma Malaysia, Cik Iris Lin.

Pengacara TV, pelakon dan DJ radio Linda Onn merupakan selebriti pertama yang telah mencuba  rawatan kombinasi Diamond Feel Forte dan Dermal Sign E+. “Sebagai seorang yang dikenali ramai,  penampilan adalah sangat penting. Pada masa lalu, kami ada pembantu untuk menjaga penampilan  kami sepanjang masa tetapi dengan pandemik yang berterusan sekarang, keadaan telah berubah.  Sebagai seorang ibu yang beranak kecil, saya sentiasa sibuk dan saya mungkin mengabaikan sedikit penjagaan kulit saya. Saya telah diberi peluang untuk mencuba rawatan baharu ini dan selepas hanya  satu bulan rawatan, wajah saya sekarang nampak lebih berseri, lebih muda dan terhidrat,” kata Linda. 

Rawatan kombinasi Diamond Feel Forte dan Dermal Sign E+ memerlukan tiga hingga empat sesi  rawatan dalam selang masa dua minggu, dengan tempoh penjagaan dan penyenggaraan setiap enam  bulan berdasarkan keadaan kulit. Rawatan ini berharga RM2,500 untuk setiap sesi dan pengguna boleh  mendapat harga pakej diskaun RM6,000 untuk empat sesi (penjimatan berjumlah RM4,000).

Related posts

Halba Untuk Membesarkan Payudara

admin

Untuk Kulit Berjerawat

adminwm

iNOA CERTIFIED WUDHU-FRIENDLY WITH #iNOATELUSAIR

adminwm

Leave a Comment