FESYEN

Kaca Mata David Beckham Untuk Yang Mahukan Aura Lelaki British

[thb_gap height=”40″]

Baru perasan David Beckham belum pernah mengeluarkan kaca mata di bawah jenamanya sendiri. Tetapi tidaklah ia sesuatu yang mengejutkan kerana dia sememangnya biasa dikaitkan dengan jenama fesyen dan grooming, jadi lambat laun pasti dia akan tampil dengan koleksi sendiri.

DB Eyewear menjadi kolaborasi pertama Beckham bersama Safilo Group.  Saya menghadiri majlis pelancarannya di Mid Valley baru-baru ini dan dapat melihat sendiri seleksi kaca mata ini.

Koleksinya bergaya vintaj, timeless dan memiliki ketajaman fokus pada perincian dan fungsi. Saya mencuba banyak juga koleksinya pada petang itu dan saya suka kerana ada unsur British pada rekaannya dan melihat diri sendiri di cermin membuatkan saya rasa seperti seorang gentleman dari London ‘gitu’. Upps.

Sayang poket saya tak cukup tebal untuk memiliki sepasang kaca mata ini, tetapi Safilo Group menghadiahkan para media baucar bernilai RM100, jadi tengoklah hujung bulan nanti saya menjengah butik mereka.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Modanisa Membantu Mangsa Keganasan di Palestin

admin

Holiday With Patina Rainbow

admin

27 Tips Membeli & Penjagaan Yang Anda Perlu Tahu Dan Praktikkan

admin

Leave a Comment