CANTIK

Gayakan bibir anda mengikut kesesuaian!

Nak pergi kerja, date istimewa atau brunch? Gayakan bibir anda mengikut kesesuaian!

Sejak dua tahun lalu, gincu bagaikan kawan yang lama menghilang, memandangkan bibir kita sering berselindung di sebalik pelitup muka. Namun sekarang tidak lagi! Kini dengan norma baharu, sudah tiba masanya untuk menyerlahkan mungil bibir dengan pelbagai rona yang menawan! Sempena Hari Gincu Antarabangsa (ya, ini memang satu sambutan sedunia) pada 29 Julai, wadah perintis beli-belah dalam talian Lazada meraikan hari istimewa tersebut dengan menawarkan diskaun sehingga 7% dan tawaran kurang daripada RM25; khas daripada jenama kecantikan kegemaran ramai. Beberapa jenama terpilih juga turut menyediakan hadiah bernilai sehingga RM50, malah Clinique akan menawarkan koleksi set istimewa dengan harga kurang daripada RM100. Di samping itu, jika anda membuat pembelian bermula dari 26 Julai dan sepanjang tempoh kempen, anda boleh nikmati Pulangan Tunai LazCoins sehingga 60% dan 50% baucar jenama (tanpa perbelanjaan minimum!). Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Sama ada bersolek untuk bertugas di pejabat, brunch bersama rakan-rakan, atau berdandan untuk date istimewa dengan bae tersayang, pastinya ada banyak sebab untuk menyerlahkan bibir anda!

Gaya Untuk Tugasan Harian
Warna neutral dan tona merah jambu lembut ialah dua warna untuk rupa My Lips But Better yang boleh anda gayakan bagi tugasan harian. Rupa neutral tersebut dapat mencetuskan keanggunan pada penampilan anda dan memudahkan anda untuk memadankan gaya pakaian – sama ada anda mengenakan sut, dress atau pakaian yang menyerlahkan kewanitaan anda.

Gincu IN2IT Duo didatangkan dalam formula matte dan cecair, dengan keselesaan daya pemakaian yang lama dan warna untuk kemasan yang sempurna. Teksturnya yang ringan, lembut dan berkrim, serta bebas daripada paraben, alkohol, minyak mineral dan pewangi, pastinya dapat menjadikan bibir kekal lembat sepanjang tugasan seharian di tempat kerja.

Gincu Maybelline Color Sensational Ultimatte Slim pula merupakan satu pilihan ideal bagi mereka yang mengidamkan warna rapi flawless dan kemasan powdery matte yang selesa.

Jika bibir anda merekah, apa kata cuba Benefit California Kissing; ColorBalm Moisturizing Lip Balm . Formula berkusyen lembut, dengan mentega mangga dan hyaluronik dapat membantu bibir anda kekal lembab, licin dan terlindung sehingga 8 jam, khususnya dalam pejabat berhawa dingin. Merangkumi 16 warna yang menawan, inilah gincu harian yang ideal!

Acara Malam Formal
Jika anda inginkan bibir mungil yang menyerlah dalam sebarang majlis, cuba gayakan gincu merah. Cari rona merah yang sesuai dengan wajah anda, agar rupa pucat boleh berubah menjadi lebih anggun.

L’Oréal Paris Chiffon Signature Velvet Soft-Matte Liquid Gincu kini didapati dalam 9 variasi warna untuk pelbagai tona kulit, dengan kemasan velvet untuk rupa yang lembut. Ia berpigmen tinggi, sangat ringan, dan menawarkan tekstur penuh kelembapan untuk keselesaan bibir.

Jika bajet anda agak terhad dan sedang mencari produk di bawah harga RM25, MISSHA Dare Rouge (Velvet) FW Gincu mungkin sesuai untuk anda. Jenama kecantikan yang inovatif ini mencipta gincu dengan teknologi mikro- pigmen yang menjanjikan warna yang menyerlah dalam satu sapuan. Hasilnya – gincu penuh berpigmen dan tahan lama, dengan kemasan porselin lembut a’la baldu!

Keluar Hujung Minggu
Brunch bersama geng atau skuad anda? Atau nak pergi bazar pop-up di Depoh Sentul? Mari cuba rona merah jambu atau coral lembayung untuk menyerlahkan personaliti anda yang ceria. Cuba padankan rona tersebut dengan dress yang sesuai dengan cuaca tempatan, wedges atau sandal bertali dan beg tote yang comel!

Jika anda geram apabila gincu melekat di pelitup muka, ETUDE Fixing Tint pastinya menjadi OTP terbaharu pilihan anda dengan ciri khas #Maskproof #Transferproof. Dicipta untuk memastikan ianya tidak melekat pada pelitup muka (harus dibiarkan setting selama 60 saat selepas pemakaian), koleksi ini diperkayakan dengan Vitamin E, yang melembabkan bibir dan memberikan rasa ringan. Oohh… inilah sebab produk ini jadi super viral!

Satu lagi alternatif yang menarik pada harga yang berpatutan ialah PERIPERA Ink Velvet . Ia telah diundi sebagai salah satu tinta bibir (lip tint) pilihan ramai, lantaran kepelbagaian rona warna dan daya tahan produk tersebut. Pewarna bibir yang canggih ini diadun dengan minyak jojoba, hyaluronik, dan kolagen marin yang mampu melembapkan bibir di samping menanggalkan sel kulit mati.

Tidak hairanlah ianya menjadi pilihan ramai! Mereka yang sukakan penampilan yang lebih natural boleh juga memilih Cezanne Liner Lip.

Warna bibir 2-hala ini bakal memudahkan rutin solekan anda, kerana ianya boleh digunakan untuk melukis garis bibir, dan juga untuk mewarna dengan lancar di permukaan bibir.

Dengan tekstur separa matte dan serlahan neutral, serta kemasan yang cantik, ianya pasti sesuai untuk sebarang majlis. Dirumus tanpa pewangi atau alkohol, ia juga boleh dipakai sebagai pelembab bibir berwarna.

Date Istimewa atau Ladies Night
Malam yang istimewa pastinya memerlukan penampilan yang menawan, jadi beranikan diri untuk mencuba rona ungu muda atau berry yang unik.

MAC Matte Lipsticks adalah pilihan yang tepat kerana ia mempunyai formula yang kaya berkrim untuk litupan penuh, dengan warna menyerlah dan kemasan matte. Juga terdapat dalam versi Retro Matte yang tahan sehingga 12 jam dengan kemasan matte tanpa sinar; dan varian Powder Kiss yang menampilkan kemasan matte fokus lembut dan warna yang boleh dilapis untuk tampak lebih padu namun masih terasa ringan dan selesa.

Untuk pilihan di bawah RM25, apa kata cuba Palladio Casey Holmes Matte Liquid Lip Color yang diformulasi tanpa paraben dan diperbuat dengan beretika (cruelty free). Ianya juga diperkayakan dengan Aloe, Vitamin E, antioksidan, dan kompleks vitamin eksklusif. Dicipta oleh YouTuber Casey Holmes, rangkaian tiga warna matte yang kaya berkrim namun ringan ini boleh disapu pada bibir dengan mudah, dan menjanjikan kemasan kalis pemindahan serta daya tahan pemakaian yang luar biasa.

Satu lagi pilihan yang berbaloi adalah FOCALLURE Velvet Lip Matte Lip Clay . Dengan tekstur lumpuran lembab gincu yang terbaru, ia memberikan kemasan matte a’la baldu yang amat selesa. Gincu berkrim ini licin lembut untuk disapu dan kalis air supaya anda sentiasa kelihatan menawan.

Related posts

Anti-Bacterial Body Wash Deluxe Gold

adminwm

Marc Jacobs Beauty Dan Adwoa Aboah

admin

Tampil Cantik Sesuai Ajaran Islam

admin

Leave a Comment