AGAMA

Ini Seeloknya Dilakukan 30 Minit Sebelum Berbuka Puasa

Sebaiknya 30 minit sebelum berbuka puasa, pesan seluruh ahli keluarga kita bersiap sedia  membersihkan diri, berwuduk dan berpakaian kemas, berkumpul bersama kita dan lakukan aktiviti seperti di bawah;

  • 10 minit pertama, baca kitab 40 hadis atau selainnya
  • 10 minit ke dua, Zikrullah
  • 10 minit ke tiga, Doa
  • Doa apa sahaja untuk setiap ahli keluarga dan sesiapa yang anda hajati sehingga tiba waktu berbuka.

Kemudian berbuka sekadarnya saja dahulu dan terus tunaikan solat maghrib berjemaah

Dahsyat Doa Sebelum Berbuka Puasa

Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, di mana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, iaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur. Sayangnya ramai kaum Muslimin tidak mengetahuinya atau tahu dan mengabaikannya.

Di Makkah dan Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang ramai sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan daripada segala hajat, baik hajat dunia mahu pun akhirat. Mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, hinggakan air mata mereka mengalir deras.

Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap untuk berbuka menjelang maghrib. Kemudian berkumpul menghadap hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca “Allahuma lakasumtu…” padahal hanya mencukupi maknanya berupa ucapan syukur sahaja.

Sabda Nabi SAW, “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak,” (HR Ibnu Majah)

Ketika kita sedang sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita ruangkan sedikit masa, sekitar tiga hingga lima minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT.

Doa yang Dicadangkan
  1. Bertambah iman
  2. Sihat tubuh badan
  3. Mati yang baik
  4. Murah rezeki
  5. Anak soleh
  6. Keluarga bahagia
  7. Rahmat Allah
  8. Jauh azab kubur
  9. Lapang dada
  10. Kekalkan iman
  11. Ampunkan dosa
  12. Anak-anak berjaya
  13. Perniagaan yang diberkati
  14. Jauhi segala penyakit 
  15. Ibadat diterima
  16. Mudah segala urusan
  17. Diterima taubat
  18. Lapangkan kubur
  19. Mudah bayar hutang
  20. Lailatul qadar
  21. Syafaat Nabi SAW
  22. Syurga Firdaus
  23. Jauhi neraka
  24. Terima kitab tangan kanan
  25. Selamat meniti Sirat
  26. Selamat fitnah Dajal
  27. Ketenangan hati
  28. Doa ibu bapa
  29. Keluarga yang mendirikan solat
  30. Diterima puasa Ramadan

 

Ini adalah pesanan daripada Dato Sri Dr Mufti Selangor

Related posts

Kahwin Antara Wajib, Sunat, Harus dan Makruh

adminwm

Hari Arafah dan Doa Mustajab

adminwm

Manfaat Membaca Surah Al-Waqi’ah

admin

Leave a Comment