Jarum Halus Syaitan

Please select a featured image for your post

Syaitan akan mencantikan yang haram kecuali pada orang yang ikhlas. Yang haram atau jahat itu akan diperlihatkan baik, dan yang baik itu akan diperlengahkan, diberikan pelbagai alasan supaya tidak dikerjakan.

Ikuti soal jawab berkaitan jarum halus syaitan bersama Da’i Fuad dan Ustaz Mohd Elyas Ismail seperti berikut:

 

Adakah betul syaitan itu bukan makhluk dan bagaimana pula yang dimaksudkan syaitan dari kalangan manusia?

Syaitan itu makhluk yang tugasnya menjauhkan seseorang daripada kebenaran dan memberi pengaruh yang keji lagi hina.

Syaitan ini ada dari kalangan jin dan syaitan dari kalangan manusia.

Syaitan dari kalangan jin contohnya jin Islam dan jin kafir, manakala syaitan dari kalangan manusia ialah manusia yang memiliki sifat seperti syaitan contohnya yang suka melaga-lagakan sesama manusia dan banyak lagi sifat-sifat yang tidak baik.

 

Bagaimana syaitan menyucuk jarum halus dalam akhlak supaya manusia menjadi kufur?

  • Menghalang manusia dengan bersungguh-sungguh. (Contohnya syaitan menghasut solat itu susah)
  • Menangguhkan amal soleh. (Nantilah taubat)
  • Gopoh dalam beramal tanpa ilmu.
  • Beramal kerana tidak mahu menjadi bahan kutukan orang sekeliling.
  • Menyuntik rasa bangga diri selepas beramal. (Bangga apabila dipuji)
  • Menimbulkan rasa gembira dengan amalan dan menceritakannya pada orang lain. (Riak)
  • Syaitan akan buat kita salah faham dengan takdir Allah.

 

Syaitan sering menghasut, contohnya apabila melihat isteri timbul rasa tawar hati. Kenapa boleh jadi begitu?

Syaitan berkata, “Aku akan memperindahkan segala maksiat.”

Kita kena sedar itu adalah tipu daya syaitan.

 

Bagaimana cara memperkukuh iman supaya manusia tidak terpengaruh dengan godaan syaitan?

  • Mohon pada Allah, amalkan doa daripada surah al-Bakarah ayat 250. Ayat ini bagus untuk diberi keteguhan jiwa.
  • Belajar ilmu kejahatan syaitan yang kita tidak sedari.

 

Adakah jika kita tidak percaya akan kejayaan bermaksud kita sudah terkena tipu daya syaitan?

Ya, termasuk apabila dalam hati ada rasa lemah dan rasa tidak berupaya meneruskan kehidupan. (Ini juga adalah tipu daya syaitan).

Jangan sesekali berkata, “Kalau terjadi musibah…”

Kawal kesedihan dan kegembiraan supaya jiwa akan jadi mantap.

 

Adakah penyakit was-was itu suntikan jarum syaitan?

Ya, syaitan sentiasa membuatkan kita rasa was-was contohnya ketika sedang bersolat.

 

Alat muzik adalah panahan syaitan. Adakah kita masih boleh mendengarnya?

Boleh mendengar muzik tetapi jangan mengabaikan waktu solat. Lebih penting berhibur mengikut cara Islam.

 

Ada manusia lebih teruk daripada syaitan dan ada manusia lebih teruk daripada binatang. Apa pandangan ustaz?

Ketika bulan Ramadan syaitan diikat, tetapi manusia masih tetap sama tidak berubah dengan kejahatannya walaupun ketika dibulan Ramadan. Ada pula manusia lebih teruk perangainya daripada binatang. Binatang sayangkan anak tetapi ada manusia bunuh anak sendiri.

Sibukkan diri dengan ibadat sehingga syaitan tidak sempat bisikkan kejahatan pada kita.

 

Berikut adalah kisah Imam Nawawi yang di datangi iblis:

Imam Nawawi tidak sihat dan keluarganya datang menziarah. Pada malam itu, ketika keluarganya sedang tidur, Imam Nawawi bangun solat malam walaupun dalam keadaan demam.

Selepas menunaikan solat, Imam Nawawi berzikir dengan agak kuat.

Sedang berzikir tiba-tiba datang seorang lelaki berjubah putih dan berbisik pada beliau, “Zikir kamu bagus tetapi kamu mengganggu keluarga kamu yang sedang tidur.”

Imam Nawawi sedar yang memberitahunya itu adalah iblis, lalu beliau mengucapkan Auzubillahiminassyaitannirrajim… dan iblis itu terus pergi.

Iblis berkata, “Zikir kamu bagus tetapi mengganggu orang lain. (Ini adalah contoh nasihat beracun)

Syaitan juga adalah penasihat contohnya ada yang menasihati orang lain, “Buat apa masih nak bersama dalam rumahtangga, lebih baik bercerai.” (Ini adalah contoh nasihat syaitan dari kalangan manusia)

 

Adakah semakin tinggi imam seseorang, semakin kuat hasutan syaitan?

Ya, semakin tinggi ilmu seseorang semakin kuat hasutan syaitan. Sesiapa yang tidak mengindahkan peringatan al-Quran, syaitan akan menjadi pendampingnya.

 

Betulkan senja adalah waktu permulaan bagi syaitan?

Ketika maghrib menjelang, pastikan anak-anak berada dalam rumah.

Syaitan juga sibuk pada waktu senja.

Sebaik-baiknya sebelum azan maghrib sudah bersiap-siap untuk solat berjemaah.

 

Adakah penyakit meroyan dan gila itu akibat jarum halus syaitan?

Waallahualam… Doa utk dijauhkan rasa kesunyian adalah dengan membaca surah al-Anbia ayat 89.

 

 

Sumber: Teks berkaitan hasutan tipu daya syaitan ini diambil daripada rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 bersama panel jemputan Da’i Fuad dan Ustaz Mohd Elyas Ismail.

CONTACT US

31 USJ4/6A Subang Jaya 47600, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 012-2145622, 012-2320111, 013-6920850
Email: admin@majalahwn.com

FOLLOW US ON