COVER STORY

Food Is Like Love – Illiana Zakaria

“I’m into food innovation. Bila saya jumpa sesuatu, saya akan begakan mencari something else. Itu yang saya suka tentang kerjaya saya dan sentiasa teruja. Food is like love. You can never get enough of it,” Illi

Food Is Like Love – Illiana Zakaria

Seketika dengan anak gadis ini membuat hati tertawan dan kagum. Budi bahasa dan pekertinya lembut, penampilannya ringkas namun keras dan tegas mewakili siapa dirinya.

Bicaranya juga ringkas namun padat. Ternyata she is a no nonsense young entrepreneur yang sukar ditemui di kalangan anak muda masa kini. Menghabiskan sedikit masa mengenali dirinya, semakin menyerlahkan lagi keyakinan dirinya.

Big Boss’ Restoranya Ficus yang terletak di Taman Tun Dr Ismail, IIliana Dato Zakaria atau lebih selesa dipanggil Illi berpendapat, setiap usaha mestilah dilakukan dengan keyakinan diri yang tinggi apa lagi seorang ahli perniagaan muda yang sedang merangkak sepertinya. Dibesarkan dalam kemewahan, dengan sifat dan penampilannya yang sederhana, mesra dan gurau sendanya yang bersahaja, it is crystal clear and obvious; she is humble and there was not any air!

I prefer to own a failure than owning a victory which is actually the accord of others, “ mula Illi. Menceritakan pengalaman pahit manis dan jatuh bangunnya pernigaan restoran yang diusahakan sejak mula berniaga.

Pernah membuka restoran beberapa tahun sebelum ini, namun hanya bertahan beberapa tahun dan akhirnya bungkus tikar, Illi pernah hidup seketika dengan kecewaan yang amat. Namun sebagai seorang yang dibesarkan bermotivasi tinggi dan tidak takut untuk bangkit dan belajar daripada kegagalan, membuat dirinya semakin tabah dan mahu mencuba sesuatu berlainan; tapi tetap sekitar perniagaan makanan.

Failure is not an easy thing to handle, menurut Illi dengan renungan tajam, namun kita sendiri tidak akan sedar betapa banyak yang kita pelajari dari sesuatu kegagalan. Itu pun jika seseorang pandai melihatnya dari perspektif yang positif.

“Saya memang suka berdikari,” katanya tegas, “Ya, being the only child I don’t blame my mum for having high hopes on me or my dad too for that matter… always want to menyebuk-nyebuk ini my doings,” kata Illi ketawa dan menyambung, “Or is it me preassuring and pushing myself to the limit because I want to prove something?,” pada titik itu dia kembali ketawa dengan raut yang tersirat tanda tanya.

Ibunya sentiasa bersedia bila dia memerlukannya. Like a pillar to hang on to if she trips or fall. Membesar dalam konteks kehidupan masyarakat Asian, yang mana lumrah ibu bapa memainkan peranan besar dalam memilih kerjaya anak-anak Illi melihat sendiri bgaimana kawan-kawannya menderita semata-mata untuk mengejar impian ibu bapa mereka. Dalam hal itu dia berasa bertuah kerana kedua-dua ibu bapanya sentiasa meletakkan kebahagianya sebagai keutamaan dalam banyak hal.

“I love her too much I guess… and that makes me so afraid of failing. Though I know she wants something out of me but she does it with stride never pushy like some parents do… and my dad too, he is such a great dad, When the three of us get together, beware,” katanya membeliakkan mata, “… we are into something!” Itulah satu lagi ciri istimewa yang ada pada Illi yang membuat dia di senangi, she is funny and witty the same time

Ibunya banyak mengajarnya tentang kesabaran dan hikmah dalam setiap hal yang berlaku dan mendidiknya supaya tabah. Lebih mudah jika kita boleh mengutuk diri dan ketawa atas kesilapan sendiri dan move on, katanya.

Coming from a family who love food and dining is an art, agak satu perkara yang lumrah dan natural bagi Illi untuk memilih dunia kulinari. Selepas tamat pengajin sekolah menengah itu adalah sesuatu yang dia impikan. Biasa lah katanya, masa kecil kita makan sebab sesuatu hidangan itu nampak sedap atau kerana lapar tapi semakin dewasa dia mula melihat makanan dalam perspektif yang berbeza.                                              

“I love gorgeous restaurants and fine food. Tak perlu fine dining tapi walaupun sekadar hidangan burger atau kueyteow goreng misalnya, don’t they deserve a facelift or rather tastelift? I like innovation and fussion of food.”

Bagi illi menyediakan makanan adalah seni yang hanya boleh diekspreskan melalui persembahan sesuatu hidangan. Ini merangkumi aroma bahan yang digunakan, rupa persembahannya dan tentulah rasanya, “Time has change, so does lifestyle and people’s taste buds,” tambahnya.

Hormat dan hargai Hidangan Tradisi

“I used to wonder how if, I add this or how if I change the presentation… when that happens I get so excited,” katanya teruja, “So does the other two (merujuk kepada ibu dan ayahnya). As I said they just love to menyebuk-nyebukkan?” tambah Illi bergurau, “…and it comes naturally that everything I do, I always share things and my thoughts with them.”

Bak kata pepatah Inggeris, don’t fix anything if its not broken, begitu juga pandangan Illi tentang food fussion mahupun food innovation. Jangan terlalu gopoh untuk mengubah kerana ada sesuatu yang elok dibiarkan dalam keadaan asalnya. Ada banyak menu tradisional yang tidak perlu diberikan nafas baru atau dibega-bega.

Ada hidangan yang telah kita nikmati turun temurun dan begitu distinguish atau sinonim dengan sesuatu daerah, puak atau bangsa dan budaya yang kita tidak boleh sentuh kerana kita perlu hormati asal usul menu itu seperti Rendang Tok yang sudah menjadi signatur hidangan orang Perak misalnya, Gulai Patin Tempoyak satu juadah kegemaran orang Pahang atau Laksa Johor misalnya.

“These dishes are like sacred,” katanya ketawa, “You don’t maddle with it. Contohnya ibu saya, dia berasal dari Johor dan Laksa Johor adalah signatur masyarakatnya dan kebanggan orang Johor. My mum too is innovative in her cooking,  but don’t touch those areas,” pintas Illi memberi Amaran, “l don’t know about others… I don’t want to get viralled and become famous for the wrong reason. Jadi hati-hati, silap haribulan boleh mengamuk rakyatnya satu negeri,” sambungnya dengan kenyataan melucukan itu.

Selain menerima nasihat yang tidak pernah putus daripada ibu tercinta, Illi juga mewarisi bakat seni ibunya dalam memasak dan menyediakan hidangan. Cuma dia akui yang dirinya tidak sebagus ibunya dalam seni melukis dan menghias dalaman. Ibunya amat teliti dalam setiap sudut hiasan dalaman rumah mereka hinggakan sanggup ke Jepun hanya untuk mencari susuatu jubin yang diidamkannya dan sabar menunggu berbulan-bulan sehingga sesuatu barang yang dipesannya itu sampai dari luar.

Malah, hampir setiap sudut dalaman Ficus tergantung indah lukisan-lukisan menawan hasil karya ibunya. Tentu ramai akan terpesona dengan lukisan mangkuk tembikar Jepun dan juga beberapa portret menawan Audrey Hepburn yang dilukis dan disuntik dengan gemerlap gemstones.

Bisnes Makanan Janjikan Pulangan Lumayan

Dunia kulinari besar skopnya tapi ramai orang masih pandang remeh perniangaan ini. Begitupun Yana tidak menafikan perniagaan makanan menuntut banyak masa dan dedikasi, juga tahap kesabaran yang tinggi, mengalami sendiri jatuh bangun berniaga Illi menasihati peniaga makanan seangkatannya agar berjuang dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas.

Bukan semua orang minat memasak dan kaki makan memilih kulinari sebagai kerjaya. Apa yang benar-benar membuat Illi terpikat untuk memilih kerjaya ini?

Sejak kecil hingga remaja dia memang minat berada di dapur dan asyik memerhati ibunya membuat persiapan sebelum memasak. Saya suka tengok dia memotog sayur atau kala ibu saudara saya memasak sup Tom Yam. Apapun, kalau ada aktiviti di dapur rumahnya, di situah adanya Illi.

“Siapa yang mendorong? Tentulh ibu dan bapa saya. Ibu dan ayah saya memang gemar menjamu orang di rumah dan ada saja tamu yang datang. Saya setuju jika ramai kenalan memuji mereka sebagai great hosts kerana mereka mengambil kira perkara yang seremeh-remehnya daripada menu hinggalah bagaimana hidangan harus dipersembahkan.”

Dari segi inspirasi Illi banyak mengutip pengalaman daripada rakan-rakan chef yang dikenali sepanjang usia remajanya dan tanpa isedarinya mereka telah sedikit sebanyak merangsang minatnya.

“I remember this old uncle that used to run a noodle stall in Bukit Antarabangsa. Masa tu saya berusia lapan ke 10 tahun, keluarga saya suka makan malam di restorannya dan dia akan ajak saya duduk di sebelahnya melihat dia memasak.

Begitu juga dengan seorang Mak Cik yang memiliki retoran di Manchester. Lepas kelas saya akan berjalan 30 minit ke kedainya bukan saja kerana ikan bakarnya tapi saja suka berbual dan korek pengalaman dia berniaga di negara orang.”

Bekerja Bina Keyakinan

Seperti ramai ahli perniagaan lain yang bekerja sebelum membuka perniagaan, Illi pernah menjadi pelatih di Troika dan di Grand Hyatt Kuala Lumpur untuk beberapa ketika. Tidak lama kemudian dia mencuba berikari dengan membuat catering.

“Saya namakan projek saya itu Ma.Ger, which was short for “Malas Gerak”. Saya dapat banyak pesanan baik yang kecil mahupun besar daripada pelanggan dan ini memberi saya peluang untuk belajar cara menangani pesanan dan membuat perancangan, malah membina rantaian perniagaan.

Tidak lama kemudian dia mencuba pula private chefing yang dia rasa begitu menyeronokkan. Kebanyak pelanggannya adalah di kalangan kenalan ibu bapanya atau ibu bapa kepada kawan-kawannya. Begitu dilakukan secara suka-suka, ia menjad serius dan mendedahkannya dengan kepelbagian penyediaan makanan daripada barat dan timur. Sambil itu dia kerap menyertai bazar makanan yang dianjurkan serata Kuala Lumpur. Kini selepas empat tahun dia melahirkan Ficus.

Apa yang paling disukai tentang kerjayanya dan apa yang membuat Illi menjadi teguh fisikal dan mental? Bagi Illi, It’s simple. Dia suka apa yang dibuatnya dan tidak fikir keseronokan itu hanya dapat pada satu-satu kerjaya saja. Asalkan minat dan seronok dengan kerja yang kita lakukan, itu sesuatu yang istimewa dan itu juga adalah kunci kekuatan yang akan memarakan diri kita.

Dia mensyukuri apa yang dkurniakan Allah padanya dan sering berpeluang mengikut ibu dan ayahnya menjelajah ke pelbagai negara. Suasana pembesaran sebegitu mendewasakannya dan menjadikan dia seorang yang “open minded”.

“Dalam dunia perniagaan saya tidak melihat diri saya bersaing dengan mana-mana pihak. I see culinary as something that is super subjective. What may be nice to me, might not be nice to you. Begitupun itu tidak bermakna anda salah atau betul. Saya masuk ke dalam industri sebgai seorang yang mahu mencipta,” pintasnya serius dan menyambung, “What bridge isn’t built, let me be the one that builds it. I believe that while healthy competition is good, but having a humble approach towards whatever you do will always work best.”

Seandainya ada kekurangan pada dirinya menurut Illi, mungkin terletak pada usia yang msih muda atau kurang pengalaman berbanding the bigger boys out there. Apa pun Illi tahu; dia adalah seorang yang bersikap terbuka, suka belajar, mudah menyesuaikan dan sentiasa berusaha meningkatkan diri. So that paired with a thick skin and a “can do” attitude, menurut Illi cukup untuk dia bermula dan terus mencapai impiannya.

Ketika ini Illi mempunyai 16 pekerja di bahagian depan dan dapur. Mungkin dia  terpaksa mengambil lagi pekerja di masa terdekat ini. Menyebut hal pekerja Illi melayani mereka dengan baik. Treat others how you’d like to be treated, begitulah cara dia dibesarkan.

“Orang kata sebagai bos kita tak perlu nak ambil tahu segala sampai yang remeh-temeh. No! As the owner, I need to know everything, and be there for my team in case they need assistance. Any success Ficus has had or will have, I know will not be my success alone. It’s all of us! Teamwork makes the dream work, don’t ever forget that.”

Ficus Impian Yang Nyata

Berbanding ramai anak muda kini yang gemar bersosial, Illi bukan tidak berminat bersosial tetapi seorang yang pemalu dan pendiam sebenanya. Begitupun dia cepat mesra dengan orang baru ditemuinya. Kini sebagai pemilik restoran, Illi sedar bahawa dia juga perlukan ‘limelight’ tersebut untuk melangkah lebih jauh. Tunggu! In sya Alllah, selepas PKP reda dan segalanya kembali beroperasi dia akan mengorak langkahnya.

Di Ficus kata Illi adalah tempat dia mencurahkan segalanya. Di situlah idea baru disuntik, yang sedia ada di perbaiki dan mereka sentiasa berusaha menyediakan pelbagai jenis juadah dengan menghormati  citarasa lama yang digabungkan dengan gaya hidup dan selera kini. Istimewa ia juga menyediakan tempat mengadakan majlis.

Di sini mereka hoskan pelbagai jenis majlis di ruang majlis yang dinamakan Papan, di tingkat atas. Daripada birthday lunches, anniversary dinners, seminar perniagaan untuk syarikat luar hinggalah ke intimate engagement ceremonies. Penyelaras majlis dan acaranya Shazlan Ismail, juga adalah seorang yang berpengalaman dan mahir dalam hal-hal pengurusan majlis dan kelebihannya itu amat membantu dan membuat persiapan setiap acara. Jika tiada bantuan team sekerjanya Illi pasti akan menyukarkan kerjanya.

“Bagaimana saya handle perangai pelanggan yang tidak masuk akal? This is a dangerous question so I’ll thread lightly. Pernah kesabaran saya tercabar… there are so many different kinds of people out there. Some you gel with so quick, and others well, you kind of just hope you don’t have to work with them ever again.

“Apapun saya percaya, mesti  menghormati pelanggan dan menjaga mulut saya pada setiap masa. Dan Alhamdulillah setakat ini saya mampu mengtasinya

without hurting anyone’s feelings, and without jeopardizing my reputation as a business owner. So all things considered, I’d say imagining confronting someone is a lot more fun than actually doing it,” tambahnya ketawa.

Tentu ramai ingin tahu bagaimana Yana menguruskan dapurnya. Bagaimana dia merancang, menyusun dan memberi keutamaan dalam kerja. Menurut Yana mereka masih dikenali dengan Ramen Halal yang mereka sediakan di restoran lama. Dan di Ficus menunya telah dipelbagaikan di mana adanya bahagian atau  stesen untuk memangang, penyediaan bahan dan bahagian mi dan pasta. Saya percaya dapur yang teratur mengikut stesen dan setiap petugas fokus kepada bahagian masing-masing adalah terbaik dan memudahkan kerja buat semua.

Dari sudut suasana, Ficus memilih elemen relaks dan selesa dan dia akui bukan mudah mengawal sekumpulan petugas dapur, lebih lagi kala peak hours. Apapun beliau bersyukur kerana para petugas restorannya semua bagus dan mudah bekerjasama.

“Orang kata degil, tapi saya suka katakan I don’t give up easily. Memiliki restoran sendiri adalah impian  saya. Saya yakin sesuatu berlaku atas sebabnya yang tersendiri,” pintas Illi tentang pengalaman pahit manis dan jatuh bangun dalam industri, “I regroup and rebrand. If this way doesn’t work, try a different way. Don’t stop trying until you get it right. It’s all up to you,” tambah illi menasihati jika ada anak muda yang ingin menceburi bidang yang sama.

Mengenai trend, branding, strategi pemasaran dan kini industri turut  dicabar dengan teknologi penyediaan makanan, bagaimana dia menangani semua itu?

Sosial media katanya memainkan peranan penting dan rasa bertuah menyertai industri di mana setiap orang gemar pos pelbagai info. Begitu teruja dalam perkembangan dunia kulinari, Illi gemar menjelajah internet dan keluar mencari sesuatu yang baru.

“I’m into food innovation. Bila saya jumpa sesuatu, saya akan begakan mencari something else. Itu yang saya suka tentang kerjaya saya dan sentiasa teruja. Food is like love. You can never get enough of it,” ceritanya rancak, My advise is to just do it! If you have the means, the drive and the dexterity to maybe succeed more than fail? Then do it!”.

Lari daripada topik makanan, Illi juga turut mengikuti perkembangn dunia sosial dan fesyen walaupun tidak mengaggap dirinya seorang yang fashionable. Begitupun dia megakui tidak punya banyak masa untuk itu. Sementelah Ficus masih baru, dia lebih banyak berada di restoran. Lagipun ramai kenalan keluarga dan kawan-kawanya kerap datang menjamu selera di situ. Jadi tidaklah dia berasa terpencil.  

”Fesyen? Mereka yang mengenali saya pasti tahu yang saya akan memilih keselesaaan daripada gaya. Saya gemar top atau kemeja ringkas yang gedoboh yang biasa saya padankan dengan utility pants. Either that or a nice pair of comfy joggers and a cosy hoodie… when it’s raining outside like right now,” kata Illi yang lebih menumpukan pada kasut dan beg tangan yang juga mestinya selesa, “Bukannya saya sukakan jenama sangat tapi mungkin satu pengaruh yang kuat daripada ibu saya. Like she may say, at least you look like you have something on, Ha! Ha!”  katanya ketawa.

Bagi perancangan masa depan, banyak yang masih dalam perancangan. Buat ketika ini dia sedang mempertimbangkan sebidang tanah kebun milik ayahnya untuk diusahakan sebagai temat makan dalam kebun. Siapa tahu katanya mungkin satu hari nanti dia akan ada sebuah ladang yang memberi khidmat penghantaran ke rumah.

Mungkin juga menerbitkan sebuah buku yang berkongsi resipi signatur kami di Ficus. Who knows? We’re only limited by our imagination. Yang penting seseorang itu mesti suka dan bangga dengan apa yang dia buat. Siapa tahu restoran ini seperti juga namanya, Ficus, akan tumbuh subur dengan dahan dan daunan menjadi pohon renek yang rendang.

“Industri ini sentiasa beruah, technology is constantly updating, it is a very exciting time to dive right into the industry. Especially when you know you have so much to offer. Adaptability and preserverence are two things you need to always have with you to ride through the first few years. Teruslah kejar impian! Keep proving people wrong! Keep doing you!”

Sekadar ingin tahu, sebelum berpisah satu soalan istimewa diajukan kepadanya sempena Februari, bulan cinta. Apa pun Illi hanya ketawa penuh makna dan mahu menyerahkan ketentuan itu pada takdir yang Maha Esa. As it is for now she is madly in love with her kitchen.

Untuk info lanjut: @heyitsillyz (peribadi), @papan.ttdi (acara/majlis) dan @ficusbistro (restoran).

Gambar
Iqqivr. Photogministry

Solekan dan Dandanan
Sarah Hazem 
Sri Kencana Beauty

Teks 
Mahani Awang

Konsep/Pengarah Seni 
Wirda Adnan

Related posts

Sasqia Dahuri On Her Acting Career and The 99 Red Roses With A Diamond Ring!

admin

HALIMA ADEN

adminwm

Ziana Zain Start Fresh, Think Big

admin

Leave a Comment