GAYA HIDUP

Khasiat Durian Belanda

Durian Belanda (bahasa Inggeris Soursop, tulisan Cina Tradisional 紅毛榴蓮, Soursap, Guanábana, Graviola, Zuurzak, Coração-da-Índia, Guyabano or Corossol ) atau nama saintifiknya Annona muricata L. Ia bukanlah dalam kategori pokok Durian, tetapi dinamakan sedemikian kerana memiliki duri lembut pada kulitnya.

Pokok Durian Belanda pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang kini ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia. Di Indonesia, ia dikenali sebagai Sirsak (dari Bahasa Belanda zuurzak). Pokok durian Belanda biasanya tumbuh di aras laut sehingga montane bawah.

Buahnya boleh dimakan dan mempunyai duri yang lembut, tidak berbau. Isinya memiliki banyak biji, dan sering juga dibuat jus, sorbet dan sebagainya.

Buah ini dikatakan berasal daripada kumpulan Annona muricata. Ia mempunyai gen yang sama seperti cherimoya dan daripada keluarga buah Annonaceae. Keunikan buah ini bukan sahaja pada bentuknya, tetapi ia turut digambarkan sebagai buah yang unik berikutan rasanya yang dikatakan adalah daripada gabungan buah strawberi dan epal bersama rasa masam-masam manis, yang berlawanan sekali dengan teksturnya yang berkrim.

Antara kelebihan yang dimiliki oleh buah durian Belanda ini termasuk mengandungi karbohidrat, fruktosa, amyloid, asid sitrik, manganese, sukrosa, reticuline, vitamin C, vitamin B1 dan vitamin B2. Apakah manfaat kesihatan durian Belanda ini? Ia dikatakan sebagai ubat alternatif bagi rawatan kanser, adakah dakwaan ini benar? 

Nutrisi Durian Belanda

Durian Belanda biasanya dimakan secara mentah dengan memotong buahnya kepada separuh dan ‘mencedok’ isinya. Buah ini adalah rendah kalori tetapi tinggi dalam beberapa nutrien seperti serat dan vitamin C. Satu hidangan buah ini seberat 100 gram mengandungi:

Kalori – 66 kcal

Karbohidrat – 16.84 g

Gula -13.54 g

Serat – 3.3 g

Lemak – 0.3 g

Protein – 1 g

Thiamine (vit. B1) – 0.07 mg 

Riboflavin (vitamin B2) – 0.05 mg 

Niacin (vit. B3) 0.9 mg 

Asid Pantotenik – 0.253 mg

Vitamin B6 – 0.059 mg 

Folat – 14 μg 

Choline –  7.6 mg

Vitamin C – 20.6 mg

Kalsium – 14 mg 

Zat besi – 0.6 mg 

Magnesium – 21 mg 

Fosforus – 27 mg 

Kalium – 278 mg

Natrium – 14 mg

Zink – 0.1 mg 

Manfaat Kesihatan Durian Belanda

Setiap bahagian durian Belanda didapati mempunyai kelebihan tersendiri. Daunnya dapat membantu sakit kerongkong manakala akarnya dipercayai boleh membantu mengurangkan gejala kencing manis.

Minyak yang terhasil daripada daun atau buahnya yang masih muda sekiranya dicampurkan dengan minyak zaitun dapat digunakan untuk mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal badan.

Kulit pokok durian Belanda dipercayai dapat membantu pesakit jantung, masalah batuk dan mungkin mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan zuriat.

Selain itu, jus buah durian Belanda kini banyak dijual dalam bentuk tin dan kotak. Jus yang dihasilkan daripada buah durian Belanda boleh diminum untuk membantu meredakan demam, membunuh cacing (masalah biasa bagi kanak-kanak) dan sebagai ubat cirit-birit.

Apa manfaat lain buah unik ini?

1. Tinggi antioksidan

Banyak manfaat yang ditawarkan daripada buah ini adalah disebabkan oleh kandungan antioksidannya yang tinggi. Antioksidan adalah sebatian yang membantu untuk meneutralkan sebatian berbahaya yang dipanggil radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan kepada sel-sel di dalam badan. 

Sesetengah penyelidikan mendapati bahawa antioksidan boleh memainkan peranan dalam mengurangkan risiko beberapa penyakit termasuk penyakit jantung, kanser dan diabetes. 

Satu kajian tiub ujian memperlihatkan sifat-sifat antioksidan buah ini mendapati bahawa ia dapat melindungi secara berkesan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. 

Satu lagi kajian tabung uji mengukur antioksidan dalam ekstrak buah durian Belanda ini menunjukkan bahawa ia membantu mencegah kerosakan pada sel. Ia juga mengandungi beberapa sebatian tumbuhan yang berfungsi sebagai antioksidan, termasuk luteolin, quercetin dan tangeretin.

Walau bagaimana pun, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk menentukan manfaat antioksidan yang terdapat dalam durian Belanda ini kepada manusia. 

Sumber wikipedia

Related posts

Pelakon Ini Berhenti ‘Minum’ Selepas Menghantar Anak Ke Sekolah Dalam Keadaan Mabuk

admin

TikTok Launches New Tools To Combat Bullying On The Platform

admin

BMW

admin

Leave a Comment