DONEDONE, SEEN & HEARDGAYA HIDUPSEEN & HEARD

I Will Stay Relevant As For Now

MashaAllah! Syukur alhamdulillah… here I am living in the first few days of the year 2020 and in the era of the Industrial Revolusion 4.0. Macam tidak percaya saya telah harungi dekad-dekad lalu untuk sampai ke sini. Here I am greeting the viewers of MajalahWM with this article. Saya namakan ruangan ini Done, Seen & Heard sebagai medium untuk saya kongsikan sesuatu yang signifikan telah berlalu dalam hidup ini. Mungkin ia boleh dimanfaatkan bersama; suka dan duka, yang lucu atau apa sahaja yang boleh menyentuh hati dan perasaan agar kita sama-sama jadikan teladan dan mengambil pengajaran daripadanya. 

Saya amat tertarik untuk menyentuh perihal kemajuan teknologi. Kita kini di era teknologi yang memuncak dan sedang melalui satu paradigm shift – The computer technology to the industrial revolution 4.0. Soalannya, di lewat senja dan setelah enam dekad berpijak di bumi ini, mampukah saya harungi cabaran revolusi ini? Would I still be relevant to my surroundings or otherwise? Untuk menjawab soalan itu, saya cuba kuatkan semangat dan sedarkan diri; mengapa tidak jika saya masih mampu mengetuk papan kekunci laptop kesayangan ini, menghantar emel, menggunakan info maya seperti Google, berinteraksi dengan kawan ketika di sekolah rendah melalui Whatsapp, Facebook dan Instagram? Malah jejari ini laju saja mencari info dan menggunakan aplikasi juga data base yang terhimpun dalam pelbagai kemudahan teknologi maklumat? Most importantly, at least I am still relevant and stay in sync with today’s technology and wont get loss with Waze. 

[thb_gap height=”20″]
[thb_gap height=”20″]
Drama bersiri lama, Twilight Zone dan One Step Beyond.
[thb_gap height=”20″]

Sejak kecil, saya selalu terfikir bagaimana agaknya orang hidup di zaman canggih milenium. Apapun saya yakin, segalanya berkehendak dengan izinNya. Lahir lepas merdeka dan berusia tujuh tahun di lewat 60-an, kehidupan kami waktu itu tidak sama seperti budak–budak sekarang. Teknologi tidak secanggih kini. Hari ini saluran tv ada beratus dan kalau tak suka, tak payah bangun dari tempat duduk, sambil berbaring, tekan saja butang remote control! Nah! Tontonlah semahunya dan kalau rasa bosan boleh saja direkod untuk ditonton kemudian. 

Waktu saya kecil dulu tv tidak ada kawalan remote. Jika mahu menukar saluran kenalah putar punat televisyen. Kakak atau abang tidak akan bangun dari tempat duduk masing-masing, arwah ayah jauh sekali; He was the ‘King’ and that is the rule of the house! Saya dan adiklah jadi kadam tukang pulas-memulas punat tv. Sebab itu bila menonton, saya suka baring depan tv, lebih lagi bila sudah bertukar tv jenis butang, jadi saya guna jari kaki saja untuk tekan. Tak perlu bangun. Ha! Ha! Bijakkan? 

Ketika itu remote control adalah fiksyen atau cerita dongeng macam dalam drama siri fiksyen sains Star Trek, rancangan kegemaran saya yang sungguh futuristik ketika itu. Saya masih ingat sangat lagi wajah outer space Mr. Spock yang futuristik dengan telinga uniknya. 

Bagaikan semalam rasanya saya menonton tv hitam putih, seperti baru semalam juga jari ini menekan butang tv yang hanya ada dua saluran; RTM1 dan RTM2. Rancangan kegemaran saya, selain Star Trek tentulah One Step Beyond dan Twilight Zone. Kalau nak tahu apa ceritanya, sila Google. Hairannya, hari ini walaupun beratus saluran, masih ramai bersungut sebab tidak banyak program menarik untuk ditonton. Nak tergelak pun ada perhatikan gelagat orang zaman sekarang. Seingat saya, masa itu apa yang ada di tv tu semua kita tengok. We absorb almost everything. Like a child hunger for knowledge! Walaupun dua saluran, ada kala kami berebut juga nak pilih. Lucu bila mengenangkannya. Yang pasti kami tontonlah sepuasnya dua saluran yang ada itu, sebab tepat jam 10.45 malam siaran akan secara automatik terhenti dan berbunyilah buzzer….zzzzzz! Time for bed

Rumah Jadi Panggung Wayang

Satu lagi cerita lucu, orang dulu-dulu kalau tonton tv macam tengok wayang, berduyun-duyun. Selalunya rumah orang berada yang memiliki tv akan jadi pusat orang kampung atau jiran menonton. Masa arwah ayah belum beli tv saya pun pernah tumpang sekaki pergi rumah jiran. Tapi kami penonton berhemah, kalau pergi kami bawa buah tangan dan tonton hanya rancangan terpilih yang kami suka. Tidaklah menangguk di rumah jiran hari-hari. Emak pun tidak benarkan kami buat begitu. Tidak lama pun, arwah ayah belikan kami sebuah tv berkaki dan yang terbesar yang ada di kedai. Seronoknya kami bukan kepalang! 

Rumah kami pula jadi macam panggung wayang bila orang datang menonton. Teringat saya jiran Cina yang setiap minggu bila ada drama atau opera China mereka akan bertandang. Bila datang mereka bawa buah belimbing, betik atau sayur yang emak mereka tanam di kawasan rumah mereka. Rancangan paling diminati oleh lelaki mahupun wanita masa tu ialah filem P. Ramlee, wrestling, gusti atau tinju lebih lagi bila Muhammad Ali yang beraksi. 

[thb_gap height=”20″]
[thb_gap height=”20″]
Cara kanak-kanak menonton tv pada zaman dulu.
[thb_gap height=”20″]

Sebut hal gusti teringatkan arwah atuk saudara perempuan saya sebelah emak yang kami panggil Atok Andak, dia pun minat. Rumahnya juga jadi panggung wayang orang di sekitar kawasan. Bila tiba hari ada rancangan gusti, apa lagi jika Muhammad Ali yang berlawan, sejak pukul empat petang dia dah bagi signal jangan usik tv waktu rancangan bersiaran. Lepas sembahyang maghrib dia dah bersedia dengan tepak sirih, tembakau songel dan gobek (sejenis alat diperbuat daripada tembaga yang digunakan untuk melumatkan sirih yang sudah digambir, dipinang dan dikapurkan) khas untuk orang tua yang tidak bergigi. Dia juga kaki melatah. Pendekkan cerita, janganlah duduk sebelah dia bila tonton tinju atau gusti, kalau dia naik syok, sesiapa yang di sebelah, dia belasah. 

Saya masih ingat, ada sesetengah jiran mengenakan bayaran pada setiap orang yang datang menonton. Memanglah rasa teruk benar perangai mereka tetapi bila fikirkan bil elektrik yang datang pada hujung bulan, mungkin bolehlah diterima tindakan itu. Dua puluh sen zaman tu besar nilainya. 

Hari ini anak bongsu saya Nazim 14 tahun tidak menonton tv langsung. Cucu saya Zara, enam tahun tidak hairan pun nak berebut tengok tv, dia dan adiknya Iman, 3,  ada telefon bimbit dan iPad mereka sendiri. Tontonlah program apa yang mereka suka; Upin & Ipin, Thomas & Friends, Barney atau apa saja dan tak kira di mana. Di bilik tidur, di ruang tamu ataupun kala mummy dan daddy mereka sibuk membeli barang di pasaraya, mereka duduk di atas troli dan isi masa dengan menonton program yang mereka suka. Itu juga umpan untuk buat mereka duduk diam, jika tidak semua barang mereka nak capai. 

Cucu ketiga saya Khalid yang baru setahun jagung itu pun sama, ada telefon bimbitnya sendiri. Pandai saja jari dia menekan ikon Youtube untuk mencari program kegemaran dia Blippi yang memang dah disetkan mummy dia. Kalau dia tak suka cepat saja jari dia sentuh skrin dan keluarlah apa yang dia mahu.

[thb_gap height=”20″]
[thb_gap height=”20″]
Barney & Friends, Upin Ipin dan Thomas & Friends menjadi kegilaan kanak-kanak.
[thb_gap height=”20″]
Kenangan, Teknologi dan Sejarah

Mungkin ada baiknya jika saya coretkan kisah radio dan tv negara kita buat pengetahuan generasi sekarang. Jika kita merasakan radio dan tv di zaman milenium ini satu teknologi yang canggih, apatah lagi waktu dulu. Jika ada yang tidak tahu, di zaman dulu ketika waktu darurat atau perang, stesen radio dan tv lah yang akan dikawal rapi oleh pihak pertahanan atau menjadi fokus penaklukan penyerang kerana ia menjadi sumber menyalurkan maklumat penting tentang keadaan negara kepada rakyat. Saya juga tahu hal ini sebab mak dan ayah pernah cerita masa mereka remaja di zaman Jepun, ada orang kena pancung dengan askar Jepun sebab mereka didapati menyimpan radio.  

Mungkin ramai juga tidak tahu, RTM memulakan siaran radionya di tanah air hanya pada 1 April 1946 dan televisyen pula pada 28 Disember 1963. Dua saluran radionya yang pertama ialah Radio Malaya dan The Blue Network yang bersiaran dalam Bahasa Inggeris. Transmitter-nya terletak di Singapura dan hanya kemudian beralih ke Kuala Lumpur pada 1950. 

Dengan kemerdekaan Malaya pada 31 Ogos 1957, Radio Malaya dipecahkan menjadi dua; Radio Singapura dan Radio Malaya. Ia kemudian menjadi Radio Malaysia pada September 1963 yang mana kemudiannya pula bergabung menjadi Radio Televisyen Malaysia pada 1969 dan hanya mula bersiaran 24 jam pada 1971 dan dikenali sebagai Rangkaian Nasional sementara siaran tv berwarna hanya bermula pada 1978 dan hanya pada 1980 orang Sabah dan Sarawak dapat menonton rancangan tv berwarna.

[thb_gap height=”20″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”11298″][thb_gap height=”20″]
Bangunan Radio Malaya, sumber majalah Libur.
[thb_gap height=”20″]

Ketika membantu saya di dapur pada satu malam Raya, anak saya Shasha dan Nisha pernah bertanya, bagaimana neneknya boleh memasak nasi beriani dengan tiga jenis lauk pauknya, ketupat, rendang dan lontong tanpa menggunakan pemproses makanan? Kadangkala saya sendiri pun terfikir dan berasa kagum. Mak kita dulu-dulu memang hebat pagi Raya meja penuh dengan hidangan, itu belum diambil kira biskut Raya yang berbelas-belas jenis dan berbiji-biji kek Raya yang lengkap dengan aising dan krim mentega tanpa ketuhar elektrik, pengisar elektrik atau apa lagi cake mixer. How on earth did she manage all that? Belum cakap tentang langsir dan baju Raya kami yang dijahit dengan mesin jahit manual yang perlu diputar dengan tangan. Tahulah siapa yang jadi tukang putarnya. 

[thb_gap height=”20″]
[thb_gap height=”20″]
Nostalgia Raya zaman dulu.
[thb_gap height=”20″]
Mesti Celik RI 4.0

Zaman berubah dan gaya hidup kita pun berubah. Saya berasa sungguh bertuah dan bersyukur  kerana dapat merasai atau melihat sendiri peralihan empat era teknologi; industri pertama yang tertumpu kepada penggunaan mesin berkuasa wap atau sumber asli seperti seterika menggosok baju yang nenek saya gunakan dengan tenaga kayu arang yang dibakar. Revolusi kedua kepada tenaga elektrik, saya melihat emak, kakak dan saya juga kini menggunakan seterika bertenaga elektrik dan ketiga kepada penggunaan teknologi maklumat (IT) yang mana daripada penggunaan penggiling batu untuk melumatkan cili, kini hanya tekan butang proses makanan semua bahan baik cili, bawang atau apa saja rempah ratus lumat sebagai perencah masakan. Jika dulu nenek guna penyapu untuk buang habuk dan bersihkan lantai atau permaidani, emak dan saya guna vakum pembersih yang hanya perlu ditekan butang dan halakan muncungnya pada bahagian yang mahu dibersihkan. Hari ini ada vakum yang hanya perlu dihidupkan vakum tekan butang tertentu sebelum keluar rumah dan vakum akan bergerak sendiri bagai robot di serata kawasan dan ceruk dalam rumah kala kita tiada. Pulang dari kerja rumah sudah bersih! 

Mula berkhidmat sebagai wartawan pada 1981, saya sempat menggunakan mesin taip manual sebelum beralih kepada teknologi IT. Walaupun fasa perubahan daripada manual kepada komputer pada awalnya agak kekok dan sukar buat kami, namun kami amat teruja untuk belajar. 

Revolusi itu secara umumnya melibatkan Internet of Things (IoT) dalam hampir semua aspek kehidupan seharian sementara Revolusi Industri 4.0 kini adalah aliran otomasi dan pertukaran data terkini dalam teknologi pabrik cerdas. Di dalam pabrik cerdas berstruktur moduler, sistem siber-fisik mengawasi proses fisik, menciptakan salinan dunia fisik secara virtual dan membuat keputusan yang tidak terpusat.

[thb_gap height=”20″]
[thb_gap height=”20″]
The Fourth Industrial Revolution oleh Klaus Schwab
[thb_gap height=”20″]

Pengasas Forum Ekonomi Dunia, Klaus Schwab dalam bukunya The Fourth Industrial Revolution, menjelaskan Revolusi Industri Keempat ini ditandai dengan kemunculan super komputer, robot pintar, kenderaan tanpa pengemudi, suntingan genetik dan perkembangan neuroteknologi yang memungkinkan manusia untuk lebih mengoptimalkan fungsi otak. Dalam erti kata lain, hidup manusia akan dipermudahkan dengan bantuan robot yang bakal menjadi teman untuk menguruskan hal ehwal dan tugasan harian.

Agak sukar bagi kita untuk menggambarkan logik dari segi akalnya apabila melihat pesanan makanan segera yang kita lakukan melalui pesanan telefon, kemudian dihantar dengan menggunakan perkhidmatan dron sampai di depan pintu rumah. Bayangkan, segala urusan rumah seperti mencuci baju, memberi makanan haiwan belaan dan kerja mematikan alat pendingin hawa atau untuk melihat kamera keselamatan hanya perlu dikemudikan dengan hanya menekan butang di telefon tanpa perlu lagi bersusah payah mengambil perkhidmatan pembantu rumah.

Cabaran

Pernahkah anda terfikir untuk ke pejabat kita tidak perlu lagi menghidupkan enjin dan memandu di tengah-tengah jalan raya yang sesak? Hanya menekan butang kekunci, anda boleh menyambung tidur dalam kereta dan segala urusan pemanduan dikawal sepenuhnya melalui satelit dan sampai ke destinasi dengan selamat? Senario ini mungkin pelik, namun secara perlahan-lahan telah mula berkembang dan berevolusi menjadi satu kebiasaan pada masa akan datang malah segala ini sedang berlaku di negara maju ketika anda sedang membaca rencana ini.

Dengan menggunakan akronim Revolusi Industri 4.0 ini, segala urusan harian manusia akan dikongsi bersama robot yang dicipta khusus untuk mengoptimumkan keperluan dan keselesaan manusia. Walaupun teknologi-teknologi ini masih dalam peringkat pengujian di peringkat global, banyak aplikasi yang digunakan telah pun kita nikmati. Sebagai contoh, penggunaan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps yang menyediakan pemandu tentang maklumat laluan serta perjalanan adalah antara bibit-bibit awal kepada pengenalan dunia yang dipanggil Internet of Things (IoT).

Revolusi Perindustrian Keempat ini melibatkan teknologi automasi memberi cabaran baharu kepada semua sektor serata dunia dan di Malaysia yang memerlukan kita  melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital itu untuk kekal berdaya saing. Sebelum ini revolusi perindustrian pertama bergantung kepada penggunaan mesin berkuasa wap. Revolusi perindustrian kedua pula melibatkan kuasa elektrik. Diikuti revolusi perindustrian ketiga berasaskan teknologi maklumat dan komputer sebagai tonggaknya.

Bagaimanapun, Industri 4.0 mencakupi penemuan pelbagai teknologi baharu seperti automasi, Internet of Things (IoT), analisis dan data besar, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotik dan cloud yang bakal merancakkan kemajuan landskap dunia moden.

Pejam celik dan tanpa kita sedari revolusi telah muncul dan menandakan bahawa sistem fizikal siber telah melibatkan keupayaan baharu sepenuhnya bagi manusia, mesin dan kaedah baharu teknologi. Teknologi automasi itu dilihat sebagai keupayaan teknologi yang tidak perlu melibatkan manusia secara langsung.

Industri 4.0 diyakini dapat mengatasi masalah kebergantungan terhadap sumber tenaga yang secara signifikan akan mengubah masa depan dunia pekerjaan. Ini membuat saya teringat akan nasib malang yang menimpa rakan-rakan sekerja di Utusan Melayu Berhad juga beberapa syarikat lain. Dan ia membuat saya bertanya, apakah teknologi ini memberi kebaikan atau mendatangkan padah? Yang pasti, dunia yakin sekiranya cabaran teknologi baharu yang kompleks ini tidak diberi penekanan sewajarnya, ia boleh menyebabkan sesebuah negara, juga Malaysia, jauh ketinggalan dalam persaingan di peringkat global.

[thb_gap height=”20″]
[thb_gap height=”20″]
Revolusi Industri 4.0
[thb_gap height=”20″]

Baru-baru ini, Ketua Pakar Pendidikan Tinggi Bank Dunia, Francisco Marmolejo dalam Seminar Revolusi Industri 4.0 berkata, sistem pendidikan tinggi di seluruh negara juga akan mengalami perubahan hasil revolusi Industri 4.0. Bayangkan pengetahuan yang ada pada kita hari ini hanya menyumbang satu peratus sahaja menjelang 30 tahun akan datang dan ketika itu pasaran kerja akan dipenuhi dengan individu atau tenaga kerja berkemahiran tinggi, kreatif dan mempunyai pemikiran kritis.

Kita dikatakan memerlukan institut pendidikan tinggi yang lebih fleksibel dan sedia mengharungi cabaran baharu ini agar mana-mana golongan masyarakat tidak terpinggir dalam era globalisasi dan digital itu. Apapun, adalah antara negara yang giat menyahut cabaran revolusi industri 4,0 ini dan Malaysia pernah mendapat pujian selaku negara pertama merangka elemen cabaran Industri 4.0 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (Pendidikan Tinggi) 2015. Selain menyifatkan inisiatif Malaysia sebagai satu langkah ke hadapan, pelan pembangunan pendidikan tinggi yang merangkumi 10 lonjakan itu dikatakan sebagai rangka kerja naratif yang amat baik dan bakal mencapai tahap Par Excellence.

Malaysia yang sedang dalam proses menangani isu pengangguran bakal dikejutkan dengan kehilangan beberapa jenis pekerjaan tradisi dalam bidang-bidang tertentu kerana digantikan dengan peranti, teknologi dan aplikasi pintar. Ini seperti pengalaman yang dialami Utusan Melayu Berhad yang saya sebutkan tadi.

Kini ada pula laporan yang mengatakan ada negara yang sedang dalam proses membangunkan mata wang maya (wang kripto) sendiri ekoran daripada perkembangan pasaran wang digital antarabangsa sebagai alternatif dan langkah strategik negara tersebut mempersiapkan diri menjadi hub-kewangan digital. Apa jua, yang pasti landskap industri dan jenis pekerjaan sudah mula berubah. Peluang pekerjaan tradisi bakal digantikan dengan jenis pekerjaan baru umpamanya keperluan kepada pembangun aplikasi pintar, jurutera program, mudah alih dan pakar teknologi.

Well, I can not help but asking, apakah premis perniagaan juga tidak lagi diperlukan pada masa mendatang kerana urus niaga bakal dilakukan secara atas talian tanpa halangan masa dan tempat. Premis pejabat, kaunter pelanggan dan perkhidmatan lepas jualan umpamanya akan dilakukan secara maya. Dengan kehadiran teknologi pintar ini dalam pelbagai industri menyebabkan ekosistem ekonomi dan sosial turut berubah. Urusan perbankan hari ini lebih mudah dilakukan secara atas talian. Ia menjimatkan masa dan tenaga. 

I can not help but asking again, apakah tidak mungkin kemudahan penggunaan teknologi ini boleh membawa bersamanya sampah sarap anasir buruk seperti aplikasi berbahaya serta boleh membawa kesan moral dan jenayah? Subhanallah! Allahuakbar! Moga cerdik akal yang wujud dalam era Revolusi Industri 4.0 ini didatangi juga dengan ilmu yang kudus dan penuh limpahan rahmatMu!

Seperti kenyataan saya di awal tadi, insha Allah saya yakin, I will stay relevant at least for now.

Related posts

Selepas 80 Tahun Bedak Agnesia Kembali Perkenal Haruman Baru

admin

Pelanggan Bertuah Lelong.my Dapat Proton SUV

admin

Jit Murad Meninggal Dunia

adminwm

Leave a Comment