FESYEN

Forever 21 Alami Masalah Kewangan dan Mungkin Akan Bankrup

Forever 21 Inc. sedang bersiap sedia memfailkan kebankrapan. Menurut sumber terdekat syarikat ini, ia berikutan pengaliran masuk tunai yang berkurangan dan ketandusan pilihan pemulihan syarikat.

Syarikat ini telah mengadakan perbincangan untuk mendapatkan pembiayaan tambahan dan bekerja dengan pasukan penasihat untuk membantu menyusun semula hutangnya, tetapi rundingan dengan pemberi pinjaman mungkin terhenti setakat ini. Oleh itu, fokus berpindah ke arah mendapatkan pinjaman daripada penghutang yang mahu mengambil alih syarikat itu. 

Kebankrapan yang difailkan akan membantu syarikat itu menjual kedai-kedainya yang tidak menguntungkan. Bagaimanapun, langkah ini mungkin menjadi masalah buat pemilik pusat beli belah utama di Amerika termasuk Simon Property Group Inc. dan Brookfield Property Partners LP. kerana Forever 21 adalah salah satu penyewa lot terbesar dan ia masih berdiri walau selepas gelombang besar kebankrapan melanda sektor peruncitan.

Jika butik ditutup, tuan tanah akan mengalami masalah mengisi lot kedai yang ditinggalkan, apatah lagi Forever 21 merupakan penyewa yang keenam terbesar dalam pusat beli belah di Amerika, dengan 99 cawangan, meliputi 1.5 juta kaki persegi,

Masalah lain yang mengganggu penyelesaian kebankrapan adalah pengasas bersama, Do Won Chang yang mahu mengekalkan kepentingan kawalan utama dalam Forever 21, yang mana ia telah mengehadkan pilihan pengumpulan dana.

Ditubuhkan pada 1984, Forever 21 memiliki lebih daripada 800 kedai di Amerika Syarikat, Eropah, Asia dan Amerika Latin.

Related posts

Where To Splurge?

admin

MODA di Pentas Ulangtahun Ke-10 KLFW

admin

dUCK CelebrEIGHT with The Infinity dUCk Collection!

adminwm

Leave a Comment