SANA-SINI

Kopi WONDA Melangkah ke Dunia Hologram dengan HyperGram

Kopi WONDA bersedia memukau rakyat Malaysia dengan pengalaman visual hiper-realistik yang pertama di Sunway Pyramid dengan teknologi holografik HyperGram! Sebagai salah satu peneraju utama jenama kopi sedia diminum (RTD) di Malaysia, Kopi WONDA amat teruja untuk menjadi salah satu jenama pertama yang menghasilkan pameran visual hologram HyperGram julung kali yang disampaikan oleh Disturbed Media Group pada hari Rabu, 1 Jun 2022 hingga Sabtu, 4 Jun 2022 dan Isnin, 6 Jun 2022 di Sunway Pyramid, Tingkat Bawah (Ground Floor) bertentangan dengan pintu masuk (Water Feature).

HyperGram akan menawan penonton dengan paparan visual realistik dengan gabungan pengalaman interaktif yang pasti memukau deria visual berbanding imej pegun. Hologram HyperGram yang dikatakan lebih baik daripada Realiti Maya menjanjikan pengalaman yang mengagumkan dimana ia akan memberikan pengalaman unik bagi setiap individu. Penggunaan teknologi video inovatif membantu menghasilkan paparan visual yang mengasyikkan langsung membawa anda menjelajahi pengalaman peribadi yang menyeronokkan.

Tawaran Khas Buat Peminat Kopi WONDA!

Kopi WONDA percaya bahawa teknologi holografik adalah batu loncatan untuk memasuki era baharu pengalaman digital yang akan membantu menjalin hubungan yang lebih rapat dengan pengguna yang sentiasa mendambakan rangsangan dopamin untuk kehidupan seharian mereka.

Untuk meraikan usaha baharu ini dengan HyperGram, Kopi WONDA menyediakan tawaran istimewa untuk mereka yang menghadiri pameran visual ini. Pengunjung boleh menuntut WONDA 3-in-1 Original Coffee (15 sachet) secara percuma di AEON Sunway Pyramid dengan pembelian dua pek 4-tin Kopi WONDA 240ml, bermula Selasa, 31 Mei 2022 hingga Ahad, 5 Jun 2022.

Related posts

We Care Programme by Palace of The Golden Horses

admin

Izmir dan Bodrum Tersenarai Dalam Panduan MICHELIN di Turki

adminwm

Pure Blossom and Opulent Elegance.

adminwm

Leave a Comment