PERSONALITI

KENALI SAYYIDINA ALI BIN ABI TALIB

ali-scaled

Sayyidina Ali bin Abi Talib (Arab: علي بن أبي طالب[1] .Nama sebenarnya ialah (‘Ali bin Abi Thalib bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdul Manaf); 13 Rejab, 22 atau 16 SH – 21 Ramadan, 40 H; 20 September 601 atau 17 Julai 607 – 31 Januari 661 Masihi). Beliau ialah sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w. selepas mengahwini puteri Rasulullah s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra. Beliau merupakan Khulafa al-Rasyidin yang keempat, memerintah dari tahun 656 hingga 661 Masihi. Penganut Syiah menganggap beliau sebagai Imam pertama dan waris sah selepas Rasulullah.

Sayyidina Ali R.A dilahirkan dalam Kaabah oleh ibu baginda Fatima bint Asad di Makkah pada tahun 601. Bapa Sayyidina Ali, Abu Talib ialah pembesar puak Quraisy dan juga bapa saudara kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Sewaktu baginda Nabi Muhammad s.a.w.. menerima wahyu daripada Allah s.w.t., Sayyidina Ali r.a merupakan kanak-kanak dan lelaki yang pertama memeluk Islam.

Sayyidina Ali R.A sentiasa menyokong Nabi Muhammad s.a.w. sewaktu kezaliman terhadap orang Muslim berlaku. Pada 622 Masihi, semasa peristiwa hijrah berlaku, Sayyidina Ali a.r  orang yang berani mengambil risiko dengan tidur di katil Rasulullah S.A.W. lantas berjaya mengelakkan satu percubaan membunuh baginda. Ali sendiri berhijrah beberapa tahun selepas itu. 

Sayyidina Ali di Madinah

Sewaktu berlakunya Perang Badar, Sayyidina Ali menumpaskan seorang jaguh Quraisy iaitu Al Walid bin Utbah di samping askar-askar Makkah yang lain. Di samping itu para sahabat Rasulullah s.a.w. juga memainkan peranan yang penting di sisi Nabi sebagai pejuang agama Allah.

Beliau mengahwini Fatimah az-Zahra, anak kepada Rasulullah s.a.w. Ketika itu beliau berumur 25 tahun dan Siti Fatimah berumur 18 tahun. Kerana kemiskinannya Sayydina Ali menjual baju besi perangnya untuk dijadikan mahar, begitu pun para sahabat lain seperti Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman dan Sayyidina Abdul Rahman bin Auf berbesar hati mengeluarkan perbelanjaan majlis perkahwinan kedua pengantin itu demi memuliakan Rasulullah SAW, kekasih yang amat mereka cintai.

Sepanjang 10 tahun Nabi Muhammad s.a.w. mengetuai penduduk Madinah, Sayyidina Ali senantiasa menolong dan membantu baginda demi kemajuan umat Islam. Beliau menyertai semua peperangan bersama Rasulullah s.a.w. kecuali Perang Tabuk. Beliau juga menjadi salah seorang hakim dan penulis wahyu baginda.  

Kewafatan Nabi Muhammad S.A.W

Sewaktu Sayyidina Ali sedang mempersiapkan jenazah Nabi Muhammad s.a.w. untuk dikebumikan dan melakukan upacara pengkebumiannya pada 632 masihi, sekumpulan kecil orang Muslim bertemu di Saqifah. Di sana, Sayyidina Umar berjanji setia kepada Sayyidina Abu Bakar, yang kemudiannya mengambil alih kekuasaan politik. Perhimpunan di Saqifah telah mempertikaikan bahawa Rasulullah telah menetapkan Sayyidina Ali sebagai penggantinya.

Walaupun begitu, isu penggantian kepada Nabi Muhammad s.a.w. menyebabkan umat Islam berpecah menjadi dua kumpulan, Sunni dan Syiah. Sunni menegaskan bahawa walaupun Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah melantik pengganti, Sayyidina Abu Bakar dipilih sebagai khalifah pertama. Sunni mengiktiraf empat khalifah pertama sebagai penerus Nabi Muhammad. Syiah percaya bahawa Nabi Muhammad s.a.w. secara terang-terangan menamakan Sayyidina Ali sebagai penggantinya di Ghadir Khum dan kepemimpinan Muslim adalah miliknya oleh perintah Tuhan, dan juga merupakan waris sah Rasulullah s.a.w. Bagaimanapun, Sayyidina Ali tidak berubah fikiran ketika akhirnya beliau setia kepada Sayyidina Abu Bakar dan kemudian kepada Sayyidina Umar dan Sayyidina Uthman, tetapi telah melakukannya demi kesatuan Islam, pada masa yang sama jelas bahawa umat Islam telah berpaling daripadanya. Sayyidina Ali juga percaya bahawa beliau dapat memenuhi peranan Imam tanpa berperang.  

Menjadi Khalifah ke Empat

Pada tahun 656 masihi, khalifah ketiga Islam iaitu Sayyidina Uthman bin Affan wafat kerana dibunuh oleh puak pemberontak di dalam rumahnya sendiri. Pemberontakan mereka atas sebab tidak puas hati dengan Sayyidina Uthman yang dikatakan mengamalkan nepotisme dan menggunakan harta Baitulmal untuk keluarganya. Atas keputusan ahli Syura mencadangkan Sayyidina Ali supaya menjadi khalifah tetapi Sayyidina Ali menolak. Namun selepas didesak, beliau akhirnya menerima untuk menjadi khalifah.

Pentadbiran Sayyidina Ali A.R

Perkara pertama beliau lakukan selepas dilantik menjadi khalifah ialah mencari pembunuh Sayyidina Uthman mengikut saluran undang-undang Islam dengan menghapuskan pemberontakan yang hendak dibuat oleh golongan Rafidhah yang menghasut para sahabat.

Keluarnya Aisyah bersama Thalhah dan Az Zubair bin Al Awwam ke Bashrah dalam rangka mempersatukan kekuatan mereka bersama Ali bin Abi Thalib untuk menegakkan hukum qishash terhadap para pembunuh Uthman bin Affan. Hanya saja Ali bin Abi Thalib meminta penundaan untuk menunaikan permintaan qishash tersebut. Ini semua mereka lakukan berdasarkan ijtihad walaupun Ali bin Abi Thalib lebih mendekati kebenaran daripada mereka. (Daf’ul Kadzib 216-217)

Selepas itu, Sayyidina Ali melantik gabenor-gabenor baru bagi menggantikan pentadbir-pentadbir yang dilantik oleh Sayyidina Uthman. Sayyidina Ali memindahkan pusat pentadbiran Islam dari Madinah ke Kufah, Iraq. Kota Damsyik, Syria pula ditadbir oleh Muawiyah, Gabebor Syria dan saudara Sayyidina Uthman. Muawiyah dilantik sebagai Gabenor pada masa pemerintahan Saidina Umar lagi.

Muawiyah, yang menyimpan cita-cita politik yang besar, berpendapat bahawa siasatan berkenaan dengan pembunuhan Sayyidina Uthman adalah merupakan keutamaan bagi negara ketika itu dan beliau ingin mengetahui siapakah pembunuh Sayyidina Uthman dan pembunuh tersebut mestilah dihukum qisas. Bagi Sayyidina Ali, beliau berpendapat keadaan dalam negara hendaklah diamankan terlebih dahulu dengan seluruh penduduk berbalah kepadanya sebelum beliau menyiasat kes pembunuhan Sayyidina Uthman. Muawiyah kemudiannya menyatakan rasa kesal dengan kelambatan Sayyidina Ali menyiasat kematian Saidina Uthman, lalu melancarkan serangan ke atas Sayyidina Ali. Akhirnya terjadilah Perang Siffin di antara Muawiyah dan Sayyidina Ali. Di dalam peperangan ini antara para sahabat yang terlibat adalah Amru Al-Ash, Ammar ibn Yasir, Abdullah ibn Amru Al Ash, Abdullah ibn Abbas.

Kesyahidan Imam Ali – Oleh Yousef Abdinejad

Ada di antara para sahabat bersikap berkecuali di dalam hal ini. Antaranya adalah Abdullah ibn Umar, Muhammad ibn Maslamah, Sa’ad ibn Abi Waqqas, Usamah ibn Zaid.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas

Related posts

Muhamad Razif Nasruddin Always evolving and expanding

admin

‘Treat your makeup like jewelry for the face. Play with colors, shapes, structure – it can transform you.’ Francois Nars

admin

Penata Gaya Rambut Profesional Albert Nico Bercakap Tentang Buku Fotografi Terbitannya

admin

Leave a Comment