GAYA HIDUP

Khasiat Halia

Halia

Aroma teh halia boleh membantu membangkitkan mood agar anda lebih tenang dan ceria. Nikmati khasiat halia sambil menambah keenakan juadah anda.

Zat
Ia bebas kolesterol dan mengandungi hanya 80 kalori bagi setiap 100 gram.

Halia padat dengan vitamin B-6 dan B-5 serta bahan antioksidan.

Khasiat
Halia terkenal dengan manfaat perubatan untuk melancarkan proses penghadaman, membuang angin dalam badan, melegakan kekejangan perut, cirit-birit, sakit tekak, pening kepala, rasa loya ketika mengandung, mengembara atau selepas rawatan kemoterapi.

Ini kerana halia tinggi dengan kandungan gingerol, iaitu komponen yang membuat rasanya pedas. Ia turut memiliki ciri antiradang.

Dengan meminum secawan teh halia setiap hari, ia dipercayai boleh membantu mencegah risiko angin ahmar, mengurangkan tahap kolesterol dan serangan jantung.

Legakan
1. Ketegangan otot

Minyak pati halia yang hangat dipercayai boleh memperbaiki peredaran darah dan melegakan otot-otot yang tegang.

Cuba: Parut halia segar dan letakkan empat sudu besar halia yang telah diparut itu ke dalam sehelai tuala. Ikat tuala tersebut dengan ketat. Anda juga boleh menggunakan beg kapas.

Letak tuala atau beg berisi halia parut yang sudah diikat rapat ke dalam tab mandi atau sebaldi air. Anda juga boleh berendam di dalam tab mandi atau menggunakan air halia tersebut untuk mandi.

2. Perut kejang kerana haid

Halia didapati berkesan sama seperti ubat ibuprofen yang bertindak untuk membantu melegakan kekejangan perut semasa haid.

Cuba: Rendam dua sudu besar halia segar dalam secawan air suam selama 15 minit. Kemudian, tapis air itu dan minum bersama madu atau lemon.

Pilih

Halia segar dan matang haruslah pejal, hampir keras, mempunyai kulit yang tidak berkedut dan ukurannya juga panjang.

Jika mahukan halia yang lebih pedas, carilah halia tua dan berkulit keras.

Halia kecil dan berkulit tipis pula rasanya tidak terlalu pedas.

Simpan

Masukkan halia dalam sehelai beg plastik Ziploc dan letakkan ia di bahagian menyimpan sayur di peti sejuk.

Jika anda mahu memarut halia tanpa menanggalkan kulitnya, cuba letakkan halia di dalam beg plastik lalu masukkan ke dalam bahagian penyejuk beku.

Dengan itu, ia dipercayai bakal mudah diparut halus.

Hadkan

Usah makan melebihi empat gram halia setiap hari kerana ia dikatakan boleh mengakibatkan masalah pedih hulu hati atau heartburn.

Related posts

Deanna Chee menulis Berjodoh dengan 2020 yang mencabar

admin

Demam World Cup 2018: 30 Kata Mutiara Daripada Cristiano Ronaldo

admin

Jaga Makan Untuk Kekal Sihat

admin

Leave a Comment