GAYA HIDUP

I May Be Loud, Eccentric Or What – When I Speak, I Spell The Truth

“Sesetengahnya menerima komen saya dengan minda yang terbuka dan bekerja keras untuk memperbaiki mutu kerja mereka, hingga ada yang menjadi begitu berjaya. Tidak kurang juga yang mengambil kata-kata saya begitu keras sekali hingga berasakan ia satu hentaman atau ancaman yang meruntuhkan kerjaya mereka. That’s how good and how bad my work can be,” – Zaihani Mohd Zain, graduan lepasan UiTM dalam bidang Fesyen yang kini seorang Perunding Gaya dan Pengkritik Fesyen tersohor tanah air.

Anda pasti melihat kelibatnya di setiap fashion runway penting Kuala Lumpur. Setiap komen yang keluar dari bibirnya juga diambil kira oleh setiap pereka dan orang dalam industri fesyen dengan begitu serius sekali. Some define her as loud, fierce and some are quick to label her as eccentric. Whatever you may call her, she is obviously a unique god’s masterpiece

Seperti yang kami janjikan, beliau datang untuk wawancara rencana ini tepat pada waktunya. I can’t believe my eyes, benar-benar bagaikan tidak percaya apa yang saya lihat. Beliau memakai top putih berlisu di leher dan di hujung pergelangan yang dipadankannya dengan skirt seluar hitam – the typical Zaihani Mohamed Zain’s monochromes ensemble I shall call it. Dan tentunya kacamata yang menjadi trademark atau signaturnya yang begitu ikonik.

Unik! Dengan rambut ‘boyish bob cut’ yang disulami sisa helaian rambut hitam dan putihnya uban, cukup menawan untuk menuntut perhatian setiap yang memandangnya. Gincu bibir merah merahang, alis mata yang ketara tebal melentik, dengan sentuhan exaggeration of the eyeliner dan maskara tebal, seolah-lah mempamerkan ‘the avant garde’ dunia persolekan.

Namun, bukan itu sebenarnya yang merentas lensa mata tetapi sesuatu berwarna biru, terang agak elektrik yang dibimbitnya di tangannya. Dari jauh kebiruan itu membibit pelbagai persoalan, begitu terserlah dengan latar belakang hitam putih pakaiannya.

Betul tekaan, beg comel kanvas Ikea! Tidak percaya tapi itu nyata! Membuat beberapa persoalan terus terpacul, “So whats all this about? Back to basics? Animal rights gimmick, environmental friendly campaign or what? Whats the message?

“Ohh! Beg ni? I pakai ni sekarang… it has been for a while now actually,” cepat dia memintas, “Inilah masanya pakai beg macam ni, senang nak sanitise, beg tak rosak dan boleh campak mana-mana. Kalau beg mahal dok leh buak gitu, saye,” pintasnya pantas dengan campuran loghat Kelantan yang disambut deraian ketawa signaturnya.

Best part is, barang kat dalam ni tak basah and it’s light. Semburlah kalau nak, Im ok!” tambahnya bergurau dan kami berdua berada di dalam keadaan lucu itu buat seketika. Ini sesuatu yang ramai orang tidak tahu, kecuali mereka yang rapat dengannya sahaja; she can be fierce, she can be a pain but she can be so funny and nice too.

Beliau baru saja pulang daripada diwawancara untuk ruangan fesyen on-line. Itu antara yang beliau buat kini selain bekerja sambilan dengan Astro Awani. Sambil minum petang kami berbual panjang. Dari hal remeh-temeh dunia fesyen dan masyarakatnya hinggalah kepada hal yang lebih serius termasuklah kesan Covid-19 terdapat industri fesyen.

Bagi Zaihani, keadaan ekonomi dan yang diberatkan lagi oleh pandemik sesungguhnya sesuatu yang tak terduga. Memang industri fesyen sejak beberapa tahun kebelakangan menghadapi pelbagai masalah termasuk isu penerimaan masyarakat tentang produk fesyen mewah yang memaksa banyak big players dan label tersohor menghasilkan second-line atau ready to wear untuk menampung kos dan produksi. Lebih penting menjamin kelestarian jenama dan terus kekal berada di rak butik mewah mereka.

Perbualan kami semakin hangat. Banyak cerita lama dan menyebut nama orang lama yang telah meninggalkan dunia fesyen termasuk Najib Noor, Tengku Yusof Ismail, Profesor Sulaiman dan beberapa lagi yang telah banyak berjasa pada Industri. Pengalaman dan pandangan beliau tentang industri cukup saujana.

Begitupun alam kerjayanya lebih menarik untuk kita susuri dan aktiviti hariannya juga menarik untuk dikupas. Tentu ramai ingin tahu lebih lagi tentang sosok tubuh wanita ikonik ini. Ikuti wawancara seterusnya bersama beliau.

Apa yang membuat anda memilih jurusan fesyen dan menjadi seorang perunding gaya? Siapakah yang mendorong dan menjadi pencetus inspirasi buat anda?

Berat soalan ni (diikuti deraian ketawa signaturnya).

To start with, I was born in Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan six decades ago. Siapalah waktu itu terfikir nak jadi perunding gaya? Who on earth do you think would ever come up with a subject like that? Let alone to be fashion designer or a fashion stylist?

Apapun saya tahu yang saya suka baju cantik dan memang asyik perhatikan orang dewasa yang bergaya. I think that translates my passion for fashion. Tahu lah orang perempuan Kelantan mereka ramai yang berniaga waktu itu. Mereka keluar rumah waktu pagi sama ada menjaja di pasar atau menjual barang kemas, kain atau pun produk untuk kecantikan, sehingga petang atau malam baru pulang. It’s a career. So I guess that is why they have to dress up a little and of course you can see red lipstick and the jewelry box parading the streets… (ketawa lagi).

Bila usia meningkat dan masuk sekolah menengah baru ada rasa nak jadi pereka fesyen sebab masa itu dah faham tentang kerjaya alam fesyen.

Dan kalau nak katakan ada yang mendorong, itu pun susah nak jawab (ketawa). Dulu-dulu susah, orang tak fikir sangat hal gaya apa lagi nak berfesyen dan jadikan ia satu kerjaya. Nak makan pun susah inikan nak beli baju silih berganti.

Saya jangka keinginan itu mungkin semulajadi. Some things in life can’t be taught. It’s a natural thing. Tetapi yang saya sering perasan masa kecil-kecil dulu, walaupun ketika itu tidak tahu pun hal fesyen namun sifat dan tanggapan saya terhadap penampilan amat ketara bezanya daripada kawan-kawan sebaya. Saya melihat sehelai baju berbeza daripada apa yang orang lihat.

Ada seorang hamba Allah yang ada pertalian darah dengan saya, dia menasihati beberapa kali dan berkeras supaya saya tidak mengambil jurusan fesyen. Baginya pilihan saya itu mengarut. Tapi bila kami dah bekerja dan berkembang dalam kerjaya, dia pernah meluahkan pada saya yang dia kagum dengan pencapaian saya. Yang penting katanya, dia ‘cemburu’ melihat saya seronok dalam kerja sedangkan dia berhempas pulas setiap hari dan jemu dengan kerjanya dan amat bersyukur kini sudah pencen.

Apa pun saya amat bersyukur dan rasa bertuah kerana dijuruskan ke dalam industri. It’s a great job. Gets me to travel and see the most beautiful of things. Masa kecil suka sangat kalau dengar orang ‘speaking Londonand as I was growing from a young girl into a woman, love for clothes are immense. I just love listening and see anything French… like it was my other or past life (disambut dengan hilai tawa). Berangankan mek Kube Khiye ni? (Dengan loghat Kelantannya, kenyataan itu menjadi lucu dan membuat kami ketawa buat  beberapa ketika).

Tidak hairanlah jika lagu klasik Perancis C’est Si Bon yang dicipta oleh Henri Betti dan liriknya oleh Andre Hornez pada 1947 adalah lagu kegemarannya. Cest Si Bon yang telah dipopularkan oleh seorang penyanyi berkulit hitam Eartha Kitt bermaksud ‘This is so good’ dalam bahasa Inggeris atau ‘ini yang terindah’ mungkin representasi perjalanan hidup yang terbaik baginya. Saya pernah mendengar beliau menyanyikan lagu tersebut dalam perjalanan ke satu pertunjukan fesyen, walaupun tidak sesedap penyanyi asalnya namun dia menyanyaikannya penuh emosi… so passionately.

Bagaimana kerjaya anda bermula?

Saya tamat pengajian dengan ijazah jurusan Seni & Rekaan dalam pengkhususan fesyen di UiTM pada 1983. Pekerjaan pertama saya sebagai pereka di Purssia Sdn. Bhd. iaitu sebuah kilang pakaian yang menghasilkan pakaian wanita memberi pengalaman sedikit sebanyak tentang bukan sahaja rekaan tetapi produksi sebenar selok-belok dunia pengeluaran produk yang saya belajar secara teori, saya lihat dipraktikan di situ.

Ketika itu saya juga mengajar bidang fesyen di PJ college of Art & Design dan  selepas itu di La Salle College of Fashion  hinggalah pada 1996 saya diberi kepercayaan untuk menjadi Ketua Bahagian Wardrob di TV3. Saya kira kerjaya saya dalam bidang penataan gaya bermula di sini di mana saya banyak mengendalikan celebrities in house TV3 juga dan hos rancangan yang diterabit oleh syarikat.

Pada 2000 saya mengambil keputusan beralih angin dan ditawarkan sebagai Head of Wardrobe and makeup di Astro. Sepuluh tahun saya di Astro dan tentulah banyak pengalaman serta momen pahit manis yang saya lalui yang mengajar saya inti pati sebenar kerjaya ini. Banyak program yang diterbit secara tidak langsung memahat nama saya dalam sejarah penataan gaya dan wardrob dalam industri. Masa sama, saya banyak bekerja dengan orang penting dan nama besar dalam industri di belakang tabir. Ini merupakan suatu pengalaman yang istimewa dalam kerjaya saya.


Pada 2010 saya ditawarkan kembali oleh TV3 yang ketika itu dipanggil Media Prima sebagai Head of Wardrobe and Makeup. Itu adalah jawatan tertinggi dalam kerjaya ini jika anda bekerja di organisasi stesen TV dan saya berasa seronok kembali bekerja dengan orang lama. Pada 2013 saya kemudian  bersara dan kini masih bekerja secara sambilan.

Mengapa anda fikir tugas atau khidmat seorang perunding gaya itu penting?

Beginilah, di Hollywood contohnya, sebelum seseorang pelakon, penyanyi mahupun sekadar sosialit terkenal memilih pereka fesyen, mereka biasanya terlebih dahulu akan menemui perunding gaya untuk mendapatkan arah gaya atau gaya yang mereka patut pakai pada sesuatu acara penting seperti Oscar dan Grammy Awards, untuk majlis resepsi perkahwinan misalnya atau hanya sekadar muncul untuk penampilan santai ‘meet the fans’ yang diadakan sebagai program outdoor, dan apa lagi untuk konsert mereka.

Begitulah pentingnya khidmat seorang perunding gaya profesional di Barat dan di negara maju. Ini dilakukan agar klien mereka tidak muncul janggal atau dikecam hanya memakai sesuatu yang tidak sesuai. Begitu pun di Malaysia senario ini agak berbeza kerana artis atau orang kenamaan hanya menggunakan khidmat kami untuk acara glamor dan penting saja.

Apabila mereka sudah mendapat satu gaya yang sesuai, stylist mereka akan mencari pereka mana yang sesuai yang dapat menghasil sesuatu ‘look’ yang telah ditetapkan itu. I think that explains the importance of their service.

Apakah pakaian pertama yang anda rasa punya kenangan indah dalam dunia rekaan anda?

(Ketawa). It’s a jump suit made by my grandma when I was about 10, I think. Orang dulu panggil baju senyawa. Bukannya sebab nenek saya pandai tentang fesyen tapi dia memang pandai menjahit, jadi cucu dia inilah yang jadi perekanya.Apa yang dilakukan ialah mengikut arahan saya. That piece of garment was sensational. Sejak itu saya semakin teruja dan mula mereka baju sendiri atau membega-begakan hampir setiap helai pakaian yang saya beli.

Apakah yang paling anda suka tentang kerjaya ini?

Saya memang berjiwa seni, dapat bekerja mencari rezeki sambil memupuk minat dan naluri seni dalam diri saya adalah satu kurniaan Ilahi yang tak terhingga rahmatnya.

Saya tidak dapat bayangkan bangun tidur setiap pagi, bersiap sedia untuk ke pejabat dan buat kerja-kerja akaun dari jam sembilan hingga sembilan malam. Mungkin itu juga yang difikirkan oleh seorang akauntan tentang kerjaya saya kerana mereka selesa and love working with numbers while I shiver even just even thinking of a calculator. Yang penting, anda mesti suka perkara yang anda buat.

Memanglah kerjaya ini juga ada cabaran dan waktu-waktunya yang mencabar minda tapi juga kesabaran, namun saya seronok dapat berjumpa dengan pelbagai jenis manusia dan karaktor. Kerjaya ini memberi banyak ruang untuk kita berinteraksi sesama manusia; memperkayakan lagi jiwa dan kotak fikiran.

Kita mungkin berasa tercabar atau kecewa dengan sesuatu situasi atau sikap seseorang klien, tetapi sebenarnya itulah cabaran dan pengalaman yang memperkaya minda, membuat kita belajar dan menjadi lebih bagus dari masa ke semasa.  

Apakah suatu hari nanti kerjaya anda mungkin hilang kepentingannya memandangkan persepsi masyarakat terhadap gaya dan fesyen yang mana lebih longgar, tiada etika berpakaian mahupun peraturan tertentu memilih gaya. Penampilan akan lebih terdorong kepada cita rasa sendiri malah santai?

It used to be that consumers wore whatever designers created. Era itu akan berlalu… malah sekarang pun kita sudah nampak perubahan tersebut. Jenama fesyen masa depan lebih dipengaruhi oleh data-driven format yang dapat menterjemahkan keperluan, kesukaan yang memantau pilihan masyarakat dunia terhadap fesyen dan gaya.

Untuk memahami pilihan pelanggan pada masa depan, memantau sifat pengguna membeli-belah dan menghasilkan produk yang memenuhi keperluan mereka itu adalah kunci kelestarian industri. Kalau kita perhatikan banyak produksi produk jenama massa yang dibuat secara besar-besaran menggunakan teknologi data. Perkembangan teknologi ini penting untuk menampung keperluan industri dan permintaan pengguna yang besar.

Sebagai seorang perunding gaya dan juga dikenali sebagai pengkritik fesyen, begitu pun pandangan anda juga ada kalanya sukar diterima sesetengah. Pernah kah anda mendapat kecaman di atas kritik atau teguran anda? Bagaimana menangani kecaman negatif sebegitu? 

Ini hukum alam… dan sebagai manusia, you can never please everyone and there are times, does not matter how good or how careful you can be, you make mistakes. Fashion forecasting has long been an artform. Kita mesti ingat bahawa dunia fesyen berkisar dalam dunia maya.

Bermula dengan idea yang secara visualnya tercetus dalam kotak fikiran penciptanya, hinggalah terhasilnya sesuatu ciptaan yang diperagakan peragawati and worn in the streets. Seperti satu mimpi yang diterjemahkan ke dalam satu hasil lukisan yang dilihat dalam dunia nyata.

Maksud saya, adakalanya kefahaman dari kaca mata saya atau mungkin mana-mana perunding dan pengkritik fesyen boleh menjadi sesuatu hasil yang tersurat daripada yang tersirat. It’s how we perceive things. Cuma ada kalanya mungkin disalahertikan atau ada pihak yang tidak benar-benar memahami nilai estetikanya dan tidak mahu menerima sudut pandangan kami. Apapun budi bicara kami memainkan peranan besar dalam menangani situasi. Pada waktu begini kesabaran juga sering tercabar tapi kena kuat diri menghadapinya.

https://4.bp.blogspot.com/-9chUoYZIWd4/Wtb0-hjYz-I/AAAAAAAAqog/WMnWdHpYUnc6uSZWIe2yg5ZDCrfR_IBTACLcBGAs/s1600/1.png
Saya Menyusun Sepuluh Jari Mohon Ampun Dan Maaf' - Zaihani M Zain - Media  Hiburan
Kritikan dan teguran beliau dalam fb dan ig beliau ada kala mengundang kontroversi
Masa depan industri fesyen amat berkait dengan jaminan kerjaya anda.  Apa pandangan anda tentang masa depan industri fesyen tempatan dan secara global?

Betul. Sekiranya pupus industri fesyen, memang tak ada kerja lah kami. Tapi kita harus ingat dalam apa jua kancah kehidupan, dunia fesyen adalah antara industri yang akan segera membuat comeback atau bangkit berbanding Industri lain selain makanan… or perhaps now the Internet of Things (IoT). Secara tidak langsung, mahu atau tidak industri akan mengikut arus perkembangan teknologi bukan sekadar dari sudut rekaan rupanya saja atau the art form, namun ia meliputi segenap sudut produksi termasuk inovasi fabrikasi, teknik jahitan, perincian yang menggunakan teknologi canggih.

Ramai tidak tahu, alam fesyen adalah antara yang begitu pantas berubah dengan suntikan idea baru, it’s like fashion has an eye towards the future. Dalam apa keadaan dan cabaran sekalipun, industri ini akan evolve yakni berkembang mengikut acuan ‘future’nya yang tersendiri untuk survival. Samalah seperti ketika selepas perang dunia kedua, beberapa jenama gah kembali di pasaran; a comeback and as though it’s like ‘back with vengeance!’.

Antaranya jenama Chanel yang diramalkan bakal berkubur waktu itu, tetapi sebaliknya menjulang kembali namanya selepas perang dan bertahan hingga millennium ini dan tidak hairan jika terus digilai generasi masa depan. Apapun semua itu bergantung kepada cara sesebuah jenama itu menimba balik dari segi strategi pengeluaran, produksi, promosi dan pemasarannya.

Kita akan melihat industri berinovasi dengan kecanggihan teknologi. Yang pasti industri fesyen akan terus menyaksikan inovasi yang besar dalam sudut trend pengguna yang akan merubah dan merombak ekosistem industri. Antara yang sedang berlaku sekarang ialah membeli- belah on-line.

Apakah agaknya momen paling penting atau boleh dikatakan yang telah benar-benar melancarkan diri anda sebagai seorang perunding gaya profesional yang terkenal?

Banyak momen yang mengangkat nama saya dalam industri tapi bagi saya sebagai ketua perunding dan penyelaras wardrob bagi program tv realiti Akademi Fantasia adalah sesuatu yang agak luar biasa malah magis sekali impaknya. Apa yang saya lihat pendedahan melalui kaca tv memberi ruang dan peluang yang jauh lebih besar skopnya untuk kerja saya diperkenalkan kepada masyarakat.

I had not only the contestants but the host to dress, the presenter and the challenge was making sure everyone felt great and also that the contestants looked great with individuality and great together on stage. Setiap kostum atau pakaian yang saya pilih mestilah bukan saja Nampak hebat untuk si pemakai and not at all overpowering he or her.  The subject must be louder than the dress.

Live in a superficial world, apa yang orang lihat pada penampilan kita secara luaran itulah yang menarik minat mereka. What we have on us interests others more than what is inside us, bukannya mutu kerja dan kemahiran kita. Begitupun dan walaupun pelik, ada beberapa industri yang memerlukan sikap dan penerimaan itu.  Mungkin ia suatu sikap yang perlu dalam dunia fesyen, modelling dan pengiklanan.Inilah yang membuat kehadiran dan kemahiran kami diperlukan.

Sekian lama bekerjasama dengan para pereka lelaki dan wanita adakah anda merasakan perbezaan ketara tentang gender? Siapa pereka paling anda suka?

Saya suka pereka yang bukan sahaja bagus dalam hasil kerjanya tetapi yang bertanggung jawab. I can name a few great designers, antara mereka yang dikenali di peringkat antara bangsa ialah Dato Bernard Chandran, Khoon Hooi, Joe Chia dan Motoguo. And I’m sure there are more. Ada juga pereka yang sering mendapat tumpuan saya dan berjaya melancarkan rangkaian untuk pasaran ‘ready to wear’ seperti Cassey Gan, Ajane, Hatta Dolmat, Ghaania, Wan and Mary dan beberapa orang lagi. Antara muka baru yang saya perhatikan punya potensi untuk pergi jauh ialah Amaze, Seth & Luna dan Dickson Lim and of course not forgetting Alia Bastamam and Fizi Woo. Jika di kalangan masyarakat Melayu khususnya nama seperti Dato Rizalman Ibrahim memang tidak asing.

Apakah status industri fesyen dalam kancah ekonomi dan situasi di mana dunia diletakkan dalam keadaan beku dan kaku?

Unprecedented… like you’re cought with your pants down. Dah lah ekonomi teruk, dengan pandemik tentulah keadaan bertambah buruk. Ramai yang gulung tikar dan akan bertambah lagi senarai itu. Apa yang saya nampak, jenama yang bertahan ketika keadaan genting sekarang ini, sama ada keadaan kembali normal atau kembali dengan norma baharu, jenama tersebutlah akan membuat label mereka terus diingat. And too bad for those big or small brands that cannot sustain their presence may have to make a permanent exit.

Perlu bertahan dalam apa cara untuk mengekalkan momentum dalam industri. Apa yang membimbangkan, apabila jenama-jenama ini tidak wujud di pasaran buat beberapa ketika kerana kekangan pengeluaran, ia akan hilang presence dan akhirnya akan hilang peminat. Untuk mendapatkan kembali momentum itu memang sukar.

Penerimaan dan persepsi orang berbeza-beza tentang gaya dan dunia fesyen, apa pandangan anda tentang ini? Pernahkah profesionalism anda tercabar dalam hal ini?

Itulah, walaupun fesyen nampak objektif sifatnya tetapi sebenarnya ia amat subjektif kerana setiap hasil karya adalah produk seni yang memiliki estetika tersendiri. Sebab itu bukan semua punya wavelength yang sama dan tidak semua yang saya cadangkan diterima bulat-bulat, walaupun sudah saya buat kajian dan menjelaskan secara terperinci setiap setiap sudut.

Sesetengahnya menerima komen saya dengan minda yang terbuka dan bekerja keras untuk memperbaiki hasil kerja mereka, dan mereka menjadi begitu berjaya. Tidak kurang juga mengambil kata-kata saya begitu keras hingga berasakan ia satu hentaman atau ancaman yang meruntuhkan kerjaya mereka. That’s how good and how bad my work can be.

Fashion critic sorry for her body shaming remark | The Star
Apakah persediaan dan fakta penting untuk menjadi Fashion Stylist?

You must have the guts to shoot people (ketawa). Biasa lah kita bertanggung jawab di atas setiap perincian ‘look’ yang kita bina (serius). Dengan bantuan jurus solek, pendandan rambut dan aksesori yang bertepatan tentu saja kita boleh bina apa yang kita impikan.

Jika ia untuk fotografi, kepakaran jurufoto memainkan peranan penting juga untuk menokok tambah kepada hasil terakhir atau the final touch of the ‘total look’ dan jika ia untuk persembahan pentas bagi siaran tv, input kepakaran lain pasti juga diperlukan untuk menyempurnakan the finish product.

You will be responsible for choosing and coordinating outfits including props and accessories. Benefiting from your creativity, great wardrobe, attention to details, dan faham akan aliran fesyen kini, maka ciri inilah yang memberi hasil magis dalam setiap kerja.

Apakah prinsip anda dalam kerja dan bagaimana anda mengatur kerja setiap tugasan serta tanggung jawab yang diberikan?

Keikhlasan. Itu yang saya pegang dan menjadi prinsip kerja saya. Maksud saya perlu ikhlas pada diri dan pada yang empunya diri iaitu klien kita. Kita perlu betul-betul study dan perincian setiap segi dan sudut. Bentuk badan, personaliti, kerjayanya, gaya hidupnya dan banyak lagi yang harus masuk dalam perkiraan untuk diperhalusi.

Sebagai contoh, saya tidak punya ketinggian atau bentuk badan seorang model tapi itu tidak berarti saya tidak mampu mendapat that limelight. The point is you want to create the look that is interesting and nice to look at without creating discomfort, emotionally and even physically. Itu yang selalunya menjadi asas gerak kerja saya. I will usually try to turn an average transformation, photo or video shoot and tv appearance into an exceptional one.

Namun dalam pada masa yang sama, saya tidak dapat membayangkan diri, mengatakan sesuatu yang dipersembahkan depan sebagai sesuatu yang hebat jika ia sebaliknya. Itu juga maksud saya perlu keikhlasan dalam kerja saya. Perlu realistik dalam hal ini dan kita tidak boleh perlekeh ekspektasi klien atau boss kita.

Walaupun saya ketua di bahagian tersebut atau dalam sesuatu produksi, tapi saya perlu ingat bahawa saya juga masih bekerja di bawah seorang ketua atau lebih, yang pandangan dan kepentingannya perlu saya ambil kira demi kepentingan organisasi. Contohnya saya banyak bekerjasama juga dengan penerbit dan bahagian lain termasuk jurukamera dan pengarah bila mengendalikan penataan sesuatu program tv.

Di persimpangan ini budi bicara dan kompromi amat penting supaya masing-masig mendapat hasil yang dimahukan. Yang menjadi keutamaan waktu itu ialah mencari jalan tengah supaya dapat memenuhi kepentingan setiap bahagian.

Kita perlu tahu dan ambil kira mengapa jurukamera misalnya mahukan sesuatu baju itu ditata begitu atau diubah begini kerana lensa kameranya dapat menakluk sudut terbaik, penerbit pula mungkin ada kekangan daripada pengiklan dan pengarah pula mungkin mahu memprojekkan sesuatu yang telah dirancang untuk menghidupkan watak atau elemen utama program.

Semua kepentingan ini akan bergabung dan menjadikan satu babak atau persembahan sempurna buat semua. Memang ada ketikanya saya tertekan di persimpangan kerana kadangkala permintaan bahagian-bahagian ini boleh bercanggah atau tidak masuk di akal. Itulah cabarannya. But for the sake of the aestatic value that is to be protected, I usually put my stand. Sebab itu Kadangkala kita dibenci dn tidak disenangi. I know that I have been called names; Mak Tiri is the popular one (Ketawa).

Saya Menyusun Sepuluh Jari Memohon Ampun Dan Maaf" -Zaihani Zain |  Wanista.com
Penampilan anda di kaca mata ramai adalah sesuatu yang unik. Sejujurnya bagaimana anda describe atau memerihalkan tentang gaya anda itu sendiri?

Bagi saya ia sesuatu yang semula jadi… saya memlilih apa yang saya suka. Bukan saya tidak peduli apa orang kata, though I may be over the top with my style but I value and appreciate my culture and tradition…  and I despise people who don’t bother to put on anything traditional for a traditional or cultural affair… but my choice comes first.

I wake up in the morning usually having in mind where I would be for the next hours… temu janji, mesyuarat atau sekadar keluar minum pagi, makan tengahari, minum petang atau makan malam. Dari situ saya huraikan perinciannya misalnya makan di mana, siapa yang akan ada pada waktu itu dan untuk tujuan apa saya ke situ? So my entire ensemble will start from there. Lebih kurang itulah juga prinsipnya kala saya menata gaya penampilan seseorang.

Biasanya saya memilih kasual. I love to look good in my clothes but I love to feel good in it more. Untuk kebanyakan acara kecuali ada acara peragaan fesyen atau majlis glamor barulah saya fokuskan pada details seperti aksesori dan solekan yang sesuai. Of course you don’t wear your gliteratees having breakfast at Syed Bistro! Not even if you are Lady Gaga. Am I right? I think point goes to everyone!

Apa nasihat anda kepada generasi muda yang ingin mengambil jurusan fesyen?

Pertama mereka perlu faham sistem eko dunia fesyen. Dengan teknologi yang canggih sekarang ini segala maklumat di hujung jari. Rajin-rajinlah selongkar apa saja yang ingin anda tahu. The key word here is passion, rangsangan naluri itu mesti ada.

Seperti mana seorang penyanyi yang menyampaikan lagu penuh emosi, begitulah seorang pereka; setiap perincian pakaiannya disulami emosi mendalam. That makes a piece of garment comes alive, special… maknanya hidup setiap elemen yang disuntik, it creates the silhouette.   

Masalahnya di Malaysia apabila seseorang pelajar mengambil jurusan fesyen, dan apabila tamat pengajian mereka berfikir untuk menjadi pereka fesyen semata-mata, sedangkan mereka boleh buat macam-macam dengan ilmu yang mereka ada, kerjaya saya adalah antaranya dan mereka juga boleh bina kerjaya yang ada kaitan alam fesyen seperti fashion retail, fashion merchandising, fashion critics dan penulis fesyen.

Kita selalu dengar pereka fesyen tersohor kata dalam wawancara mereka yang dunia mereka nampak glamor tetapi sebenarnya penuh onak duri, cabaran dan kerja keras. Let me tell you something… they are telling the truth. It’s real challenging, and its all about hard work and hard work. No joke!

Ada yang tertidur di kerusi jahit dan tidak sempat nak makan pun sebab mahu siapkan pakaian pelanggan. Menyebut hal itu, saya mahu ingatkan pada muka baru dalam industri; jangan peleceh dateline! Kenapa saya kata begitu, sebab sekali anda mungkir dan terbabas dateline, you are gone! Orang tidak akan mahu berurusan dengan anda lagi.

Bayang jika baju pengantin tidak siap pada tarikh yang dijanji? Apa bakal terjadi jika seorang penyanyi tidak dapat memakai baju yang ditempah untuk konsertnya? Bila saya buat kerja-kerja menata baik untuk fotografi, penampilan pentas atau tv, sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikhnya saya pastikan sudah ada apa yang saya perlukan di dalam wardrob.

Time is precious… and time past real fast in this fast lane. Jika anda tidak berusaha mengejar dan menepati waktu atau anda fikir tidak mampu untuk melakukannya. Lupakan saja niat dan impian itu!

Anda seorang fashionista, siapa ikon fesyen anda dalam negara?

Saya suka perhatikan Camelia dan Scha Al Yahya. Saya rasa mereka  berdua punya sense of dressing yang hebat.

Related posts

Bilik Pameran RA8 Cantik Lagi Selesa

admin

Done, Seen & Heard: COVID-19 Buka Pekung Manusia!

admin

Misteri Alam Cantik

admin

Leave a Comment