Kejar Imam Bagus, Solat Terawih Di Masjid Yang Jauh

Please select a featured image for your post

Alhamdulillah, segala puji milik Allah, Rabb semesta alam. Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW keluarga dan para sahabatnya.

Menunaikan solat di belakang imam yang memiliki bacaan al-Quran bagus dan suara indah sangat nikmat. Khususnya ketika solat terawih dengan jumlah rakaat yang banyak. Pengurusan masjid digalakkan menyediakan imam-imam yang memiliki kualiti bacaan dan suara yang bagus. Tentunya, harus juga menguasai ilmu ibadah.

Bagi imam, hendaknya memperindah bacaan al-Qurannya bersesuaian dengan keadaan. Ia baca kitabullah dengan penuh penghayatan dan khusyuk agar ia mendapat manfaat daripada bacaannya. Begitu juga para jemaah, supaya lebih selesa dan khusyuk mengikuti solat. Perlu tahu yang dilakukan itu murni demi mengharapkan keredhaan Allah SWT dan pahala daripadaNya semata. Tidak boleh ada riyak dan takjub.

Kerana mengejar solat di bawah imam seperti itu, ada orang yang meninggalkan masjid di kawasannya dan pergi ke masjid yang jauh di tempat keberadaan imam pilihannya. Apakah sikap seperti ini dibenarkan?

Syaikh Shalih bin Fauzan al-Fauzan dalam ceramahnya berjudul “انتقال المصلين للمساجد البعيدة طلبًا للأصوات الحسنة في صلاة التراويح” (Pergi bersolat di masjid yang jauh demi mengejar suara bagus saat solat terawih) tidak setuju dengan sikap ini.

Beliau berkata, jemaah harus bersolat di masih di kawasan tempat tinggalnya agar dapat memakmurkan masjid mereka dengan ketaatan dan solat di dalamnya. Tidak boleh berpindah ke masjid lain kerana akan membuang waktunya demi mengejar suara imam, lebih-lebih para wanita kerana keluar dan pergi jauhnya para wanita dari rumahnya sangat berbahaya.

Bagi wanita hendaknya bersolat di rumahnya saja. Jika ingin ke masjid, ia pergi ke masjid terdekat dengan rumahnya untuk mengelakkan fitnah.

Fenomena pergi dan berkumpulnya orang di satu masjid yang memiliki imam bagus adalah fenomena yang kurang bagus. Ini akan menyebabkan masjid-masjid lain menjadi kosong. Ini bisa menyumbang kepada sifat riyak. Tindakan ini termasuk bentuk membebani diri berlebihan yang tidak disyariatkan. Wallahu A’lam.

 

 

Tulisan asal: Badrul Tamam

CONTACT US

31 USJ4/6A Subang Jaya
47600, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 012-2145622, 012-2320111, 013-6920850
Email: admin@majalahwm.com

FOLLOW US ON