PERSONALITI

Jeoffrey Aladib – Listen carefully before you speak and stop selling, start sharing

Jam 11.20 malam saya menghantar soalan dan jam 1.49 malam, saya sudah menerima jawapannya. Alhamdulillah, beliau, saudara Ahmad Jeoffrey bin Aladib, CEO Virtus Global Sdn Bhd memberikan contoh terbaik, tidak suka melengah-lengahkan urusan kerana tugas-tugas lain sudah pun menanti di sebelah pagi, katanya. ‘Never leave till tomorrow which you can do today’. – Benjamin Franklin. Ya, masa itu emas, terlalu bernilai untuk dihabiskan begitu sahaja. Orang yang berjaya akan sentiasa mencemburui masa. “A man who dares to waste one hour of time has not discovered the value of life,” kata pendeta, Charles Darvin. 

Siapa Jeoffrey? Mari kita berkenalan dengan ahli perniagaan ini, pengasas BioNur.

“Ahmad Jeoffrey bin Aladib, 53, anak kelahiran Johor ialah bapa kepada empat anak. Beliau, anak sulung daripada lima adik beradik, empat lelaki seorang perempuan. Arwah ayahnya adalah bekas tentera dan peniaga, manakala arwah ibu adalah pendidik (guru mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Ilmu Alam). Pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Wellesley, Pulau Pinang, menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak, dua tahun di Pusat Pendidikan Persediaan, ITM dan tiga tahun di University of Minnesota, Minneapolis, Minnesota USA dalam Ekonomi dan Statistik.” 

Ceritakan serba ringkas tentang perniagaan yang anda kendalikan sekarang?

“Pemilik jenama BioNur, serbuk pencuci serbaguna 5 dalam 1 

b. Kilang berkapasiti mengeluarkan 30 tan sabun serbuk sebulan 

c. Juga boleh mengilang sabun jenama lain melalui OEM 

d. Membangunkan prasarana untuk 5000 usahawan berjaya,100 bakal jutawan, 50 produk global dan nilai tambah RM9.0 billion kepada ekonomi negara setakat 31 Disember 2025.” 

What is unique about your business?

“We create products and services by dispensing away with ineffective solutions whilst simultaneously developing alternative methods delivering exceptional value for money.” 

What are your responsibilities as a business owner? 

“a. Visionary 

b. Executioner 

c. Coach and motivator 

d. General leadership.” 

Saya mendapat tahu dalam jangka masa yang singkat anda telah menjaya membawa bisnes anda kepada satu level yang amat membanggakan? Ceritakan bagaimana anda melakukannya? 

“Masih banyak lagi yang perlu saya lakukan untuk sampai ke tahap yang saya harapkan. Namun setakat ini, syarikat kami telah mendapat perhatian sebuah syarikat bioteknologi terkemuka dunia yang berpengkalan di Eropah dan kami sedang bekerjasama dengan mereka di dalam beberapa projek pembangunan produk. Segalanya bermula dengan niat dan iltizam kami untuk menjadi sebuah syarikat yang berdaya saing dan mampu berdiri megah di persada dunia tanpa terlalu mengharapkan bantuan kerajaan. Setakat ini alhamdulillah semua hasil usaha kami adalah melalui pasaran terbuka di mana kami mementingkan technical superiority di dalam setiap pembabitan perniagaan kami agar tidak terperangkap dengan aktiviti persaingan yang kurang sihat. Kami amat memilih aktiviti perniagaan dan pasaran yang kami masuk dan setakat ini alhamdulillah masih berdaya saing walaupun tidaklah sebesar mana. Kami juga tidak lokek berkongsi tips perniagaan dan kepakaran di dalam dan luar circle kami kerana kami niatkan ianya ibadat yang diperintahkan Allah.” 

How do you advertise your business? 

“Mainly through word of mouth, social media marketing, print and electronic media (radio advertising and TV advertising).”

Dengan lockdown dan keadaan ekonomi yang amat lembab apa yang telah anda lakukan untuk terus berniaga, dan memastikan tiada yang kehilangan pekerjaan? 

“Kami telah reposition produk kami agar tidak tertumpu kepada satu pasaran sahaja, serta distribution channel dirombak bagi memenuhi keperluan hidup di norma baru, di mana kegiatan jualan kami kebanyakannya online sebahagian besarnya disebabkan demi mengelakkan close contact yang boleh menggalakkan penularan Covid19.” 

Cabaran paling susah dihadapi kini? 

“Apabila saya hampir muflis dan terpaksa merayu agar kes bankrap saya ditangguhkan. Syukur Alhamdulillah, ianya sudah berlalu.” 

Dalam bahasa yang ringkas why customers need what you are selling? Dan dibandingkan dengan produk lain di pasaran? 

“BioNur 5 in 1 works effectively with minimal fuss and provides immediate savings of 70% compared to any products in the market which require you to spend more, are less effective and have been proven to cause many other side effects especially for people with sensitive skin or skin problems.” 

Do you have any bad experiences with your clients? 

“None at all.” 

Sebagai ahli perniagaan, apa nasihat terbaik untuk seseorang jika mahu memulakan perniagaan?

“Dengarkan keluhan pasaran, kerana di situlah adanya peluang perniagaan. Listen carefully before you speak and stop selling, start sharing.” 

Saya ada membaca statement daripada seorang pakar motivasi bercakap tentang perniagaan. Katanya, ‘hendak memulakan sesuatu perniagaan tidak memerlukan banyak modal, jika mempunyai ilmu, seringgit pun boleh jadi sejuta, Tapi saya tidak nampak ini, ia hanya sebagai menyedapkan kata. To start a business bukankah anda kena modal pusingan enough to survive for a period of time. Komen. 

“Any businesses must break even quickly to sustain the entrepreneur in the venture. Subsequently it must be scalable to meet future demands and have a strong cash flow position to avoid borrowing unnecessarily. Leverage is only good when you have positive incremental cash flow.”

Sepuluh tahun dari sekarang apa yang dapat anda bayangkan tentang perniagaan ini? 

“The company remains private, has no less than 30% market share and is an active contributor in social development.” 

Apakah satu hari anda akan serahkan bisnes ini kepada anak? Dan bagaimana menggalakkan anak-anak untuk turut berminat dengan usahaniaga ini?

“Tak semestinya. Saya lebih suka anak-anak saya menceburi bidang yang diminati mereka dan tugas mentadbir syarikat saya lebih baik diserahkan kepada mereka yang profesional, sama ada mereka anak saya atau tidak.” 

Peniaga Melayu selalu gagal separuh jalan. Malah ramai peniaga Melayu bungkus tikar daripada perniagaan jutaan satu persatu ranap, sedangkan peniaga bangsa asing daripada kecil menjadi besar dan besar? Pada pandangan anda di mana kesilapan dan kekurangan bangsa kita sedangkan ramai juga yang punya ilmu tinggi dalam dunia perniagaan? 

“Kurangnya fokus di dalam perniagaan, pengurusan kewangan yang teruk serta pergantungan yang terlalu tinggi kepada belanjawan kerajaan bagi menampung perniagaan.” 

So much about business, apakah kesan daripada kekejaman di Palestin yang boleh umat Islam dan kita semua pelajari? Dan kesan ekonomi dunia terhadap kekejaman ini? 

“Dunia umumnya mengutuk kekejaman di Palestin namun tak ramai yang berani membela nasib rakyat Palestin yang tertindas. Umat Islam harus bersatu di dalam

memerangi Israel sebelum Allah turunkan bala ke atas seluruh umat manusia dek kurangnya kesedaran serta inisiatif masyarakat dunia untuk berjihad di Palestin.” 

Apakah anda sendiri terkesan dengan kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat Palestin dan bantuan yang bagaimana boleh dilakukan? 

“Ya kita amat bersedih dengan kekejaman yang dilakukan ke atas mereka dan rakyat Palestin haruslah dibekalkan dengan senjata yang berupaya menangkis serangan kejam Zionis Israel.” 

Pandangan anda bila kerajaan Malaysia menghadiah sejuta face mask pada rakyat Palestin dan selepas ini kata Menteri Kewangan mereka akan membantu seperti memberikan laptop?

“Malaysia telah banyak membantu rakyat Palestin melalui gerakan NGO pemberian facemask di waktu pandemik covid19 ini, adalah sesuatu yang boleh ditambah baik.”

Okay Hari Bapa just around the corner, sebagai ayah nasihat yang bagaimana yang mahu disampai kepada anak-anak zaman millenium ini? 

“Treat your father well for you won’t be the person you are without him.”

Banyak rumah tangga pincang/ bercerai berai, ia bermula daripada perbuatan suami sendiri antaranya tidak bertanggungjawab, sibuk, lantaran mengepikan hal rumahtangga, curang, dan tidak dapat memenuhi kehendak/kepuasan batin isteri antaranya. Anda setuju?

“Ianya bermula daripada tunduknya nafsu masing-masing kepada godaan syaitan serta kurangnya komunikasi di dalam keluarga dan kekosongan jiwa lantaran banyak meninggalkan suruhan Allah.” 

Your quotes about life

“Seize the day. Just do it, be happy and be contented but fight till your last breath. Never compromise your integrity.” 

Related posts

Apa Itu Cinta?

admin

PUTRI ARIANI GEGAR DUNIA

adminwm

Datin Che Puan Norjuma – Tanya Apa Saja

admin

Leave a Comment