GAYA HIDUPSANA-SINI

KanWork Pupuk Kesedaran Kanser Di Kalangan Komuniti

Persatuan Kanser Network Selangor dan Wilayah Persekutuan (KanWork) dengan kerjasama Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Beacon International Specialist Centre dan Masjid Al-Imam At-Tirmizi, Taman Sri Sentosa telah menganjurkan Kempen Kesedaran Kanser KanWork Bersama Komuniti pada 16 Februari 2019.

Kempen ini bertujuan untuk:
1) Memberi maklumat dan kesedaran tentang penyakit kanser kepada komuniti melalui ceramah, bahan bacaan, dan sesi perkongsian pengalaman.
2) Memberi peluang kepada komuniti untuk membuat saringan kesihatan bagi mengesan kanser dengan lebih awal.
3) Memberi sokongan kepada pesakit kanser, survivor, dan ahli keluarga melalui perkongsian maklumat dan pengalaman.

[thb_image alignment=”center” image=”9108″]

Antara pengisian aktiviti ialah Ceramah Kesedaran Kanser oleh Dr. Azura Rozila Ahmad (Pakar Perunding Perubatan Onkologi, Beacon International Specialist Centre), Saringan Mamogram serta Pemeriksaan Klinikal Payudara oleh MAKNA, Saringan Kesihatan oleh Beacon International Specialist Centre, Sembang Diet Bersama Dr. Hjh Suhaina Hj. Sulaiman (Pakar Diet), Perkongsian Pengalaman Bersama Survivor serta Pameran Kanser. Kempen yang diadakan mendapat sambutan ramai dan telah dihadiri hampir 200 orang.

KanWork adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berdaftar yang menyampaikan maklumat dan memberi pendidikan mengenai kanser kepada komuniti terutamanya kepada pesakit kanser, survivor dan keluarga.

Selain kempen kesedaran ini, KanWork turut mengadakan pelbagai aktiviti antaranya program pendidikan, sokongan informasi, emosi dan rohaniah kepada pesakit serta penjaga melalui peer support serta lawatan ke hospital dan rumah, talian Helpline 1-8000-22-8672 serta penerbitan bahan-bahan pendidikan. Di samping itu, KanWork juga amat memerlukan bantuan dana/kewangan untuk membiayai aktiviti persatuan.

Related posts

5 Reasons Realme GT Best Gaming Partner

admin

Resipi Acar Buah

adminwm

‘Paint Your dUCk’

admin

Leave a Comment