FESYEN

Kaca Mata Koleksi David Beckham

Pasti anda menunggu apa yang terbaru daripada David Beckham. Untuk musim luruh/sejuk 2020, terbaru daripada David Beckham ialah kaca mata dan bingkai cermin mata David Beckham, yang dihasilkan oleh kumpulan pereka Safilo.

Mengadunkan gaya British yang ‘effortless’ dengan tumpuan khas kepada perincian dan kefungsian, kaca mata terbaru ini dituju khas kepada pelanggan yang berminat dengan rekaan klasik berperspektif antarabangsa.

Kempen iklan David Beckham  dibuat di kota Paris oleh Matthew Brookes, dengan aksi  Brooklyn Beckham. Ada kisah menarik di sebalik imajen ini, ia adalah perjalanan David ke pelbagai lokasi seluruh dunia,  singgah di kota indah Paris pada musim gugur, dengan berlatar belakangkan menara Eiffel.

Kaca mata ini memastikan kualiti maksimum dari segi penglihatan. Terima kasih kepada lensanya yang terbaik termasuk ‘the blue-blocker lenses’ yang dapat membantu mata daripada terkena cahaya kebiruan lampu tiruan dan peranti digital; lensa polarize yang boleh merosakkan pandangan, bersama pelbagai lagi fungsinya, ya dengan lensa yang bermutu tinggi, tahan lama, licin lagi anti calar.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Related posts

BLACK TIE A CODIFICATION, NOT A CODE

admin

UNIQLO Melds Sustainability with Charity to Promote World Peace

admin

GABRIELLE UNION AND DWYANE WADE WEAR TIFFANY & CO. AT THE 2023 MET GALA

adminwm

Leave a Comment