AGAMA

Hiasi Diri Dengan Sifat Malu

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا كَانَ الْفُحْشُ فِي شَيْءٍ إِلَّا شَانَهُ وَمَا كَانَ الْحَيَاءُ فِي شَيْءٍ إِلَّا زَانَهُ

Dari Anas r.a., ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah sifat buruk berada dalam sesuatu kecuali akan memperburuknya, dan tidaklah sifat malu ada dalam sesuatu kecuali akan menghiasinya.”

(HR Tirmizi No: 1897) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Sifat malu yg ada pada seseorang akan menjadi penghias akhlak dan diberikan ganjaran pahala.

2. Sifat buruk yang ada pada seseorang akan menjadikannya bertambah buruk dan hina di sisi Allah dan makhlukNya.

3. Sifat malu diganjari syurga, sifat buruk diganjari neraka:

اَلْحَيَاءُ مِنَ الْإِيمَانِ وَالإِيمَانُ فِي الْجَنَّةِ وَالْبَدَاءُ مِنَ الْجَفَاءِ وَالْجَفَاءُ فِي النَّارِ

“Rasa malu adalah sebahagian daripada keimanan dan keimanan berada di syurga.
Sedangkan tindakan/ucapan kotor adalah sebahagian daripada perangai yang kasar dan perangai kasar tempatnya di neraka.”
(HR Tirmizi No: 1932)

Hiasilah diri kita dengan mulia dan terpuji seperti sifat malu.

Moga sifat malu yang ada sebagai ganjaran ke syurga.

Jauhi sifat dan perangai buruk seperti menghina, mengeji, memfitnah kerana balasannya adalah neraka.

[thb_gap height=”40″]

Related posts

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

admin

Jalan Ditempuh Ulama-Ulama Demi Menegakkan Islam

admin

APA ITU ISTIDRAJ ?

adminwm

Leave a Comment