“Keyakinan datang bila saya mendapat restu dari ibu bapa…” – Nafiez Zaidi

Kongsikan tentang projek terbaru, mungkin baru mengikat kontrak menjadi duta produk? Kongsikan apa saja.

Saya baru sahaja menghabiskan penggambaran drama bertajuk Bunga Hati dan yang berlangsung sekarang, penggambaran drama Air Mata di Bumi Matador. Inshaallah akan terlibat dengan penggambaran filem pada Jun ini.

Setiap kali melihat diri sendiri di cermin, apa yang anda rasakan?

Saya memang suka tengok cermin sebab saya jenis mementingkan penampilan dan ingin sentiasa nampak handsome. Ha ha ha! Walaupun tak berapa handsome. Kalau tengok cermin membuatkan keyakinan diri saya bertambah.

Pandangan anda tentang admiration yang diterima daripada peminat? Dan apa yang mahu anda sampaikan pada mereka?

Kalau boleh saya nak jadi ikon dan contoh yang baik kepada peminat dan sesiapa sahaja. Apa yang saya tonjolkan di media sosial, harapnya semua yang positif tetapi kadang kala sebagai manusia kita tidak terlepas dari kesilapan.

Tentang kerjaya, bagaimana mendapat keyakinan menceburi bidang yang diceburi ini?

Keyakinan datang bila saya mendapat restu dari ibu bapa saya dan juga keluarga, sebab mereka yang memberi sokongan pada saya untuk berada dalam industri ini.

Apakah yang seronok dan yang sukar dengan bidang kerjaya anda kini?

Yang seronoknya saya boleh jadi macam-macam, maksudnya mainkan watak yang pelbagai dan yang sukar apabila nak sediakan wardrobe sendiri. Hehe.

Perubahan yang anda nampak dalam diri selepas menceburi bidang ini?

Keyakinan diri bertambah baik apabila berjumpa dengan orang yang baru dikenali,selain lebih berani menonjol ke depan. Dulu saya agak pemalu

Apa kelemahan diri yang anda berharap dapat perbetulkan?

Kelemahan saya, tak boleh tengok makanan sedap. Sebab saya suka makan. Saya nak kurangkan makanan yang berlebihan sebab saya perlu jaga badan dan kesihatan yang baik.

Tentang kritikan. Paling pedas yang diterima setakat ini yang anda masih ingat? Kongsikan.. 

Masa mula berlakon, biasalah, dikatakan kayu, lakonan ‘busuk,’ ada juga yang gelakkan bila tengok saya berlakon. Dululah. Sekarang tak adalah yang teruk sampai macam tu. Masih ada kritikan cuma yang kecil sahaja.

Bagaimana pula kritikan yang konstruktif, adakah masih ingat? Kongsikan… 

Ya, kritikan yang menyuruh saya lebih berusaha jika minat dan ingin terus kekal dalam industri ini. Perlu bekerja keras dan belajar macam mana nak perbaiki lakonan.

Tentang plan akan datang, tak kisah lagi 5,10 atau 20 tahun lagi… apa yang teringin anda lakukan?

Saya nak ada keluarga, saya nak kewangan saya stabil dan berjaya dalam lakonan dan bidang usahawan. Mungkin akan buka cawangan kedai makan saya Warung Balun, seberapa banyak yang boleh dan mahu kerap bercuti.

Kemasyhuran atau cinta, mana satu yang anda buru?

Jawapan saya kedua-duanya sekali. Sebab saya rasa kalau kejar kemasyhuran sahaja tetapi cintanya tak ada, pasti rasa tidak lengkap fitrah seseorang bila tiada pasangan. Dan bila hanya cinta dikejar sampai kemasyhuran diabaikan, cinta itu akan menjadi beban kepada hidup.

Tentang Cinta 

Masih berhubung dengan kekasih lama? 

Tidak.

Komen anda tentang hubungan cinta yang lalu?

Simple, saya anggap tak ada jodoh, sebab kami berpisah cara baik.

Putus cinta, bagaimana anda menanganinya?

Saya akan sibukkan diri dengan kerja, jumpa kawan rapat dan bermain video game

Siapa miliki hati anda kini? Kalau ada yang istimewa, kongsikan tentang insan bertuah tersebut; namanya, personalitinya dan apa yang membuat anda tertarik dengannya?

Ada yang sudah tahu yang mana saya kini bersama Fify Azmi. Dia seorang yang lemah lembut, manja, sweet, cute dan saya rasa sangat selesa bila bersama dia, senang berbincang, dia sangat faham cara pembawaan diri saya, cara kerja saya dan yg paling penting dia humble, jujur, tak annoying, tak mengada-ngada dan tak control ayu.

Gambar: Instagram Nafiez Zaidi

Pernah timbul perasaan ‘lain daripada biasa’ pada co-star atau rakan sekerja? (tidak semestinya dalam kalangan selebriti atau sama usia)

Pernah, Fify Azmi merupakan rakan sekerja masa kami shooting filem Ada Hantu 2. Di situlah bermulanya perkenalan yg lebih rapat antara kami berdua.

Lagu cinta paling membekas di hati?

Andmesh – Cinta Luar Biasa.

Apa yang anda faham tentang wanita?

Seorang wanita, yang paling penting dalam hidupnya adalah perhatian daripada pasangannya (jika dia sudah ada pasangan.) Wanita perlu dilayan lemah lembut dan lelaki kena berusaha untuk faham diri seorang wanita. Dalam perhubungan, mereka nak tengok kesungguhan dan minat lelaki terhadap hubungan mereka.

Apa yang anda mahu wanita faham tentang lelaki?

Jangan penting diri. Jangan nak lelaki sahaja faham perempuan, perempuan pun kena faham lelaki, dan selalu rendahkan ego jika seseorang perempuan itu melakukan kesalahan dan jangan selalu salahkan 100 peratus pada lelaki.

Anda bercadang nak kahwin muda atau kahwin lewat pun tak apa?

Tak kisah. Terserah kepada jodoh. Kalau awal, awallah. Dengan umur saya sekarang yang sudah masuk 30-an jadi saya lebih fikirkan masa depan. Saya tak pentingkan kerjaya jatuh ke apa sebab saya perlu elak fitnah orang bila tengah bercinta. Kalau boleh saya nak kahwin.

Namakan satu orang yang membuat anda rasa teruja setiap kali berjumpa dengannya dan kenapa boleh timbul perasaan tersebut?

Fify Azmi. Sebab bila berjumpa, dia menceriakan hari saya dengan senyuman dan gelak ketawa, dapat hilangkan stress dan kita akan berkongsi masalah bersama dan selesaikan sama-sama.

What kind of love do you want in your life?

True love. Kalau true love kita dapat, buatlah apa pun, yang lain akan datang dengan sendirinya seperti jujur, setia dan lain-lain.

Gambar utama oleh: Farez Jamil

CONTACT US

31 USJ4/6A Subang Jaya
47600, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 012-2145622, 012-2320111, 013-6920850
Email: admin@majalahwm.com

FOLLOW US ON