EYE ME

Fesyen Ia Tiada Kaitan Dengan Jenama

“I have always believed that fashion was not only to make women more beautiful, but also to reassure them confidence.” Yves Saint Laurent

Saat saya menulis ini, jangan tidak percaya saya barupulang dari tempat yang dinamakan kedai bundle. Ia terbesar di Kota Baru Kelantan (maaf tak ingat nama kedainya). MasyaAllah sebesar-besarnya tempat, lebih sesuai disebut gudang, dengan timbunan dan timbunan pakaian dan deretan-deretan lagi rel-rel celana, top, baju T, dan pelbagai lagi “Masuklah, tengoklah…” berkali-kali jurujual memujuk, tapi dalam keadaannya yang sebegitu, jujur saya katakan, saya tidak tahu saya hendak tengok apa dan cari apa? Saya berdiri di luar sementara kelihatan kawan-kawan sudah mengirai timbunan pakaian. 

“Wirda, tengoklah… sambil teman menarik satu demi satu pakaian yang bertimbun, tetapi saya terus menggelengkan kepala “Its all right, you all go ahead, I tengok sahaja sudah pening.” Tetapi tetiba sehelai seluar menangkap pandangan saya… lantas saya masuk dan mendekatinya, “May I, oh cantik.” Mencari label, “Oh dari Jepun.” Saya pula yang menyelongkar mencari lagi. Rupanya di kedai bundle mana ada bilik persalinan. Mengukurnya, saya tahu ia muat. Dan yang mengejutkan saya, harga yang tidak masuk akal berbanding mutunya. Lucunya tiada seorang pun pulang membeli apa-apa sebaliknya saya yang awalnya cuma berdiri di luar pintu kemudian masuk, akhir membawa pulang dua helai pants, hah hebatkan! 

Nak tahu berapa saya bayar? Dua helai cuma RM10 sahaja. Pant yang paling murah saya beli sepanjang hayat, tetapi saya happy sangat. Mana tidaknya, sebaik sampai ke hotel saya terus mencuba, masyaAllah, yang penting it fit me perfectly. Ia membuat saya nampak kurus, dan yang lebih membuat saya gembira sangat kerana harganya. Saya percaya saya boleh memakainya penuh yakin, (tunggu balik ke rumah nanti, saya akan hantar ke dry clean (sebab statusnya dry clean only) dan akan melaram dengannya. (musim covid ni, jangan berani-berani memakai pakaian yang tidak berbasuh dan yang telah terdedah sebegitu rupa, (tadi excited sangat saya terlupa) tetapi tolong cuci dulu okay, dan sebenarnya keluar membeli belah pun tidak digalakkan sangat).

Teringat pula dua hari sebelum ke Kota Bharu saya diajak seorang teman menemaninya ke KLCC. Dari satu kedai ke satu kedai kami masuk, dan teman sendiri sudah menjinjing beberapa bag. Teman kecil hati juga sebab saya tidak bersetuju satu pun baju yang dicadangkan untuk saya, “Wirda, cantik, cubalah… saya bayar.” “Tak apa, saya menggelengkan kepala.” Pada saya alangkah sayangnya duit (walaupun bukan duit saya yang akan membayarnya) hanya sebab ia percuma, saya terima, dan sebab ia berjenama, saya pun grab. Tidak, itu bukan saya.  Pada saya RM645 untuk sehelai top adalah amat mahal, dengan kualiti fabrik yang tidak seberapa dan design nya pun, nothing to shout about. Dan saya tidak faham mengapa dijual sebegitu mahal, tiada lah besar sangat jenamanya.

Dan dari KLCC menuju ke Pavilion (sebab teman masih tidak berpuas hati, belum dapat menghadiahkan saya apa-apa), akhirnya saya bertemu dengan satu top di Zara. Okay untuk harganya RM179 dan saya rasa berbaloi, jauh lebih cantik berbanding dengan satu jenama Inggeris dengan designnya yang hampir serupa dan fabrik yang sama. Kalau harga sebegitu mahal saya boleh beli bermacam-macam lagi. Jangan sekali-kali membeli kalau siang-siang rasa tidak suka kerana ia sekadar akan menyemakkan almari. Satu hal yang saya rasa janggal dan tidak faham kerana adanya manusia hanya kerana ada orang hendak belanja, maka dipilih yang termahal. Saya teringat cerita teman (lelaki) dalam usahanya untuk memikat seorang wanita, dia membawa ‘kekasih barunya’ ke sebuah pusat membeli-belah. Terlepas cakap dia kata hendak belanja dan disuruh memilih. “Aku terkejut bukan sahaja memilih yang termahal, tetapi meletakkan tiga helai di kaunter. Mahu tidak mahu terpaksalah membayar. Aku menggigil, orang sebegini tidak boleh dijadikan bini,” dia bercerita, “Membankrapkan aku. Orang macam ini kita elak daripada mengajaknya shopping dan sekali terkena, aku ingat sampai mati.”

Terkenang pula cerita teman, seorang selebriti. “Setiap kali aku travel, aku belikan dua anak aku beg berjenama, setahun atau dua kali setahun mereka dapat hadiah. Bila anak lelaki kahwin, aku belikan juga menantu aku…dan satu hari anak aku macam menyalahkan aku, “Sebab baba, ajar Ila kenal LV, Gucci, Fendi, dia ketagihan,” kata si anak. “Tak cukup dengan apa yang aku belikan, si bini desak lakinya membelikan pula. Bukan seribu dua tetapi belas ribu. Masa anak aku tengah mewah, dia belikan tetapi sampai bila? Bini naik hantu kalau tidak dibelikan dan asyik bergaduh. Dia lupa dulu pun aku ini yang belikan bukan lakinya. “Gaji laki kamu lima ribu, kamu guna otaklah?”” Pernah si bapa mentua menyergah menantunya. Tak cukupkah yang baba belikan dulu?” Begitulah kisah anak si selebriti dan cerita mereka ditamatkan dengan perceraiannya.   

“Fashion is not necessarily about labels. It’s not about brands. It’s about something else that comes from within you.” Ralph Lauren.

Ramai menganggap fesyen yang cantik, yang berjenama, yang dibeli ratusan mahu pun ribuan ringgit adalah yang terbaik. Tidak semestinya. Kadang-kadang terkoyak tercarik, kadang-kadang berlobang-lobang juga dan warna juga luntur, tetapi ada orang kita ini kalau ia berjenama tidak kira lah sama ada ia sesuai dengan bentuk badan tetap bangga memakainya kerana ia berjenama. Kalau boleh hendak ditampalkan logo yang di belakang kolar ke depan supaya semua tahu dia pakai baju berjenama misalnya.

Saya teringat cerita teman yang menjaga wardrobe di sebuah stesen tv. Katanya pernah ada seorang selebriti itu menolak semua pakaian tempatan yang ditaja kerana rasa tidak ada kelas memakainya, sebaliknya hanya mahu yang berjenama. “Dulu-dulu pernah jenama Dior dan Gucci menaja, dan si hos tetap mahu memakainya walaupun lengan bajunya terlebih panjang, atau bajunya besar dan menggelebeh, dan selalunya sendat. Sesekali dia bawa bajunya sendiri. “Ya kadang-kadang kami yang malu membenarkan dia ‘on air’ dengan gaya sebegitu,” ceritanya. “Susah bila ada yang hidung tinggi dan perasaan hanya dia yang ada kelas! Waktu sama dalam masa tertentu kami penjaga wardrobe masih diperlukan.” ‘It is not about brand, it’s about style.’ Namun yang tidak mahu mendengar, dia kisah dirinya sahaja.

Dan saya melihat satu gambar yang digaya oleh seorang artis, bak kata Yves Saint Larent, “It pains me physically to see a woman victimised, rendered pathetic by fashion.” Ya Allah, saya faham, ‘Fashion is your expression of what you’re feeling dan kononnya ‘No 1 Rule’ dalam berpakaian — “Always wear what you want to wear.” Tetapi masa pakai itu gunalah cermin besar, kalau kamu keluar rumah macam badut sedangkan kamu itu selebriti tak malu ke? Kamu kata warganet tidak ada kerja asyik hendak ngomen, tetapi kamu yang menggalakkan diberi komen yang menyakitkan hati kamu juga.

Pakaian kata Micheal Kors adalah seperti sebuah hidangan yang lazat, sebuah filem yang hebat dan satu gubahan muzik yang baik. Maka itu bila ia disarung, perhatikan daripada pelbagai segi. Jenama tidak menentu kamu ada gaya, kaya ya kot. Pakaian yang ‘sempurna’ di badan menghidupkan peribadi dan lebih yakin diri. Dan siapa kata kamu perlu beralmari pakaian untuk nampak bergaya?

Saya pernah menasihatkan anak buah, setiap hari dia ke pejabat, saya yang risau. Entah mengapa mata ini rasa semacam melihat gayanya. Sering bertanya di hati, dia ini dapat baju-bajunya dari mana? Pilihan pakaiannya tidak pernah betul di mata saya. Kombinasi warna dan design memang out. Jujur saya katanya, selalu saya rasa malu untuk menghantarnya membuat liputan/assignment. Yalah majalah konon glamour sangat, pengisiannya lebih separuh muka surat mengenai fesyen. Majalah pula dari muka surat ke muka surat seterusnya mengisi iklan-iklan fesyen antarabangsa. Dan anak buah pula, bukan saya hendak merendahkan sesiapa, tetapi tolonglah datanglah ke pejabat bergaya sedikit, dan dengan proper attire. Malah saya sering mengingatkan mereka jangan dress down, sebab dalam tugasan membabitkan fesyen dan kecantikan, mungkin ada jemputan last minute, dan bayangkan kalau sengket sangat. Tiada duit? Hem saya nampak baju bertukar selalu cuma tak kena, dan sering dengan gajet-gajet terbaru. 

Pendekkan cerita saya minta dia check out dengan teman sebelahnya yang pandai baju. Tidak berjenama tetapi cantik. Meminjam kata-kata Vivienne Westwood, “Buy less, choose well and make it last, quality not quantity.” Tetapi bila teman sebelahnya memberitahu saya seminggu kemudian dia pergi ke pasaraya Giant untuk menukar wardrobe nya dan membeli berpasang-pasang.      Lidah saya kelu. 

Dan dalam sesi grooming saya adakan khasnya dengan anak buah saya beritahu, “Cukup kamu semua ada dua celana hitam dan putih, dua jaket, dan dua top (plain colour), dan paling sesuai waktu itu ialah Zara dan ulang pakailah yang sama, cuma pandai-pandailah mengubah suai. Kerana pasti kamu semua tak nampak so kampung. Dan ada masanya kamu perlu melabur sedikit untuk nampak cantik dan bergaya. Kalau kamu pakai baju yang mak kamu buat, dan dia pun bukan designer, cuma pandai jahit dan tidak pun terdedah dengan dunia fesyen, kamu pun boleh bayangkan hasil produknya, itulah hasilnya.

Sering juga saya ingatkan anak buah, dan meminjam kata-kata Coco Chanel, “Dress like you are going to meet your own enemy today.” Jadi bila bertembung dan kamu boleh angkat kepala dengan megah dan penuh yakin. Dan bergayalah seperti kamu itu seorang yang terkenal. Yakin dengan keterampilan, dan segalanya akan nampak cantik.

Related posts

Wahai Anak

Wirda Adnan

Cinta ‘Khas Untuk Anak Menantu’

Wirda Adnan

Sayang, Sendu Yang Belum Hilang 

Wirda Adnan

Leave a Comment