DONEDONE, SEEN & HEARDSEEN & HEARD

Kematian Itu Amat Memedihkan

“Katakanlah: Sesungguhnya kematian yang kamu melarikan diri daripadanya itu tetap akan menemui kamu, kemudian itu kamu akan dikembalikan kepada Tuhan yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata. Maka Dia akan memberitahu kamu akan apa yang pernah kamu kerjakan.” (Surah Al-Jumu’ah : 8).

Kematian Itu Amat Memedihkan

“Mummy Kak Nina Whatsapp,” kata Shasha, anak sulung saya sebaik pintu bilik saya dibukanya. Raut wajah Shasha membuat saya mula cuak. Belum sempat saya membuka mulut untuk bertanya, dia merapati saya. Hati terus berkata-kata, berteka-teka, lalu dia menyambung, “Aunty Non dah tak ada.” 

Kakak yang saya kasihi telah kembali ke rahmatullah? Allahuakbar!

How I wish it was just a dream, or at least a nightmare, so I can go back to reality and make my way straight to the hospital. Akan saya peluk dia erat-erat dan katakan apa yang saya mahu kepadanya. But it was not a dream! Just like the dream of hugging her tight in my arms. 

Realitinya tidak semudah itu. Itulah yang membuat hati masih terkilan. Bukan mudah untuk merempuh masuk ke wad ICU yang dijaga rapi, dengan Perintah Kawalan Perjalanan (PKP) yang kian ketat kesan Pandemik Covid-19, dibenarkan naik ke wad dan melihat kakak dari jarak jauh di sebalik cermin itu pun sudah cukup bernasib baik untuk melepaskan rindu kami.

Hanya dua orang saja dibenarkan melawat pada satu hari. Itu pun sekadar dari luar melalui cermin yang telus dan hanya masuk merapati dia sekali saja. Dengan empat anak, menantu dan cucu serta kami yang masih tinggal lima beradik, masakan cukup kuota yang diberikan? Apapun kami tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana SOP ketat memang harus dipatuhi pihak pentadbir hospital, juga kami demi kebaikan semua. 

Hanya yang kedengaran sejurus itu, suara cucu saya Zara Amina, tujuh tahun, “Don’t cry Atuk,” sambil terus merangkul saya erat. Masih segar juga susunan kata-kata Shasha yang menyampaikan berita sedih itu dan tidak mungkin dapat dilupakan. 

Sekujur saya berbaring, terus bangun duduk di tepi katil. Hancur lulur hati sungguh tak terkata. Seingat saya, dengan air mata berderai bagai mutiara terputus tali, saya menadah kedua telapak tangan yang terketar mensyukuri berita yang baru saya terima itu… dan hanya mampu menyebut ‘Innalilahi wainnalillahi rajioun’ yang tenggelam bersama raungan yang amat memedihkan. 

Mujurlah kala berita itu disampaikan saya baru saja sedang berbaring dan baru lepas membacakan surah Ar Raad (yang memang saya amalkan sejak beberapa hari sebelumnya) khas ditujukan buat Kak Non. Seandai sedang berdiri, entahlah, mungkin terus jatuh terduduk ke lantai agaknya. 

Tidak tahu berapa lama saya berada dalam keadaan itu, kala ‘sedar’ saya mengucap kalimah shahadah dan bertanya mengapa saya tiba-tiba mensyukuri dan meredhakan permergian ini? Patut kah saya berasa lega dengan berita yang meruntun dan menekan ini? Sedangkan selama ini kami setiap saat berdoa dan amat mengharap dia segera sembuh, tidak kiralah apa usaha dan daya kami, kami akan tunggu sampai bila sekalipun asalkan Kak Non kembali ke rumah, ke pangkuan anak cucu kesayangnya dan kami sekeluarga. 

Doa kami berterusan tanpa hentinya dan sentiasa mengharapkan arwah sembuh dan kembali ke pangkuan kami seperti sedia kala. Anak-anak Kak Non, usah cakaplah, saya tahu mereka langsung tidak mahu mengalah dan mahu berusaha sehingga ibu mereka kembali sembuh dan normal.

Menurut pakar, Kak Non mengalami beberapa masalah. Pelbagai usaha anak-anaknya untuk membantu arwah mengatasi komplikasi, termasuklah pada jantung, buah pinggang dan hati, untuk beberapa kalinya berlaku perdarahan dalam air kencingnya. 

When you love someone you never give up on them.Bukan mahu melawan ketentuan yang Maha Esa atau kami tidak redha menerima kenyataan, namun sekadar berusaha. Itulah agaknya janji anak-anak Kak Non, Shem, Sheila. Razak dan Zarina. Manakan kita tahu, ketentuan Allah, orang sakit terlantar dan koma selama enam bulan pun tiba-tiba pulih, malah kini sudah tujuh tahun menjalani hidup seperti sedia kala, inikan pula baru berapa minggu.

Kak Non seorang yang pelembut, baik hati, tidak lokek serta mudah mesra. Jarang sangat lah saya melihat Kak Non marah, cuma dengan anak-anaknya masa mereka kecil memang dia garang. Saya ingat betapa teruknya Shem dan Razak dirotan kerana curi-curi ikut kawan-kawan mereka mandi sungai. Masakan dia tak marah waktu itu musim tengkujuh dan air sungai memang deras. Seandainya lah tidak ditahan arwah mak dan arwah ayah kami, tak tahulah apa boleh jadi. 

Dalam kelembutannya, Kak Non tegas dengan anak-anak. Tidak hairanlah mereka membesar dan jadi anak-anak yang boleh dikatakan berjaya, taat dan baik-baik saja. Kak Non juga bertuah punya 14 cucu dan empat darinya berjaya di sekolah tahfiz.

Tapi secara amnya dia tidak banyak kerenah dan tidak gemar ambil tahu hal orang, apatah lagi mengata atau menjaga tepi kain orang lain. Sifatnya memang terpuji, kalau nak menyusahkan orang jauh sekali malah sebaliknya. Yang nyata keperibadiannya menyenangkan. Sebab itu mungkin dia amat disenangi dan disayangi anak-menantu dan cucu-cucunya.

Selagi Ada Usaha, Selagi Terdaya

Selama 56 hari bersabung nyawa di wad kecemasan Hospital Putrajaya diiringi doa kami semua, dan setelah melalui beberapa prosedur yang dicadangkan oleh doktor-doktor pakar, akhirnya kami terpaksa akur dengan keputusan yang Maha Kuasa. Apapun kami tetap bersyukur kerana Allah telah mengambil dia dengan cara yang terbaik. Kami redhai setelah hampir dua bulan bagaikan menunggu pengakhiran yang tiada penamat.

Dalam menjalani prosedur rawatan dan pemulihan, kami sentiasa cemas dan pada masa sama kami juga tidak sepi diberi pengharapan. Beberapa kali Kak Non menunjukkan respon meyakinkan dan membuat kami lega. Namun esoknya atau beberapa hari kemudian kondisinya kembali menurun. Begitulah graf kesihatannya, turun naik setiap kali prosedur baru dijalankan. 

Ada saja komplikasi yang timbul, demam lah, paru-parunya pula berair, kencing berdarah yang diselang-seli dengan respon-respon yang positif. Begitulah keadaannya hinggalah pada minggu terakhir dan apabila doktor memberi kata putus kepada anak sulung Kak Non, Shem supaya bersedia untuk menerima apa jua ketentuanNya. Doktor mencadangkan dan meminta kebenaran kami agar alat bantuan penafasan dicabut dan sama-sama berdoa penentuan daripada yang Maha Esa. 

Jadi apakah peluang kakak? Menurut doktor ada yang sembuh beberapa hari saja selepas alat dicabut, ada pula mengambil masa berminggu dan berbulan dan akhir sembuh malah ada menghembuskan nafas terakhir sebaik saja alat dicabut. Bukan satu keputusan yang mudah. Namun kami sekeluarga sebulat kata. Lakukan yang terbaik buat kakak.

Merakam kata-kata Imam al-Ghazali, “Yang singkat itu waktu, yang menipu itu dunia, yang dekat itu adalah kematian, yang besar itu adalah hawa nafsu, yang berat itu amanah, yang sulit itu adalah ikhlas, yang mudah itu adalah berbuat dosa, yang susah itu adalah bersabar, yang sering dilupa adalah bersyukur, ” ternyata benar.

Pengalaman ini betul-betul mengajar saya, sesungguhnya waktu menjadi begitu singkat kerana tanpa disedari Kak Non rupa-rupanya hampir sebulan di ICU, kematian itu memang zahirnya nampak dekat dan hampir bila kita sakit terlantar begitu, dunia boleh saja menipu kerana apa pun yang terzahir di depan mata, we still choose to deny; Kak Non akan kembali normal walaupun jauh di lubuk hati dan akal yang waras, kita tahu kita sedang menipu diri sendiri. 

Keadaan juga mengajar; memang menyulitkan untuk bersikap ikhlas dan sukar sungguh untuk bersabar dalam keadaan teruji demikian. Namun kami tidak pernah lupa bersyukur, kerana kakak berada dalam perhatian dan doa kami serta pengawasan pakar serta petugas hospital yang komited. 

Demikianlah hakikatnya, kehidupan di dunia yang amat singkat ini, Akhirnya kita pasti akan lalui  juga saat-saat yang kita amat takuti. Roh pasti keluar meninggalkan jasad, mengikut fitrahnya yang tersendiri lalu menemui Maha Penciptanya lalu berada di alam barzah menunggu kehidupan hakiki yang kekal abadi di syurga yang menanti. Yang pasti cuma cara, masa dan tempatnya yang berbeza. 

Mungkin kerana itu Rasulullah SAW berpesan kepada umatnya agar sentiasa mengingat kematian, kerana ada hikmah dan nikmatnya yang tertentu di sebalik sesuatu kematian itu dan hanya mereka yang redha dan insaf saja yang dapat memahaminya.

Peluang Yang Hilang, Rasa Bagai Dirompak

Bila seseorang yang kita sayang pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya, kita berasa diri dirompak. You are not only robbed of your physical presence in the here and now, tetapi kita hilang peluang untuk melalui hari-hari esok dan seterusnya bersama. Kehidupan kita setelah sesuatu kematian dipenuhi dengan penyesalan dan mula lah kita bersoal dan berkata-kata sendiri. “if only”, ”we would have”, and “I wish I had.”

Kita rindukan momen-momen indah. The happy moments we wish we could have spent together seperti majlis perkahwinan, upacara graduasi, saat kelahiran anak-cucu dan pengembaraan seperti melancong ke tempat-tempat menarik juga family get-togethers

Begitupun, peluang yang hilang ini juga terasa apabila rindu kita semakin mendalam. This missed opportunities are also felt when we desperately wish that we could make up for all we didn’t do while the person was alive. Perasan kacau sebegini memang biasa. Kenapa kita tidak ambil peluang contohnya untuk menyatakan betapa kita sayangkan mereka atau lakukan sesuatu yang mereka suka. Taking the chance to say “I love you”, “I’m sorry”, “I forgive you” and “I care”. 

Mungkin saya akan rindukan momen ke restoran kegemaran bersama dan buat pesanan dua desert kegemaran; and share every plate together with other sisters so that we get the chance to have both dan buat lagi pesanan manisan lain. Memang kami selalu kongsi manisan kerana selain dapat merasa kepelbagaian yang disediakan restoran tersebut.

Death Is A Lesson For The Living

Bila terjadinya kematian kita merasakan kehidupan dan dunia ini begitu rapuh. Kita boleh jadi terlalu sensitif secara tiba-tiba. Mungkin ada orang mengalami keadaan yang lebih teruk sensitivitinya hingga rasa bersalah kerana dirinya masih hidup sedang seseorang yang dikasihi terpaksa pergi meninggalkannya. 

Perasaan bersalah inilah yang membuat diri berasa terkilan dan kesal tidak berkesudahan, lebih lagi mereka yang tidak rapat dan kurang mesra. Mungkin kita rasakan kita mengenali adik-beradik kita luar dan dalam, namun ini tidak bererti kita tahu segalanya tentang dirinya. Tentang kesushannya, maybe about the struggles or hardships that led to their death, that’s the worst can happen. 

Mujurlah kami adik-beradik memang rapat dan kerap berjumpa, mungkin itu sebabnya kami tidak begitu terkesan dengan kekesalan. Namun hati tetap sering berkata-kata, kalau saya itu, kalau lah saya ini. Terdetik juga di hati, kalau lah saya tidak terlalu sibuk, mungkin kami akan menghabiskan lebih banyak masa bersama. 

Benarlah, jika kita terlalu cintakan seseorang, kita harus merelakan dia pergi. Mungkin kerana sekian lama melihat orang yang kami kasihi terlantar begitu, membuat kami redha. Doa kami di akhir-akhir lebih tertumpu kepada meredhakan ketentuan yang Maha Esa asalkan Kak Non sejahtera. Kami tidak sanggup untuk melihat keadaannya berterusan begitu. Dalam keadaan yang teruja dan diuji sebegitu, membuat kita bertanya, apakah mungkin kematian itu satu alternatif yang boleh membawa nikmat dan kelegaan? 

Kekesalan yang mendalam juga boleh menimbulkan anxiety kerana kita tahu bahawa dunia ini begitu rapuh. Apalagi jika penyakit yang ditanggungnya itu ada simtomnya juga pada diri kita, seperti penyakit kanser atau suatu penyakit keturunan seperti kencing manis, darah tinggi dan serangan jantung.

Pengalaman yang dilaluinya pasti membuat kita juga berasa takut dan sentiasa cemas memikirkan apakah kematian kita juga akan sebegitu? Dan lebih merunsingkan apabila fikiran kita tidak lepas daripada memikirkan tentang ahli keluarga yang telah melaluinya dan kita tidak tahu siapa di antara kita pula yang senasib dan bakal meninggalkan kita.

Keluarga Kita Unik

I could go on, but the most important thing is to understand that our feelings are unique and important. Baik, buruk atau apa jua, pertalian kita dengan adik-beradik kita adalah berbeza daripada orang lain kerana cara ibu kita mendidik kita dan mengajar kita tidak banyak sedikit berbeza daripada ibu bapa orang lain. Inilah pada saya yang menjadikan hubungan kami adik-beradik unik dan berbeza daripada orang lain. 

We may experience hurdles, triggers, and hardships that others may not, mungkin kami sejak kecil sering bergaduh, nampak kasar di mata orang, seperti kata arwah emak dan ayah, “Macam kucing dengan anjing,”  namun keakraban kami amat utuh berbanding mereka yang hubungannya nampak damai, penuh protokol, tidak pernah bertekak malah segala pertuturan terucap dengan penuh budibicara, namun sering ‘perang dingin’. 

Dulu saya ada seorang kawan, hubungannya dengan adik beradik nampak sempurna. Saya kagum dan rasa cemburu kerana tidak pernah mereka bergaduh tapi terkejut apabila satu hari dia beritahu, mereka pernah perang dingin dan sudah tidak bertegur sapa lebih dua tahun. Ada juga yang saya kenal hanya berkunjung tiga kali setahun iaitu pada sambutan Aidilfitri, AidilAdha dan kenduri tahlil yang biasa dibuat menyambut Ramadan, sedangkan semuanya mereka tiga beradik menginap dan bekerja di Kuala Lumpur. 

Lebih menyedihkan, saya punya seorang kenalan yang berbalah dengan keluarga di kampung. Hanya kerana pembahagian harta sekeping tanah dan rumah pusaka setelah ibunya seorang balu meninggal, mereka adik-beradik perang dingin dan jadi berpuak-puak. 

Seingat saya, dia seorang saja perempuan dan saya tidak pula pernah bertanya lebih lanjut dan apa sebenarnya yang berlaku hingga tidak boleh bersua muka. Sedihnya Raya bertemu Raya tetap tidak bertegur sapa dan sudah beberapa tahun katanya dia tidak pulang ke kampung walaupun untuk beraya, sedangkan ketika itu dia bujang dan menyewa bilik di Kuala Lumpur. Nauzubillah. Tak rasa rindukah? Moga kita hubungan kita tidak jadi sampai begitu.

Satu lagi yang saya belajar daripada pemergian ini, ahli keluarga serta adik-beradik yang lain mungkin akan bersedih dan bersugul dengan cara masing-masing. Mungkin tidak seperti kita mengatasi kesedihan kita. Walaupun datang dari satu rahim, kita semua berbeza dari segi fitrah dan jiwa. Ada lebih sensitif daripada yang lain dan ada pula lebih tabah dan mengambil masa begitu singkat untuk melupakan sesuatu peristiwa sedih dan kembali sedia kala bagaikan tidak ada apa-apa berlaku. 

Ada peristiwa tertentu dalam kehidupan ini yang tidak mungkin luput daripada ingatan dan hanya yang tabah saja mampu melupaknnya and some take a long time to heal. Jadi tahap dan cara kita menerima dan menangani sesuatu kehilangan seperti kematian juga, tentulah berbeza.  

Cuma janganlah memendam rasa dan menyimpan kesedihan. That I only learn after loss of four siblings. Daripada pengalaman, jika ada yang terbuku di hati luahkan sesama keluarga dan jangan disimpan. Seek a crying shoulder, setidak-tidakpun dapat mengurangkan sedikit beban yang terbuku dan terpendam. Jika tidak ia boleh meninggalkan kesan yang tidak elok.

Beringat sebelum terlewat

Dalam suatu peristiwa, Rasulullah SAW pernah ditanya tentang siapakah gerangan orang yang bijak. Lalu Baginda SAW memberitahu bahawa orang yang bijak adalah orang yang banyak mengingati mati dan sentiasa bersedia untuknya. Mereka meninggalkan dunia dengan penuh penghormatan dan tiba di akhirat dengan penuh kemuliaan.

Kebelakangan saya sering berdoa agar Allah Yang Maha Esa merealitikan impian saya untuk memperbanyakkan mengingati kematian. Setidak-tidaknya kita menjadikan seorang yang zuhud, merasa cukup dengan apa yang dimiliki, serta melazimkan diri dengan mengerjakan amal kebaikan dan menjauhkan diri daripada perbuatan tidak elok dan keji. Moga Allah golongkan diri di dalam kumpulan mereka yang diredhai ini.

Sementelah menyebut perihal itu, Kak Non sesungguhnya bertuah kerana pengakhirannya dikelilingi oleh anak cucu tercinta. Malah cucunya sendiri seorang ahli tahfiz, Ustaz Abdullah Abdul Rahim yang baru setahun lebih pulang dari Pusat Pengajian Islam di Yemen, mengimamkan solat terakhir buat dia. MasyaAllah!

Perubahan Dalam Dinamik dan Sistem Sokongan

Keluarga yang functional atau dysfunctional sekalipun beroperasi mengikut satu norma set, peranan, tradsisinya dan paten tertentu. Ini sesuatu yang saya perhatikan berlaku dalam kehidupan berkeluarga dan setelah empat adik-beradik pergi meninggalkan kami. Setiap orang mempunyai tempatnya di dalam sesebuah sistem keluarga, jadi sesuatu perkara atau keadaan boleh menjadi tidak seimbang dan pincang bila seseorang itu pergi buat selamanya.

Misalnya bila dua kakak saya Nora dan Hanim meninggalkan, kami kehilangan dua jaguh masak. Merekalah yang akan memasak pelbagai juadah seperti nasi biryani, kuih muih jika keluarga mengadakan majlis, kenduri atau Aidilfitri. 

Kedua-duanya pakar memasak dan pandai menjahit. Bila mereka tiada memang terasa sangat kekurangan kami dan banyaklah juadah yang tidak lagi dapat kami rasa seperti kek Moist Choclate Fudge Hanim dan Nasi Briyani Nora. Dan meratalah kami mencari tukang jahit untuk menjahit baju kurung kami bila tiba Hari Raya. 

Mujur adik saya Mariam dan Shikin juga pandai memasak, Cuma Shikin menetap di Johor jadi memang jarang dapat merasa air tangannya. Satu-satunya kakak yang tinggal, Kak Hendon, dia tidak minat memasak tapi dia handal dalam hal-hal mengemas rumahtangga dan adik bongsu saya Rahman, dia  pakar makanan,  dan  pakar makan. Bila siap terhidang panggil lah dia untuk buat review dalam Facebooknya atau bolehlah kalau terdesak minta dia tolong bakar BBQ.

Selalunya jika kami sibuk sekarang, Mariam atau nama timangannya Eponlah yang membantu ahli keluarga menyediakan juadah isitmewa bila kami berkumpul. Pendeknya jika ada yang teringinkan Laksa Johor atau rendang cara Johor, saya syorkan dia memasaknya.

Air Dicincang Tidak Akan Putus

Kalau ditanya yang mana satu kakak, abang atau adik paling kita sayangi, tentulah tiada jawapannya. Masakan dapat kita bezakan adik-beradik yang sedarah sedaging? Masakan boleh kita membagi-bagi kasih lebih atau sedikit? 

Macam kata orang, seorang lelaki yang adil, jika beristeri empat boleh saja dia membahagikan cinta dan hatinya sama rata. Subhanallah. Entah lah, saya kurang pasti bagaimana hati boleh dibahagi-bahagi begitu dan sukar untuk mengertikannya. 

Berbalik pada persoalan tadi, secara pfisikologi ia banyak bergantung kepada cara kita dibesarkan, sifat semulajadi dan persekitaran. Tentulah ada yang lebih rapat dan mesra. Biasa lah, ada seorang yang amat rapat dengan kita yang kita buat segalanya bersama, partners in crime kata orang dan kita amat mesra. Pendeknya bila dah ramai bermacam lah ragamnya pula. 

Sembilan adik-beradik semuanya, saya amat faham bab itu; ada yang selalu ajak bergaduh dan ada saja yang tak kena tapi dalam sekelip mata kami berdamai dan begitu mesra, Ada pula yang kita rasa hormat kerana mereka lebih tua dan bercakap perkara-perkara tertentu saja, namun tidak pernah kesepian dengan gurau senda. 

Ada pula tidak begitu rapat seperti yang lain mungkin kerana jarak usia peribadinya yang memang gemar bersendirian serta pendiam namun kena pada waktunya kami boleh berborak berjam-jam macamkan tak jumpa bertahun. Yang penting kita tetap ‘soul sisters’; partners in heaven and partners in crime.

Menyentuh perihal hubungan adik beradik-beradik, secara zahirnya ternyata ianya berbeza-beza dari segi kemesraan, kasih sayang dan budibicara. Some siblings may be thick as thieves, others wonder whether they’re even really related.  Memang ada yang begitu, apa pun adik-beradik adalah tali pengikat sesebuah kekeluargaan atau menjadi family bond. Merekalah yang mengenali kita begitu lama. Mereka amat memahami kita.  Although you’re surrounded by people who loves you, you miss the one person who you could truly be yourself with. 

All relationships change over time, namun sesetengah ikatan yang terjadi sejak kita kecil dan ia kekal buat selamanya. Kakak, abang dan adik merupakan kenalan pertama dalam kehidupan kita; our first playmates, confidantes, and role models. They can be our friends, rivals, or substitute parents

Peluang menjalin hubungan intim dengan seseorang sejak kita lahir tidak kiralah sama ada ianya congenial, yang menyenangkan atau contentious, yang sering penuh dengan perbalahan, pasti saja membina satu ikatan kukuh tidak kiralah sama ada ikatan tersebut kita senangi atau tidaknya.

Biasa yang saya perhatikan ramai orang rapat dengan adik beradik yang usianya lebih kurang sebaya dengan mereka. Tetapi kami adik beradik mempunyai hubungan yang agak unik. Kami tidak pernah menggunakan panggilan seperti Kak Long atau sebagainya malah saya hanya memanggilnya dengan nama ‘Non’ iaitu pendek daripada Zainon. Mungkin atas faktor itu kami akrab dan boleh berbicara apa saja bagaikan kami sebaya.

As a child, and as my oldest sister, Non memainkan peranan ibu buat saya dan adik. Beza usia antara kami hanyalah tujuh tahun namun sebagai Kakak sulung, dia pengganti emak apabila emak keluar atau sibuk. Selepas emak memasak dan berkemas di dapur, dialah yang menghidangkan kami makan dan minum, memandikan kami dan memastikan kami bersarapan, makan tengahari dan malam.

As an adult, she adopted the role of relationship advisor, memang Non yang sering menjadi orang tengah mendamai atau untuk memperbetulkan jika berlaku perselisihan faham antara kami. Selepas arwah emak meninggal 21 tahun lalu, Non lah yang jadi penganti tempat kami mengadu. With her death, came not only the loss of a shared history, but a large part of my present and future. 

Baru beberapa minggu lalu, sedang saya membaca mesej daripada Whatsapp ternampak satu post yang cepat menangkap perhatian, filem Love Story yang dilakonkan oleh Ryan O’Neil dan Ali McGraw. Filem kegemarannya.  Bila saya buka video tersebut entah kenapa kenangan kami bersama terus tergambar, membuat saya terkenang momen-momen indah dan tidak mampu menahan air mata yang menitiskan. 

Saya berharap untuk beberapa tahun mendatang, saya tidak akan bersedih lagi bila filem itu diulang tayang atau terdengar lagu Love Story dendangan Andy William itu. I too hope I can smile back at the memory of my beautiful  sister, Zainon. Bersemadilah dengan tenang dan tunggu saya di syurga!

Related posts

What Another Year Of Extreme Horror After 2020!

adminwm

Mengenang Ramadan Kenapa Perlu Lebih Sepi?

admin

Adab Bertamu Majlis & Rumah Terbuka Aidilfitri

admin

Leave a Comment