CANTIK

Luahan Hati Janet Jackson Tentang Insecurities! Tidak Suka Senyumannya Yang Besar Macam Joker

Di atas pentas Janet Jackson miliki keyakinan yang tinggi, sebaliknya di luar dia tidak merasakan dirinya sebagus itu.  Malah, hanya ketika diusia 30-an baru dia merasa selesa dengan tubuh badan dan menganggap dirinya itu seksi.

“Saya keluar daripada hubungan toksik dan akhirnya menemui semula diri saya yang telah lama hilang. Saya berjumpa pakar terapi dan belajar mengenali diri sendiri,” kata Janet dalam temubual bersama majalah InStyle.

Menemui bahagian tubuh yang disukai adalah salah satu proses yang dilaluinya.

“Sebelum ini saya tidak nampak apa yang cantiknya dengan diri saya setiap kali melihat di cermin. Jadi saya sering menangis. Saya tak cantik. Tidak ada satu benda pun yang saya suka dengan diri saya. Tetapi saya cuba mencari bahagian kecil yang saya suka pada tubuh saya ini. Daripada situ saya jumpai lebih banyak lagi,” kata Jackson.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”7552″][thb_gap height=”40″]

Penyanyi hit ini juga belajar menyukai senyumannya, yang mana sebelum ini dia sangat benci. “Saya nampak macam Joker kerana senyuman saya sangat besar,” ujarnya

Semakin meningkat usia, Jackson tidak lagi memikirkan kekurangan yang dimiliki. “Kebanyakannya berkaitan dengan pengalaman seiring peningkatan usia. Mengetahui yang kecantikan itu luas dan datang dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna,” tambahnya.

Menjadi ibu (Janet memiliki anak lelaki bernama Eissa) juga membuatkan dia melihat kembali dirinya dan menilai keindahan yang dimiliki.

“Bunyinya macam ‘corny’ tetapi yang benarnya saya merasa paling cantik ketika bersama anak saya, kerana dia adalah hadiah yang diberikan oleh Tuhan dan Dia membenarkan saya menikmatinya dalam usia ini. Anak saya sangat comel dan sihat, sentiasa gembira dan penuh dengan cinta,” katanya.

Related posts

Untuk Kulit Berjerawat

adminwm

Kempen – Perfect Power kempen omni-saluran SHISEIDO yang pertama di seluruh Asia Tenggara

adminwm

Marc Jacobs Beauty Dan Adwoa Aboah

admin

Leave a Comment