FESYEN

Kim Kardashian Perkenal Pakaian Korset Tetapi Jenamanya Ditentang Rakyat Jepun

Terbaru, Kim Kardashian West melancarkan koleksi pakaian dalam (lebih kurang macam korset)  di bawah jenama yang disebut Kimono.

Kimoni seperti yang kita tahu adalah pakaian tradisional Jepun. Dan kerana jenama Kim seakan nama aset kebanggaan Jepun semenjak abad ke 16 itu, membuatkan masyarakat Jepun bising di media sosial siap dengan tanda pagar #KimOhNo. Rata-ratanya beranggapan Kim tidak menghormati budaya mereka kerana menggunakan nama itu untuk pakaian dalam. Salah seorang yang mendapat perhatian adalah pereka kimono sendiri yang menerusi akaun Twitter-nya  @ mariaria108_new menempelak Kim kerana menggunakan nama tersebut untuk trademark perniagaannnya. 

Malang buat orang Jepun kerana Kim Kardashian bagaimanapun tidak berhasrat untuk mencari nama baru bagi mewakili koleksi yang dikatakan sebagai penyelesaian baru bagi bentuk tubuh wanita itu.

Dalam satu kenyataan kepada The New York Times, dia berkata, nama Kimono yang digunakannya itu sebenarnya bermaksud ‘satu anggukkan kepada kecantikan dan perincian yang kena dengan pemakaian’

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9793″][thb_gap height=”40″]

Dalam satu kenyataan kepada The New York Times, dia berkata, nama Kimono yang digunakannya itu sebenarnya bermaksud ‘mengangguk keindahan dan perincian yang masuk ke dalam pakaian’

Dalam kenyataan yang sama, dia memberitahu yang dia, “Tidak bercadang untuk mencipta atau memperkenalkan pakaian atau apa saja yang walau dalam apa saja cara, menyerupai atau memalukan pakaian tradisional mana-mana negara.”

Bukan itu saja, selebriti berusia 38 tahun itu turut tidak punya perancangan untuk menukar nama yang sudah dipilihnya walau ia mendapat pelbagai reaksi negatif.

“Jenama penyelesaian pakaian saya dibina dengan keterangkuman dan kepelbagaian di terasnya dan saya sangat bangga dengan koleksi yang bakal keluar ini,” sebutnya.

Sementara itu, tidak disangka, Muzium Victoria & Albert melalui akaun Instagram rasmi mereka turut menjadi penyumbang dalam perbualan itu, yang memuat naik pos dengan tepat menerangkan bagaimana kimono adalah simbol budaya Jepun buat sekian lamanya.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9794″][thb_gap height=”40″]

Related posts

Pelaburan Trend Fesyen Musim Luruh/Sejuk 2018

admin

Beg Double C, Cartier

admin

“The New Timeless”: Koleksi Newport terbaru Targus

admin

Leave a Comment