Kerjasama Artistik Make Up For Ever dan Kehlani untuk Koleksi Aqua XL Color

Please select a featured image for your post

Pembayang mata krim Aqua XL Color Paint dan penggaris mata cecair Aqua XL Ink Liner dengan kelebihan mutu tinggi, warna kalis air dan tahan sehingga 24 jam menjadi produk solekan terbaru Make Up For Ever, tetapi kali ini hasil kolaborasi artistik bersama penyanyi R&b Kehlani.

Kerjasama seni dengan pelancaran dua koleksi dalam francais Make Up For Ever Aqua XL ini menyediakan Kehlani dengan jurusolek profesional dan produk solekan untuk setiap projek seninya, termasuk konsert dan penggambaran. Kehlani membintangi kempen visual dan video AQUA XL 2017 yang dihasilkannya dengan kerjasama Make Up For Ever.

Kehlani dalam satu tembual memberitahu, “Make Up For Ever membuatkan saya rasa berkuasa di atas pentas kerana saya tahu saya nampak menarik – ia sesuai dengan diri dan personaliti saya, membuatkan saya yakin dan seronok. Saya juga tahu solekan Make Up For Ever tidak akan cair atau pudar semasa saya membuat persembahan, jadi saya tidak perlu fikirkan tentang apa yang berlaku dengan solek saya.”

Saya merasa sangat bertuah kerana menjadi sebahagian dari komuniti Make Up For Ever . Ini adalah kerjasama seni pertama saya dengan mana-mana jenama dan saya begitu gembira berada dalam kumpulan yang menakjubkan ini dan pasukan yang memberi inspirasi kepada saya setiap hari dengan semangat mereka dalam bidang solekan dan untuk jenama yang hebat ini.”

Francais Aqua XL ini dikenali kerana ketahanan, warna berpigmen tambahan dan sangat mudah luncur dan ia telah dicuba di atas pentas, juga dalam keadaan ekstrem untuk memastikan warnanya tetap kekal hinggalah ia ditanggalkan.

Aqua  XL Color Paint warna krim pembayang mata yang versatil dan penggaris mata cecair Aqua XL Ink Liner boleh didapati dalam beberapa warna bertenaga dan semula jadi dengan keamatan warna maksimum dan kuasa memakai 24 jam.

CONTACT US

31 USJ4/6A Subang Jaya 47600, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 012-2145622, 012-2320111, 013-6920850
Email: admin@majalahwn.com

FOLLOW US ON