GAYA HIDUP

HABIB Lancar Koleksi Syiling Wafer Emas 999 Edisi Malaya

HABIB melancarkan koleksi Syiling Wafer Emas 999 edisi Harimau Malaya bagi mempamerkan keindahan hidupan liar dan kejadian alam di Malaysia dan mendidik masyarakat untuk bersama-sama bersatu melindungi dan menyelamatkan Harimau Malaya yang kini kian pupus. Sebagai rakyat Malaysia yang mencintai negara dan juga segala keajaibannya, usahasama ini pastinya dapat menyelamatkan warisan kita. Malah tindakan segera yang diambil dapat membantu usaha murni yang dilaksanakan oleh Rimau. Rimau yang merupakan badan bukan kerajaan adalah organisasi yang tepat untuk HABIB bagi usaha sama ini. RIMAU begitu fokus dan agresif bagi mencapai matlamat membendung masalah ancaman harimau Malaya di Malaysia.”

“Harimau Malaya merupakan warisan dan identiti negara yang cukup berharga dan sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah memainkan peranan untuk melindungi dan menyelamatkan haiwan ini daripada kepupusan. Lara Ariffin selaku Presiden Rimau.NGO berkata, “Kini hanya tinggal kurang dari 150 ekor Harimau Malaya di hutan semenanjung Malaysia dan kami berharap agar usaha ini dapat meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya kita untuk menjaga dan menyelamatkan  Harimau Malaya untuk generasi akan datang.”

Bersempena dengan Kempen Tahun Baru Lunar HABIB: Ignite The Spark yang kini sedang berlangsung di seluruh bilik pameran, HABIB tampil kreatif dengan menghasilkan syiling wafer emas 999 edisi terhad dengan ukiran imej harimau Malaya. Syiling wafer emas 999 ini dibungkus elok dalam sampul yang berwarna tuah iaitu merah dan emas, dengan rekaan unik bermotifkan belang harimau. Juga istimewa pada tahun ini, HABIB mengeluarkan koleksi syiling wafer emas 999 Disney X HABIB edisi Winnie The Pooh yang menampilkan dua karakter utama, Winnie dan Tigger. Rekaannya yang comel bukan sahaja menjadi kegemaran kanak-kanak, malah orang dewasa juga turut merasa teruja untuk memilikinya. 

Dari kiri: Patrick Russell (Ahli Komiti Rimau), Datin Sri Zarida Noordin (Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB) Lara Ariffin (Presiden Rimau), Dato Sri Meer Habib (Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB)

David Hashim (Timbalan Presiden Rimau), Chacko Vadaketh (Bendahari Rimau)

Majlis sumbangan ini diadakan di bilik pameran HABIB Bangsar Village II, dengan acara penyerahan cek bernilai RM38,888 daripada Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB, Datin Sri Zarida Noordin kepada Yang Berbahagia, Puan Lara Ariffin selaku Presiden Rimau.NGO. Sebahagian daripada jualan syiling wafer emas 999 ini bakal disalurkan ke tabung Rimau.NGO

Related posts

Wajah ‘Slim’ Cantik dengan V Shaping Facial lift Serum Clarins

admin

OPPO To Bring Families Together

admin

Sekilas Sesi Live Wirda Adnan Bersama Majalah InTrend – Sayonara Naskhah Majalah

admin

Leave a Comment