Kehilangan

Please select a featured image for your post

Pernah dulu terlintas di fikiran tidak mungkin aku dapat melalui hidup tanpa melihat senyumannya, tanpa berkongsi cerita atau mendengar suara.

Kemudian, hari itu tiba dan ia begitu menyakitkan. Dan hari seterusnya menjadi lebih sukar. Aku tahu dengan perasaan yang mendalam, ia akan menjadi lebih teruk daripada itu dan aku tidak mungkin pulih untuk jangka masa yang lama.

Kerana kehilangan seseorang bukan berlaku sekali atau seketika. Ia berlaku berulang kali.

Aku kehilangan dia setiap kali menyarung jam pemberiannya. Aku kehilangannya setiap kali aku memegang mug kesukaannya dan aku kehilangannya lagi setiap kali aku tersedar akan lagu yang diputarkan di corong radio itu, adalah lagu kegemarannya.

Aku kehilangan dia setiap kali aku mahu mengucup, juga memegang atau merangkulnya. Masuk tidur waktu malam dan aku kehilangannya. Apabila aku berpaling mahu memberitahunya tentang hariku, dia tiada. Dan begitulah bangun pagi esoknya, apabila tangan menggapai ruang kosong di sebelahku, aku tersedar yang aku sekali lagi… kehilangannya.

CONTACT US

31 USJ4/6A Subang Jaya 47600, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 012-2145622, 012-2320111, 013-6920850
Email: admin@majalahwn.com

FOLLOW US ON