Golongan Yang Tidak Mendapat Keampunan Allah SWT Di Bulan Ramadan

Please select a featured image for your post

Allah SWT memberi keampunan pada hambanya ketika bulan Ramadan, tetapi bukan semua. Ada golongan yang terhalang daripada menerima pengampunannya. Jika sesiapa yang termasuk dalam golongan ini, maksudnya ia melalui Ramadan dengan kosong, keampunan tidak dapat, pahala juga tidak dapat.

Mari lihat apakah jenis golongan yang tidak mendapat pengampunan Allah SWT di bulan Ramadan:

Orang yang Mendehakai Ibu Bapanya

Jangan menderhakai ibu bapamu kerana derhaka membuatkan kamu diharamkan daripada segala kebaikan yang ada pada Ramadan. Maka hendaklah kita memohon keampunan daripada kedua orang tua kita.

Golongan yang Memutuskan Silaturrahim

Jangan termasuk dalam golongan yang memutuskan silaturrahim kerana mereka ini dilaknat Allah SWT dan dijauhkan daripada ganjaran pahala. Keburukan pemutus silaturrahim ini boleh merebak kepada kaumnya. Jika ada terdapat seorang yang seperti ini dalam sesuatu kaum atau maka seluruh kaum itu akan diharamkan daripada mendapat rahmat Allah SWT. Jika kamu termasuk golongan ini, maka hendaklah kamu berjumpa dengan orang yang kamu putuskan hubungan dengannya sama ada daripada saudara kandungmu atau sepupu atau atau bapa atau ibu saudara, jumpalah mereka dan mohon maaf pada mereka.

Golongan Yang Bertelingkah Sesama Muslim

Janganlah kamu jadi golongan yang bertelingkah sesama saudara Muslim sama ada kerana dunia atau apa-apa urusan sekalipun. Ketahuilah bahawa ketika diturunkan rahmat Allah SWT dan dibahagikan sesama makhluk, ia tidak akan dibahagikan kepada orang yang saling bertelingkah hinggalah mereka saling berbaik semula. Dan siapakah orang ini? Sebahagiannya adalah orang bodoh. Ia membiarkan masalah kecil menjadi penghalang untuk dia mendapat rahmat Allah SWT hanya kerana dia enggan mengalah untuk pergi minta maaf dan berbaik dengan saudara sesama Islamnya. Jika kita ada pertelingkah sesama saudara, pergilah berjumpanya dan minta maaf daripadanya dan berikanlah ia hadiah, moga kita tidak terhalang daripada rahmat Allah SWT.

Golongan Peminum Arak

Jika seseorang itu meminum arak maka dia diharamkan daripada mendapat keampunan Allah SWT. Jika ada orang yang masih minum arak maka hendaklah ia bertaubat kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taubat.

Golongan Wanita Yang Nusyuz dan Tidak Taat Pada Suami.

Yang nusyuz dan tidak taat kepada suaminya kerana perempuan yang nusyuz kepada suaminya terhalang daripada segala kebaikan dan keampunan Allah SWT. Siapa yang melakukan nusyuz, maka bertaubat kepada Allah SWT dan mohonlah maaf daripada suaminya agar tidak ia masuk dalam golongan ini dan dihalang drpd keampunan Ramadan.

Hendaklah kita bersedia menghadapi Ramadan dengan meninggalkan segala dosa yang kita sering lakukan. Kita tahu akan hal diri kita. Kita dapat menyembunyikan dosa daripada orang lain tetapi tidak dapat menyembunyikannya daripada Allah SWT. Maka mohonlah kepada Allah SWT agar Dia menerima taubat kita dan menjadikan kita bersih daripada segala dosa dan seterusnya, mendapat pengampunanNya.

CONTACT US

31 USJ4/6A Subang Jaya 47600, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 012-2145622, 012-2320111, 013-6920850
Email: admin@majalahwn.com

FOLLOW US ON