Keutamaan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

Please select a featured image for your post

Segala puji bagi Allah semata, selawat dan salam kepada Rasulullah SAW, kepada keluarga dan semua sahabatnya.

 

روى البخاري رحمه الله عن ابن عباس رضي الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى الله من هذه الأيام – يعني أيام العشر – قالوا : يا رسول الله ولا الجهاد في سبيل الله ؟ قال ولا الجهاد في سبيل الله إلا رجل خرج بنفسه وماله ثم لم يرجع من ذلك بشيء

 

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, rahimahullah, daripada Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘anhuma bahawa Nabi SAW bersabda, “Tidak ada hari di mana amal soleh pada saat itu lebih dicintai Allah SWT daripada hari-hari ini iaitu 10 hari pertama bulan Dzulhijjah. Mereka bertanya, “Ya Rasulullah SAW, tidak juga jihad fi sabilillah?” Baginda menjawab, “Tidak, kecuali orang yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan sesuatu.””

 

وروى الإمام أحمد رحمه الله عن ابن عمر رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ما من أيام أعظم ولا احب إلى الله العمل فيهن من هذه الأيام العشر فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد

 

وروى ابن حبان رحمه الله في صحيحه عن جابر رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: أفضل الأيام يوم عرفة.

 

“Imam Ahmad rahimahullah meriwayatkan daripada Umar r.a, bahawa Nabi SAW bersabda, “Tidak ada hari lain yang paling agung dan amat dicintai Allah SWT untuk berbuat kebajikan di dalamnya berbanding 10 hari (Zulhijjah) ini. Maka perbanyaklah pada tika itu tahlil, takbir dan tahmid.””

 

Amalan Yang Disyariatkan Pada Malam 10 Zulhijjah

 

  1. Melaksanakan Ibadah Haji Dan Umrah

Amalan ini adalah yang paling utama berdasarkan berbagai hadis sahih yang menunjukkan keutamaannya, antara lain sabda Nabi SAW,

العمرة إلى العمرة كفارة لما بينهما والحج المبرور ليس له جزاء إلا الجنة

 

“Daripada umrah ke umrah adalah tebusan (dosa-dosa yang dikerjakan) di antara keduanya, dan haji yang mabrur balasannya tiada lain adalah syurga.”

 

  1. Berpuasa Selama 10 Hari Tersebut atau Pada Sebahagiannya, Terutama Pada Hari Arafah.

Tidak disangsikan lagi bahawa puasa adalah jenis amalan yang paling utama, dan yang dipilih Allah SWT untuk diriNya. Disebutkan dalam hadis Qudsi ;

الصوم لي وأنا أجزي به ، انه ترك شهوته وطعامه وشرابه من أجلي

 

“Puasa ini adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwat, makanan dan minumannya semata-mata kerana Aku.”

 

Diriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri r.a, Rasulullah SAW bersabda;

ما من عبد يصوم يوماً في سبيل الله ، إلا باعد الله بذلك اليوم وجهه عن النار سبعين خريف

 

“Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah SWT melainkan Allah SWT pasti menjauhkan dirinya dengan puasanya itu dari api neraka selama tujuh puluh tahun.” [Hadis Muttafaqun ‘Alaih].

Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Qatadah rahimahullah bahawa SAW bersabda;

صيام يوم عرفة أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله والتي بعده .

 

“Berpuasa pada hari Arafah kerana mengharap pahala daripada Allah SWT melebur dosa-dosa setahun sebelum dan sesudahnya.”

 

  1. Takbir dan Zikir

Sebagaimana firman Allah SWT;

وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ

 

“… dan supaya mereka menyebut nama Allah SWT pada hari-hari yang telah ditentukan…” [al-Hajj/22: 28]

Para ahli tafsir menafsirkannya dengan 10 hari daripada bulan Zulhijjah. Kerana itu, para ulama menganjurkan untuk memperbanyak zikir pada hari-hari tersebut, berdasarkan hadis daripada Ibnu Umar Radhiyallahu ‘anhuma.

 

فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد

 

“Maka perbanyaklah pada hari-hari itu tahlil, takbir dan tahmid.” [Hadits Riwayat Ahmad]

 

Imam Bukhari rahimahullah menuturkan bahawa Ibnu Umar dan Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhuma keluar ke pasar pada 10 hari tersebut seraya mengumandangkan takbir lalu orang sekeliling pun mengikut takbirnya. Dan Ishaq rahimahullah meriwayatkan daripada fuqaha’, tabiin bahawa pada hari-hari ini ucapkan;

الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله والله أكبر ولله الحمد

 

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Laa Ilaha Ilallah, wa-Allahu Akbar, Allahu Akbar wa Lillahil Hamdu

‘Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada Ilah (Sembahan) Yang Haq selain Allah. Dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, segala puji hanya bagi Allah.’

Dianjurkan untuk mengeraskan suara dalam bertakbir ketika berada di kawasan yang luas seperti pasar, rumah, jalan, masjid dan lain-lainnya. Sebagaimana firman Allah SWT;

 

وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ

“Dan hendaklah kamu mengagungkan Allah SWT atas petunjukNya yang diberikan kepadamu …” [al-Baqarah/2 : 185].

 

Tidak dibolehkan mengumandang takbir bersama-sama, iaitu dengan berkumpul pada suatu majlis dan mengucapkannya dengan satu suara. Hal ini tidak pernah dilakukan oleh para salaf. Yang menurut sunnah adalah masing-masing bertakbir sendiri-sendiri. Ini berlaku pada semua zikir dan doa, kecuali kerana tidak mengerti sehingga ia harus belajar dengan mengikuti orang lain.

Dan diperbolehkan berzikir dengan yang mudah-mudah seperti takbir, tasbih dan doa-doa lain yang disyariatkan.

 

  1. Taubat Serta Meninggalkan Segala Maksiat Dan Dosa

Sehingga akan mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT. Maksiat adalah penyebab dijauhi dan terusirnya hamba dari Allah SWT dan ketaatan adalah penyebab dekat dan cinta kasih Allah SWT kepadanya.

Disebutkan dalam hadis daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Nabi SAW bersabda;

ان الله يغار وغيرة الله أن يأتي المرء ما حرم الله علي

 

“Sesungguhnya Allah SWT itu cemburu dan kecemburuan Allah SWT itu adalah jika seorang hamba melakukan apa yang diharamkan Allah SWT terhadapnya.” [Hadits Muttafaqun ‘Alaihi].

 

  1. Banyak Beramal Soleh

Berupa ibadah sunat seperti solat, sedekah, jihad, membaca al-Quran, amar makruf nahi munkar dan sebagainya. Sebab amalan-amalan tersebut pada hari itu dilipat gandakan pahalanya. Bahkan amal ibadah yang tidak utama bila dilakukan pada hari itu akan menjadi lebih utama dan dicintai Allah SWT daripada amal ibadah pada hari lainnya meskipun merupakan amal ibadah yang utama, sekalipun jihad yang merupakan amal ibadah yang amat utama, kecuali jihad orang yang tidak kembali dengan harta dan jiwanya.

 

  1. Disyariatkan Pada Hari Itu Takbir Muthlaq

Iaitu pada setiap saat, siang ataupun malam. Dan disyariatkan pula takbir muqayyad iaitu yang dilakukan setiap selesai solat fardu yang dilaksanakan dengan berjemaah; bagi selain jemaah haji dimulai daripada bermula Fajar hari Arafah, manakala bagi jemaah haji dimulai sejak zuhur hari Raya Korban hingga solat asar pada hari Tasyriq.

 

  1. Berkorban Pada Hari Raya Korban dan Hari-Hari Tasyriq

Hal ini adalah sunnah Nabi Ibrahim a.s, yakni ketika Allah SWT menebus puteranya dengan sembelihan yang agung. Diriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda;

وقد ثبت أن النبي صلى الله عليه وسلم ضحى بكبشين أملحين أقرنين ذبحهما بيده وسمى وكبّر ووضع رجله على صفاحهما

 

“Berkorban dengan menyembelih dua ekor kambing biri-biri jantan berwarna putih dan bertanduk. Beliau sendiri yang menyembelihnya dengan menyebut nama Allah dan bertakbir, serta meletakkan kaki beliau di sisi tubuh kambing biri-biri itu.”[Muttafaqun ‘Alaihi]

 

  1. Dilarang Mencabut Atau Memotong Rambut dan Kuku Bagi Orang Yang Hendak Berkorban

Diriwayatkan oleh Muslim dan lainnya, daripada Ummu Salamah r.a bahawa Nabi SAW bersabda;

إذا رأيتم هلال ذي الحجة وأراد أحدكم أن يضّحي فليمسك عن شعره وأظفاره

 

“Jika kamu melihat hilal bulan Zulhijjah dan salah seorang di antara kamu ingin melakukan korban, maka hendaklah ia menahan diri daripada (memotong) rambut dan kukunya.”

 

Dalam riwayat lain;

 

فلا يأخذ من شعره ولا من أظفاره حتى يضحي

 

“Maka janganlah ia mengambil sesuatu daripada rambut atau kukunya sehingga selepas ia melakukan korban.”

Hal ini mungkin kerana supaya menyerupai orang yang menunaikan ibadah haji yang menarik haiwan korbannya. Firman Allah SWT;

 

وَلا تَحْلِقُوا رُءُوسَكُمْ حَتَّى يَبْلُغَ الْهَدْيُ مَحِلَّه

“….dan jangan kamu mencukur (rambut) kepalamu, sebelum korban sampai di tempat penyembelihan…” [al-Baqarah/2: 196]

 

Larangan ini menurut zahirnya hanya dikhususkan bagi orang yang melakukan korban sahaja, tidak termasuk isteri dan anak-anaknya, kecuali jika masing-masing daripada mereka juga melakukan korban. Dan dibolehkan membasahi rambut serta menggosoknya, meskipun terdapat beberapa rambutnya yang gugur.

 

  1. Melaksanakan Solat Aidiladha Dan Mendengar Khutbahnya

Setiap muslim hendaknya memahami hikmah disyariatkanNya hari raya ini. Hari ini adalah hari bersyukur dan beramal kebajikan. Maka janganlah dijadikan sebagai hari keangkuhan dan kesombongan; janganlah dijadikan kesempatan bermaksiat dan bergelimang dalam kemungkaran seperti nyanyi-nyanyian, main judi, mabuk dan sejenisnya. Hal ini akan menyebabkan terhapusnya amal kebajikan yang dilakukan selama 10.

 

  1. Selain Hal-Hal Yang Telah Disebutkan di Atas

Hendaknya setiap muslim dan muslimah mengisi hari-hari ini dengan melakukan ketaatan, zikir dan syukur kepada Allah SWT, melaksanakan segala kewajiban dan menjauhi segala larangan; memanfaatkan kesempatan ini dan berusaha memperoleh kemurahan Allah SWT agar mendapat redhaNya.

 

Semoga Allah melimpahkan taufikNya dan menunjuki kita jalan yang lurus. Dan selawat serta salam semoga tetap tercurah kepada Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga dan para sahabatnya.

 

 

Penulis asal: Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin

Sumber: https://almanhaj.or.id/2888-keutamaan-10-hari-pertama-bulan-dzulhijjah-dan-amalan-yang-disyariatkan.html

CONTACT US

31 USJ4/6A Subang Jaya 47600, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 012-2145622, 012-2320111, 013-6920850
Email: admin@majalahwn.com

FOLLOW US ON