GAYA HIDUP

Khasiat Buah Kurma

Saidina Ali r.a meriwayatkan, “Barang siapa yang memakan tujuh biji tamar (buah kurma) setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya. Dan sabda Rasulullah  s.a.w ‘Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”

Buah kurma mengandungi potasium, kalsium dan zat besi, dan berdasarkan kajian kaum Arab badui, yang makan buah kurma secara teratur, menunjukkan kadar pengidap penyakit kanser dan jantung sangat rendah.

Berikut ini dikongsikan khasiat kurma yang mungkin anda tidak tahu:

1. Menguatkan Memori

Kebiasaannya makanan yang sering dijadikan amalan untuk meningkatkan daya ingatan adalah kismis. Tetapi, tahukah anda bahawa kurma sebenarnya mengandungi khasiat yang cukup untuk meningkatkan daya ingatan seseorang. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak di peringkat sekolah, kurma adalah snek terbaik yang patut diberikan kepada mereka untuk mengukuhkan memori.

[thb_image full_width=”true” image=”6610″]

2. Baik Untuk Ibu Mengandung / Berpantang

Pernahkah anda dengar kisah tentang Maryam yang hanya makan buah kurma sewaktu melahirkan Nabi Isa? Jadi khasiat kurma ini memang tiada tandingannya. Menurut kajian, buah kurma bagus untuk wanita hamil kerana akan memudahkan proses bersalin selain akan mengurangkan masalah pendarahan. Kurma yang kaya zat besi sangat berguna untuk anda yang ada anemia, untuk wanita mengandung dan kanak-kanak. Cukup dengan memakan 100g kurma sehari (kira-kira 0.9 mg zat besu ) anda tekah mengambil  11% pengambilan zat besi yang diperlukan badan. Sabda Rasulullah, “berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.

3. Baik Untuk Kesihatan Jantung
   
Tahukah anda, sebenarnya kurma juga boleh mencegah masalah penyakit jantung. Anda hanya perlu merendam beberapa biji kurma semalaman lalu ditumbuk dan dimakan pada keesokan paginya. Dengan cara ini, pasti akan dapat membantu menguatkan jantung anda. Kajian mendapati kurma juga kaya dengan sumber potasium, iaiatu membantu mengurangkan risiko serangan strok.

4. Baik Untuk Kesihatan Tulang
   
Kandungan mineral yang tinggi di dalam kurma menjadikannya sumber yang baik untuk kekuatan tulang. Masalah penyakit seperti osteoporosis juga dapat dibendung dengan mengamalkan pengambilan buah ini. Selain kaya dengan mineral, kurma juga mempunyai jumlah magnesium yang tinggi dan membantu pertumbuhan tulang.

5. Merawat Masalah Usus

Kandungan nikotin di dalam kurma sememangnya membantu menyelesaikan pelbagai masalah usus. Dengan pengambilan kurma secara konsisten, ia dapat membantu melegakan masalah makanan tidak hadam dan masalah pencernaan.

[thb_image full_width=”true” image=”6612″]

6. Mengawal selia tekanan darah

Ramai menderita hipertensi (tekanan darah tinggi). Tahukah anda buah kurma yang kaya potasium dan tiada langsung sodium mampu mengurangkan tekanan darah anda. Anda digalakkan makan buah kurma jika tekanan darah meninggi.

7. Mampu menghalang strok

Potasium dalam kurma adalah mineral yang penting membaik pulih sistem saraf dan boleh menghalang strok. Pengambilan 400 mg potasium sehari sudah tentu membuat anda tidak perlu takut strok menyerang.

Related posts

SURIA KLCC RAIKAN TAHUN ARNAB

admin

MUMMY, WALAU TIADA, SAYA MASIH DAPAT MERASAKAN KASIH SAYANGNYA

Iskander Melan

Clarins Buka Stor Flagship di Mid Valley Megamall

admin

Leave a Comment