AGAMA

Kisah Yang Mengetuk Hati

Suatu hari ada seorang pengemis mengetuk pintu rumah Rasulullah s.a.w.  Pengemis itu berkata : “Saya pengemis ingin meminta sedekah daripada Rasulullah.”  Rasulullah bersabda : “Wahai Aisyah berikan baju itu kepada pengemis ini.” Aisyah r.a pun melaksanakan perintah Nabi s.a.w. Dengan hati yang sangat gembira, pengemis itu menerima pemberian baginda lalu ke pasar. “Siapa yang mahu membeli baju Rasulullah? “Maka dengan cepat berkumpullah orang yang hendak membelinya.

Ada seorang yang buta mendengar seruan tersebut, lalu menyuruh budaknya membeli dengan harga yang seberapa banyak pun diminta, dan memberitahu, “Jika kamu berhasil mendapatkannya, maka kamu aku merdeka.” Akhirnya budak itu pun berhasil mendapatkannya. Kemudian diserahkan baju itu pada tuannya yang buta tadi. Alangkah gembiranya si buta dan dengan memegang baju Rasulullah s.w.t, orang buta tersebut berdoa dan berkata, “Yaa Rabb dengan hak Rasulullah dan berkat baju yang suci ini maka kembalikan penglihatanku.”

Masha-Allah dengan izin Allah spontan si buta tersebut dapat melihat kembali. Keesokan harinya, dia pun pergi menghadap Rasulullah s.a.w dengan penuh gembira dan berkata, “Wahai Rasulullah s.a.w pandanganku sudah kembali dan aku kembalikan baju Baginda sebagai hadiah daripadaku.” Sebelumnya orang itu menceritakan kejadiannya Rasulullah s.a.w pun ketawa hingga tampak gigi gerahamnya.

Kemudian Rasulullah bersabda kepada Aisyah r.a  “Perhatikanlah baju itu wahai Aisyah, dengan berkahnya bersedekah ia mengkayakan orang yang miskin, menyembuhkan yang buta, memerdekakan budak dan kembali lagi kepada kita.”

Subhanallah…

Al-Imam as-Suyuti menyebutkan dalam salah satu kitabnya bahawa pahala  sedekah itu ada lima macam:

أَنَّ ثَوَابَ الصَّدَقَةِ خَمْسَةُ أَنْوَاعٍ : وَاحِدَةٌ بِعَشْرَةٍ وَهِيَ عَلَى صَحِيْحِ الْجِسْمِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِيْنَ وَهِيَ عَلَى الْأَعْمَى وَالْمُبْتَلَى ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةٍ وَهِيَ عَلَى ذِي قَرَابَةٍ مُحْتَاجٍ ، وَوَاحِدَةٌ بِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى الْأَبَوَيْنِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى عَالِمٍ أَوْ فَقِيْهٍ اهـ

(كتاب بغية المسترشدين)

“Sesungguhnya pahala bersedekah itu ada lima (5) kategori :

 

  1. Satu dibalas 10 (1:10) iaitu bersedekah kepada orang yang sihat jasmani.
  2. Satu dibalas sembilan puluh (1:90) iaitu bersedekah terhadap orang buta, orang cacat dan ditimpa musibah, termasuk anak yatim piatu.
  3. Satu dibalas sembilan ratus (1:900) iaitu bersedekah kepada kerabat kaum keluarga serta saudara.
  4. Satu dibalas seratus ribu (1:100,000) iaitu sedekah kepada kedua orang tua.
  5. Satu dibalas sembilan ratus ribu (1:900,000) iaitu bersedekah kepada orang yang alim dan ahli fiqh/fekah.

[Kitab Bughyatul Musytarsyidin]

Semoga Allah s.w,t memudahkan kita untuk bermurah hati, suka bersedekah dengan ikhlas. Aamiin…

 

Habib Ali Zainal Abidin.

Related posts

Hebatnya Islam – Zikir Memakai Dan Menanggal Pakaian

admin

Amalan 10 Malam Terakhir Ramadan

adminwm

Tanggungjawab sebuah perkahwinan

adminwm

Leave a Comment