GAYA HIDUP

Kate Spade New York Meraikan Wanita

Sempena Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac 2021, jenama terkenal Kate Spade New York meraikan wanita di seantero dunia, mereka yang banyak menabur jasa dan mereka yang terus membakti demi kelestarian hidup insan-insan yang kurang bernasib baik. Tahun ini Kate Spade sekali lagi menghargai kejayaan dan usaha murni lima wanita Malaysia ini yang bermatlamat untuk kesejahteraan insani.

Lima tokoh ini diraikan Kate Spade terdiri daripada:

– Dato’ Shyamala Alagendra, International Lawyer 

– Heidy Quah, Human Rights Advocate and founder of Refuge for The Refugees

– Dr. Jezamine Lim, Co-founder/CEO of Cell Biopeutics Resourses

– Nor ‘Phoenix’ Diana, Professional Hijabi Wrestler

– Dr Anjhula Mya Singh Bais, International Trauma Psychologist

Kate Spade New York dengan besar hati bersama wanita-wanita memberi sokongan padu akan usaha dan peranan mereka menyemarakkan kasih sayang. Mereka diraikan dengan undangan khas ke satu sesi fotografi, menggayakan koleksi terkini Kate Spade Musim Bunga 2021, di studio Cxpturing Souls oleh jurugambar tidak asing lagi Amanda Tan. Tan ialah pengasas studio Cxpturing. 

Bagi kelima-lima inilah kenangan paling indah yang tidak mungkin dapat dilupakan.

Related posts

Ganjaran RM1 Juta Menanti Pembeli-Belah

admin

Nespresso Lancarkan Dua Kopi Edisi Terhad

admin

Ramadan, Zebra Square Menunggu Anda

adminwm

Leave a Comment