Uncategorized

Info: Derma Darah

Anda layak menderma darah sekiranya:

  • Sihat tubuh badan
  • Berumur di antara 18-70 tahun
  • Berumur di antara 18-60 tahun untuk pertama kali menderma
  • 17 tahun (perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/ penjaga)
  • Berat badan 45 kg ke atas
  • Telah mengambil makanan sebelum menderma darah
  • Ubat-ubatan dan alkohol – bebas dalam waktu terdekat (sebelum hari pendermaan)
  • Pendermaan terakhir adalah tiga bulan lepas
  • Tidur minimum lima jam sebelum hari pendermaan
  • Menetap di Malaysia > lima tahun bagi bukan warganegara Malaysia
  • Tiada masalah kesihatan. tidak terlibat dalam sebarang kegiatan berisiko seperti berikut;
  1. Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
  2. Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
  3. Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial
  4. Bertukar-tukar pasangan seks.
  5. Mengambil dadah secara suntikan
  6. Menjadi pasangan hubungan jenis kepada golongan di atas

 

Bagi penderma wanita:

  • Tidak datang haid
  • Tidak mengandung
  • Tidak menyusukan anak

Jumlah maksimum darah yang biasanya didermakan 450ml = > 50kg  < 1 pain darah (1 pain = 569 ml)

 

Jenis-jenis Perdermaan Darah
  • Darah penuh (whole blood donation)
  • Ini merupakan pendermaan yang biasa dilakukan. Darah yang biasa didermakan ini akan diproses di makmal kepada beberapa komponen seperti Plasma, Platelet dan Sel Darah Merah (packet cell)
  • Tempoh pendermaan: tiga bulan sekali

Pendermaan secara aferesis (apheresis blood donation)

  • Pendermaan komponen darah iaitu plasma atau platelet ataupun kedua-duanya sekali, di mana komponen darah yang tidak diperlukan dikembalikan ke dalam badan penderma semula
  • Tempoh pendermaan: dua minggu sekali
Sila bawa salah satu dokumen asal seperti berikut:
Warganegara Bukan Warganegara
Kad Pengenalan Awam/ Tentera/ Polis
Lesen memandu Passport
Kad pekerja dengan nombor kad pengenalan Permit kerja dengan nombor passport
Kad pelajar dengan nombor kad pengenalan Kad pelajar dengan nombor passport
Buku Penderma Darah (PDN 2)

 

Jangan Menderma

Jika pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern, Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atua Channel Island) atau Republik Ireland daripada tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh enam bulan (terkumpul) atau lebih.

Pernah tinggal di Eropah daripada tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh lima tahun (terkumpul) atau lebih.

 

Sumber: Pusat Darah Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia

Related posts

Kenali Kolesterol

admin

Masih Selesa Dipakai, Walhal Kanta Lekap Sudah Tamat Tempoh?

admin

Panduan Praktikal Agar Tidak Terlebih Makan Pasta

admin

Leave a Comment