GAYA HIDUPkesihatan

Khasiat Buah Kurma & Keistimewaan Kurma Ajwah

Buah Kurma atau juga disebut Tamar ialah sejenis tumbuhan (palma) yang buahnya manis dan sedap. Kurma ialah tumbuhan daripada dari genus Phoenix. Perkataan phoenix berasal daripada perkataan Phoenicia yang bermaksud pokok kurma, dan dactylifera berasal daripada perkataan Greek daktulos bermaksud jejari yang menggambarkan bentuk buahnya. Pokok kurma dalam bahasa Arab disebut sebagai nakhl, manakala buahnya yang matang dipanggil tamar. Penanaman pokok kurma bermula sejak sebelum Masihi iaitu 6000 hingga 8000 tahun yang lalu di Mesopotamia. Imam al-Nawawi telah menyebutkan bahawa terdapat sebanyak 120 jenis kurma Madinah. 

Di bulan Ramadan yang mulia ini, digalakkan untuk berbuka dahulu dengan sebiji kurma paling kurang, dan kemudian barulah memakan apa sahaja yang dihidangkan. 

Mengapa?

Nabi Muhammad SAW sendiri mengangkat tinggi taraf kurma kerana manfaat kesihatan kepada tubuh. Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji kurma sebelum menunaikan solat. Kita memerlukan tenaga segera dan bukannya tenaga yang ‘lambat untuk dicerna’ seperti yang terkandung dalam kebanyakan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.

Pada sebiji kurma terdapat pelbagai khasiat, lalu perut yang lapar itu akan menerima pelbagai kebaikan bila anda mengutamakan kurma di dalam permakanan harian anda. Antara khasiat yang diperolehi daripada buah yang berwarna coklat dan lemak manis ini ialah:

Kalori: 281 kcal per 100gr

Lemak total: 0.03 gr

Karbohidrat total: 5.33 gr

Serat: 0.6 gr

Gula: 4.5 gr

Protein: 0.17 gr

Vitamin B6: 0.012 mg

Zat besi: 0.07 mg

Magnesium: 3 mg

Potassium: 47 mg

Sebaik-baiknya kurma  dimakan bukan sahaja di bulan puasa dan setelah mengetahui khasiat ini pasti ramai bersemangat untuk menjadikan buah yang satu ini sebagai makanan sehari-hari. Berikut di bawah ini khasiat buah kurma untuk kesihatan:

Mencukupi Keperluan Gizi dan Kalori

Kadar kalori yang terkandung dalam kurma amat tinggi dibandingkan buah lain. Ini mirip dengan kismis. Sebahagian besar kalori kurma datang daripada karbohidrat. Dan sisanya, datang daripada protein. Meski tinggi kalori, kurma mengandung vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.

Melancarkan Sistem Pencernaan

Kurma untuk melancarkan pencernaan. Dengan serat sebanyak tujuh gram dalam bahagian tiga perpuluhan auns (0,99 kg), sebaiknya memasukkan kurma ke dalam diet harian. Serat dalam kurma dapat mencegah sembilit dan mengalakkan gerakan usus besar lebih teratur, khususnya dalam membentuk feses.

Mencegah Penyakit Kronik

Mengelakkan pelbagai macam penyakit kronik seperti penyakit jantung, kanser, diabetes, hingga Alzheimer di’wajib’ anda makan buah ini kerana  tingginya kadar antioksidan yang dimiliki oleh kurma.

Membantu Melancarkan Proses Persalinan Normal

Ibu hamil digalakkan memakan buah kurma. Jikalau anda memakannya setiap hari selama beberapa minggu terakhir sebelum kelahiran bayi, ia dapat membantu melancarkan waktu bersalin. Dikatakan leher rahim akan melebar, sehingga induksi tidak perlu dilakukan lagi. Bahkan, dengan makan kurma tiap hari sebelum melahirkan, itu boleh juga mengurangkan masa yang diambil untuk persalinan!

Menstabilkan Gula Darah dan Pengganti Gula yang Lebih Sihat

Dengan rasanya yang manis, kurma dapat digunakan sebagai pengganti gula putih. Ia juga kaya nutrisi, serat, dan antioksidan!

Jadi Menu Tambahan dalam Diet

Kurma dapat dimakan langsung ataupun dicampurkan dengan makanan sihat lainnya, seperti kacang almond, keju, smoothies, oatmeal, hingga ke dalam adonan biskuit. Namun disebabkan kalorinya cukup tinggi, anda tidak perlu sebenarnya menambahkan yang lainnya. Ia juga mempunyai kadar potasium yang tinggi, yaitu salah satu unsur elektrolit yang diperlukan tubuh, kurma bermanfaat menguatkan tubuh sekaligus membangun otot dalam tubuh.

Melindungi Tubuh dari Peradangan

Bagi melindungi dari berbagai macam jenis radang, kita memerlukan antioksidan yang cukup, salah satunya dari polifenol. Buah yang satu ini kaya akan polifenol berbanding buah lain.

Meningkatkan Kesuburan

Dikata ramai pasangan berjaya memperolehi anak kerana makan buah kurma. Buah kurma dikatakan boleh meningkatkan kesuburan, baik pada wanita juga lelaki. Itu semua berkat kandungan asam amino di dalamnya.

Di Timur Tengah, serbuk sari kurma (date palm pollen) dijadikan ubat untuk mengatasi masalah ketidaksuburan, terutama pada pria. Biji dan serbuk sari kurma pun memiliki senyawa yang bekerja seperti hormon-hormon reproduksi kaum adam dan hawa.

Mencegah Anemia

Selalu lelah dan muka pucat kerana kekurangan darah. Anda tidak mudah lelah dan pucat kerana anemia dengan memakan kurma setiap hari. Kandungan zat besinya  meningkatkan pengeluaran sel darah merah.

Soalan:

Saya ada mendengar satu hadis yang menyebut mengenai kelebihan makan kurma ajwah sebanyak tujuh biji pada setiap pagi, anda akan terselamat daripada racun dan sihir. Adakah fadilat tersebut hanya khusus kepada kurma ajwah Madinah sahaja atau sebenarnya umum buat semua jenis kurma? 

Jawapan

Kurma Ajwah satu daripada jenis-jenis tamar (kurma). Al-Jauhari telah menyatakan bahawa kurma Ajwah merupakan antara jenis kurma yang terbaik di Madinah. Begitu juga Imam al-Nawawi menyatakan perkara yang sama iaitu Ajwah jenis kurma yang baik. Manakala Ibnu Hajar al-Asqalani pula menyatakan bahawa kurma Ajwah adalah kurma yang terbaik dan paling lembut di Madinah. Kemudian, beliau menukilkan pendapat al-Dawudi yang menyatakan bahawa kurma Ajwah termasuk di dalam kategori kurma yang sederhana saiznya. Dan Ibnu al-Athir pula menyatakan di dalam kitabnya al-Nihayah bahawa kurma Ajwah merupakan sejenis kurma dari Madinah, saiznya lebih besar daripada kurma (al-Soyhani) dan warnanya kehitam-hitaman. Ibnu Qayyim al-Jauziyyah menyebutkan bahawa Ajwah Madinah adalah kurma yang paling bermanfaat di Tanah Hijaz secara umumnya, bentuknya baik, isinya padat dan kuat, termasuk antara kurma yang paling lazat (sedap), lembut dan harum. 

Oleh itu, kita boleh simpulkan bahawa kurma Ajwah adalah kurma yang terbaik dan paling lembut di Madinah, warnanya kehitam-hitaman, saiznya sederhana dan isinya padat.

Kelebihan makan kurma Ajwah

Terdapat hadis-hadis yang menyebutkan mengenai kelebihan memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi. Antaranya daripada Saad bin Abi Waqqas bahawa Nabi SAW bersabda :

مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ

Maksudnya : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” [HR al-Bukhari dan Muslim

Begitu juga, daripada Aisyah ra bahawa Nabi SAW bersabda :

إِنَّ فِي عَجْوَةِ الْعَالِيَةِ شِفَاءً – أَوْ إِنَّهَا تِرْيَاقٌ – أَوَّلَ الْبُكْرَةِ

Maksudnya : “Sesungguhnya pada kurma Ajwah ‘Aliyah itu ada ubat penyembuh atau ia ubat penawar bagi racun, apabila dimakan pada awal pagi.” [HR Muslim (2048)]

Imam al-Nawawi menyatakan bahawa ‘Aliyah ialah kawasan yang terdiri daripada kebun-kebun, perkampungan dan pekan dari dataran tinggi Madinah yang menuju ke arah Najd. Atau dataran rendah dari arah yang lain yang menuju ke Tihamah. Kawasan ‘Aliyah yang paling dekat dari Madinah adalah pada jarak tiga batu (mil) dan yang paling jauh adalah pada jarak lapan batu. 

Dalam satu riwayat lain daripada Saad bin Abi Waqqas datang dengan lafaz tanpa menyebut kurma Ajwah :

مَنْ أَكَلَ سَبْعَ تَمَرَاتٍ مِمَّا بَيْنَ لَابَتَيْهَا حِينَ يُصْبِحُ، لَمْ يَضُرَّهُ سُمٌّ حَتَّى يُمْسِيَ

Maksudnya : “Sesiapa yang memakan pada waktu pagi tujuh biji kurma, yang ditanam antara dua bebatuan hitam, tidak akan memberi mudarat kepadanya sebarang racun sehinggalah petang.” [HR Muslim (2047)]

Akan tetapi di dalam Mustakhraj Abi Awanah, selepas disebutkan hadis di atas, dinukilkan pula kata-kata daripada Abu Tuwalah yang menyebut bahawa dia mendengar orang ramai menyebut kurma yang dimaksudkan adalah kurma Ajwah. Begitu juga, Ibnu Wahb menyatakan perkara yang serupa. [Lihat : Mustakhraj Abi Awanah, no. 8341, (5/189)]

Manakala daripada riwayat Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW bersabda :

والعَجوةُ مِنَ الجَنَّةِ، وهي شِفاءٌ مِنَ السُّمِّ

Maksudnya : “Kurma Ajwah itu berasal darisyurga, dan ia adalah penawar daripada racun.” [HR Ahmad (8037), al-Tirmizi (2066) dan Ibnu Majah (3455). Ahmad Syakir menyatakan bahawa sanadnya sahih]

Daripada hadis-hadis ini, secara zahirnya dapat kita fahami bahawa sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi akan mendapat fadilat sebagaimana yang telah disebutkan iaitu terselamat daripada sebarang racun dan sihir.

Adakah fadilat ini khusus buat kurma Ajwah Madinah sahaja, atau umum buat semua jenis kurma?

Ibnu Hajar al-Asqalani menukilkan beberapa pendapat ulama mengenai hal ini. Antaranya daripada al-Khattabi yang menyatakan bahawa :

كَوْنُ الْعَجْوَةِ تَنْفَعُ مِنَ السُّمِّ وَالسِّحْرِ إِنَّمَا هُوَ بِبَرَكَةِ دَعْوَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِتَمْرِ الْمَدِينَة لَا لخاصية فِي التَّمْر

Maksudnya : “Kurma Ajwah bermanfaat bagi mengubati racun dan sihir disebabkan oleh keberkatan doa Nabi SAW kepada kurma Madinah, dan bukan kerana khasiat kurma itu sendiri.”

Manakala Ibnu al-Tin pula berpendapat bahawa :

يُحْتَمَلُ أَنْ يَكُونَ الْمُرَادُ نَخْلًا خَاصًّا بِالْمَدِينَةِ لَا يُعْرَفُ الْآنَ

Maksudnya : “Berkemungkinan yang dimaksudkan di sini ialah kurma yang secara khususnya terdapat di Madinah, yang tidak diketahui lagi pada masa sekarang”

Al-Maziri berpendapat bahawa perkara ini antara perkara yang tidak dapat difikirkan munasabahnya (logiknya) melalui ilmu perubatan kerana kalau lah manfaat kurma sebagai penawar kepada racun dapat dibuktikan melalui ilmu perubatan, maka tiada keperluan lagi untuk meletakkan had pada bilangan iaitu tujuh biji dan juga jenis iaitu kurma Ajwah. Dan boleh jadi ia adalah khusus bagi penduduk pada zaman Nabi SAW atau kebanyakan orang daripada mereka. Sekiranya tidak sabit penyembuhan tersebut berterusan berlaku sehingga kepada zaman kita pada kebanyakan orang, sekalipun ia berlaku pada ramai orang, maka kita boleh simpulkan bahawa ia bermaksud memberi penyembuhan dalam kebanyakan keadaan.

Qadi ‘Iyad pula berpendapat fadilat tersebut adalah khusus buat kurma Ajwa ‘Aliyah dan kurma-kurma yang ditanam di Madinah (antara dua bebatuan hitam) sepertimana penawar yang hanya didapati dalam sebahagian ubat yang terdapat pada sebahagian kawasan dalam sebuah negeri dan bukan daripada jenis selainnya disebabkan oleh tanah dan udara (kawasan tertentu) yang memberi kesan.

Sebahagian ulama yang lain pula menyatakan bahawa mengkhususkan kurma Madinah bagi fadilat tersebut, jelas dapat dilihat melalui lafaz-lafaz pada matan hadis berkenaan, adapun mengkhususkannya hanya pada zaman (Nabi SAW) sangat jauh (menyimpang).

Al-Qurtuby menyatakan bahawa secara zahirnya hadis-hadis tersebut menunjukkan kepada pengkhususan kurma Ajwah Madinah bagi menyembuhkan racun dan membatalkan sihir.

Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis di dalam bab kelebihan tamar Madinah menyatakan bahawa hadis-hadis ini menunjukkan kelebihan tamar Madinah dan kurma Ajwah. Juga kelebihan memakan tujuh biji kurma pada waktu pagi. Dan kelebihan ini hanya buat kurma Ajwah Madinah sahaja, serta bukan pada kurma-kurma yang lain. Manakala, bilangan tujuh biji termasuk di dalam perkara yang hanya diketahui oleh Allah SWT akan hikmahnya. Ada pun kita wajib beriman dan menerimanya, serta meyakini akan fadilatnya (adalah benar) dan ada hikmahnya (akan perkara tersebut), sebagaimana ketetapan terhadap bilangan solat, kadar nisab di dalam zakat dan lain-lain. [Lihat : al-Minhaj Syarh Sahih Muslim.Ibnu Qayyim al-Jauziyyah juga ada menukilkan pendapat yang mengatakan bahawa fadilat tersebut adalah pada kurma Ajwah Madinah. 

Related posts

Hormon Stress: Apakah Ia Dan Apa Yang Perlu Dilakukan?

admin

Apalah Maknanya Tom & Jerry Tanpa Keju?

admin

Kanser Usus

admin

Leave a Comment