SANA-SINI

KIT SERI langkah proaktif menangani isu Kemiskinan Haid di Malaysia

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Kotex hari ini membentuk kerjasama strategik bagi program KIT SERI sebagai langkah proaktif menangani isu kemiskinan haid di Malaysia. 

Kerjasama tersebut akan meliputi dua aspek utama iaitu pendidikan kebersihan haid dalam kalangan remaja wanita dan bekalan tuala wanita kepada kumpulan rentan terdiri daripada 130,000 pelajar perempuan daripada golongan B40 yang dikenalpasti.

Kemiskinan haid merujuk kepada ketidakmampuan membeli produk kebersihan wanita serta kekurangan pemahaman mengenai cara mengurus haid itu sendiri. 

Menurut Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), “Kemiskinan haid ini sering dirujuk kepada kekurangan akses kepada tuala wanita tetapi hakikatnya, isu ini mempunyai kesan yang jauh lebih besar.”

“Kemiskinan haid boleh mengakibatkan keciciran murid perempuan di sekolah, kesihatan mental terjejas dan lain-lain yang berkaitan dengan haid. Justeru, pengumuman mengenai perkara ini di dalam pembentangan Bajet 2022 iaitu kerajaan memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi bekalan tuala wanita kepada 130,000 pelajar kalangan isi rumah B40 harus selari dengan peningkatan pendidikan dan kesedaran terhadap pengurusan kebersihan haid kalangan remaja wanita,” tambah Abdul Shukur.

Sehubungan itu, Kotex dan LPPKN akan berganding bahu dengan guru dari 1,124 sekolah di seluruh negara untuk menyampaikan ceramah mengenai pengurusan haid, kebersihan haid serta mengenai kesihatan reproduktif wanita. Lebih 500 guru telah menyertai sesi latihan tersebut sehingga kini.

Menurut Abdul Shukur lagi, “Pemahaman yang betul tentang akil baligh serta penggunaan dan pembuangan tuala wanita akan dapat membantu remaja ini meneruskan gaya hidup remaja yang normal tanpa perasaan rendah diri.  Selain itu, sistem sokongan terutama daripada para guru, rakan sebaya dan ahli keluarga juga akan membantu mengurangkan risiko kesihatan mental.”

Sementara itu, Rahul Asthana, Pengarah Urusan, Kimberly-Clark Malaysia berkata, “Kimberly-Clark dan Kotex amat mengalu-alukan langkah penggubal dasar Malaysia dalam usahanya untuk membuat pengubahan struktur dalam masyarakat Malaysia dan membasmi kemiskinan haid di negara ini.”

“Kerjasama strategik bersama LPPKN melalui program KIT SERI ini merupakan peluang keemasan Kotex untuk bersama-sama terlibat dalam program pendidikan kebersihan diri kepada kumpulan rentan selain memberi impak positif yang lebih besar kepada remaja-remaja perempuan untuk masa yang akan datang. Kotex telah memperjuangkan kemajuan wanita di seluruh dunia sepanjang 20 tahun yang lalu dan Kotex telah berjaya memperkasakan kira-kira satu juta wanita Malaysia melalui pelbagai program pendidikan kebersihan haid dan program tanggungjawab sosial korporat bersama sekolah, universiti dan NGO,” tambah Rahul.

Untuk mengatasi cabaran yang ditimbulkan oleh Covid-19 dan menarik perhatian generasi era digital, jenama kebersihan wanita tersebut melancarkan Projek Kotex #SheCan pada tahun 2021. Ia model pembelajaran gamifikasi yang membolehkan remaja perempuan belajar tentang akil baligh, kebersihan haid, kesihatan mental dan kepositifan badan dengan cara interaktif dan menyeronokkan. Modul pembelajaran Projek Kotex #SheCan tersebut diluluskan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dan adalah percuma untuk semua.

Tambahan pula, Kotex telah menyumbangkan lebih daripada 100,000 pek tuala wanita untuk membantu mereka yang memerlukan sepanjang enam bulan lalu. Kotex, dengan sokongan Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN:girls), Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), World Vision dan lain-lain, telah membantu mangsa-mangsa bencana banjir Disember lalu.

Related posts

OPPO 10 Most Innovative Asia-PacificCompanies of 2023 by Fast Company

adminwm

Bell & Ross 0fficial Partner of GRID Legends

adminwm

‘Paint Your dUCk’

admin

Leave a Comment