FESYEN

Koleksi Raya JKhan Reminis Wanita Sempurna

Persembahan pentas fesyen Raya sedia pakai atau Ready-to Wear (RTD) JKhan yang
diadakan baru-baru ini di Magallen Sutera Resort, Sabah telah membawa penonton ke alam kronologi seorang perempuan yang cukup menarik. Bagaikan satu reminis yang terungkap daripada sejarah perkembangan diri seorang wanita, ramai bersetuju bahawa mereka juga turut terbuai oleh rekaan menawan yang membibit detik-detik menyeronokkan dalam kehidupan masing-masing.


Dewan yang dihiasi deko berelemen suasana kampung, membuat ramai terus teruja. Lagu-lagu raya yang berkumandang dan busana tradisi yang dipakai oleh para tetamu menukar malam tersebut dan membuat para tetamu berada di majlis rumah terbuka Aidilfitri.


Begitupun ringkas, silhouette pada setiap helai, menampilkan potongan dan perhiasan yang cukup menawan. Masih mengekalkan hiasan kebiasaan pada pakaian gadis remaja dan wanita seperti sulaman, lisu, lipatan dan ropol membuat pakaian yang dipertontonkan mudah diterima peminat. Penggunaan fabrik mewah seperti sutera Thai, renda Perancis, kapas Swiss, crepe, chiffon dan terdapat juga penggunaan fabrik viskos menampil kepelbagaian kepada koleksi dan memberi lebih pilihan.


Koleksi yang terbahagi kepada tiga segmen ini seolah-olah mewakili tiga peringkat
kehidupan seorang wanita dan membibit perkembangannya dalam kehidupan yang indah lagi sempurna. Bermula dengan rekaan kain pelbagai corak yang dihiasi sulaman smoking mengimbau keseronokan kala kanak-kanak, kemudian membesar sebagai anak gadis sunti, remaja dan seterusnya dibawa ke alam remaja di mana dia mula mengenal erti cinta. Inilah yang terungkap daripada koleksi sederhana dalam warna, corak dan fabrik indah.


Kehidupannya pula berkembang lagi dengan pelbagai rangsangan dan cabaran hinggalah suatu hari dia bergelar isteri dan menjadi lebih sempurna kehidupannya dengan anugerah ilahi apabila dirinya sendiri bergelar ibu. Kala ini kehidupannya penuh panca roba dan di penghujung cerita, muncullah seorang wanita yang menawan, berkeyakinan diri lagi sempurna melalui rekaan jubbah dan baju kurung menawan lagi anggun.


Rekaan diperindahkan dengan kepelbagain corak. There are some elements of flowers, abstract and geometric. This has got to do with Dato Rahmah Jan’s unique
characteristics. Kegemarannya melancong ke Eropah kala musim bunga/panas
memudahkan beliau menyuntik idea bagi menghasilkan corak dan warna-warna
menawan. Menariknya setiap helai pada harga yang amat berpatutan.


Busana paling indah dan istimewa pasti tidak lengkap penampilannya tanpa tudung bagi mereka yang berhijab. Sensitif dengan permintaan wanita kini, koleksi
yang di namakan Nor Rahmah Hijab yang dihasilkan khas oleh beliau sendiri dan
teamnya datang dalam kepelbagaian warna, corak dan fabrik bagi pelbagai tujuan
daripada kasual, untuk wanita kerjaya malah terdapat rekaan isitmewa dengan Kristal Swarovski untuk acara formal lagi istimewa.


Rekaan tudung Nur Rahmah Hijab boleh didapati dalam potongan bawal dan selendang padaharga RM49-RM89.


Menariknya rangkaian tudung Swarovski ini juga terdapat dalam fabric kapas dan boleh dimiliki pada harga RM149 – RM280.

Related posts

Bum Bag Is In

admin

Minum Petang Anya Hindmarch @Lounge On The Park MOKL

admin

THE LOVE BRACELET: WHEN FUNCTION MEETS DÉCOR

adminwm

Leave a Comment