FESYEN

Fashion Thread: Fashion Bounce Back With Shoulder Pads

Ingat lagi the looks of shoulder pads atau pelapik bahu tahun-tahun 80-an? Well, you can laugh or you can cry, as predicted by many, it made a ‘come back’ in 2020 and is here to stay! Dalam Fashion Thread keluaran terdahulu WM ada menyentuh tentang silhouette fashion yang menggemparkan ini bakal menemui fashonista pada 2020. Nampaknya ia memang bukan lagi satu ramalan.

Tentu anda masih ingat betapa ‘power suits’ memartabatkan career women di era 80-an hingga  menjadi ‘kemestian’ bagi setiap wanita berkerjaya untuk memiliki satu ‘power suit’ berpelapik bahu ketara lagi menggerunkan. 

Dari situ trend terus melarat menjadi trending di Malaysia apabila baju kurung moden mahupun tradisional merentas transisi evolusi yang dipopularkan oleh Shas’s Collection, Lady Jane, Adek Butik, Pia Lisach, Alvin Tang, N’s Collection sekadar menyebut beberapa orang yang bertanggungjawab mengeengahkan gaya tersebut.

Ia kemudian menjadi semakin ketara apabila dimartabatkan menjadi haute couture ala Malaysia oleh jaguh couturier negara seperti Dato’ Bernard Chandran, Michael Ong, Albert King dan beberapa orang lagi termasuk Dato’ Tom Abang Saufi yang ketika itu menggunakan label Layang-Layang.

PKP Merencatkan Perkembangan Fesyen

Begitupun dengan PKP dan situasi semasa banyak majlis atau acara gah dan glamor tidak dapat berlangsung kerana dibatalkan dan terbatas tetamunya. membuat ramai orang glamor tidak dapat hadir. Oleh kerana itu ramalan menjadi kurang ketara impaknya. 

Namun, pada beberapa majlis dan anugerah glamor yang walaupun mematuhi SOP ketat dan tidak segah tahun-tahun sebelumnya terlihat juga elemen-elemen dan trending yang diramal menjadi kenyataan. Ramai setuju, seolah-olah cetusan rasa dan luahan kreativiti para pereka ternyata tidak dapat dikawal. Lihat saja pada beberapa anugerah yang berlangsung di dalam negara baru-baru ini, pelapik bahu terzahir dengan agak ketara.

Ini memang sesuatu yang telah dijangka memandangkan elemen futuristiknya dan trending psikologi yang mempaperkan rindu dan tagihnya masyarakat dunia terhadap rasa ingin berkuasa semula, berani and looking sharp

Dalam dunia yang serba lembab, tidak bermaya dan penuh keraguan, kemelesetan ekonomi, jiwa yang tertekan menagihkan kebebasan, baik di segi jasmani mahupun rohani dipamerkan oleh para pereka bukan saja secara kreatif namun penuh sensitiviti yang membawa mesej yang satu iaitu – bebas!

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”13617″][thb_gap height=”20″]
Cate Blanchette dengan power suit biru kundang menjerit pada Armani Pre-Oscar Party sementara Kaia Gerber, peragawati antarabangsa berusia 18 tahun ini memilih power blazer berpelapik bahu ketara Alexander McQueen’s yang direka oleh Sarah Burton untuk musim bunga/panas 2020, namun mengekalkan sihauette feminiti dan seksi yang penuh kewanitaan.
[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”13618″][thb_gap height=”20″]
Kiri adalah trending asli 80 dengan rambut dijel. Kanan adalah dua silhouette terkini shoulder pad yang dipopularkan Lady Gaga beberapa tahun lalu.
[thb_gap height=”40″]

Antara yang diperkatakan, pada 2021, ‘opposites attract’. Streamlined monochromatic neutrals merasuk ilham pereka, begitu juga head-to-toe prints akan membuat satu major statement. Soft, frilly pieces with tons of ruffles juga akan menjadi trend, begitu juga silhouettes yang tajam, atau defined silhouettes and the return of the shoulder pad.

Menariknya, trending shoulder pads ini sentiasa membuat ‘come back’ menemui para pencinta fesyen daripada dulu hingga sekarang.  Sepertimana trend menular pada tahun-tahun 80 di Malaysia, sentuhan pelapik bahu geos beyond imagination

Para pereka terus teruja bermain dan imaginasi masing-masing sambil mengaplikasikannya kepada pakaian-pakaian malam, tidak kiralah sama ada diaplikasi kan pada ‘sut-sut kuasa’ mahupun gaun malam yang feminin dan glamor.

Keseronokan  bermain dengan perasaan yang meluap-luap untuk lari daripada rasa lemas dan tidak bermaya melawan keadaan dan cabaran hari ini nampaknya terus terpancar juga pada pakaian pengantin yang diberi suntikan shoulder pad pada bahu dalam rekaan ramai pereka.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”13619″][thb_gap height=”20″]
Jihan Muse dalam dua gaya yang memberi fokus pada bahu dan shoulder pads.
[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”13620″][thb_gap height=”20″]
Pakaian kerja, formal, gala mahupun perkahwinan mencabar pereka untuk hasilkan kelainan. Perhatikan puffed shoulder pada pada pakaian pengantin Noryn Aziz.
[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”13621″][thb_gap height=”20″]
Ara Johari antara artis tanah air yang gemar menggayakan sut jaket dan blazer pelbagai ragam. Gayanya boleh dikatakan eccentric namun menarik, lagi tersendiri dan sesuai keperibadiannya juga sebagai seorang penyanyi.
[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”13622″][thb_gap height=”20″]
Kourtney dan Kim Kardashians dalam gaya yang tersendiri ala catwoman. Don’t you think its all about power? Dan Lady Gaga dalam sut gedoboh berpelapik bahu ‘beyond shoulder’.
[thb_gap height=”40″]
What Is The Best Style?

Persoalannya, apakah silhouette shoulder pads yang paling sesuai untuk digayakan pada 2021? If you ask me, its free and easy. Tepuk dada tanya selera and pick what you like. It’s all about your own preference! Lagi bagus jika masih ada tersimpan jaket atau sut lama. Gayakan!

Para pereka seperti Christian Siriano, Fendi, Badgley Mischka dan Cinq á Sept misalnya, they really do it all! Mereka menghasilkan lebih banyak tailored apparel untuk 2021 dengan mempertontonkan sejumlah besar gaya ala sut yang dipertingkatkan dalam segala segi dan sudut.

Jika anda bosan dengan gaya blazer and slacks polos, fikirkan corak–corak ketara dalam fabrik segar dengan silhouette baru sekadar menyuntik an old staple to a new life yang selari dengan the new normal hari ini.

Dengan beberapa gaya yang dipamerkan dan idea ini, anda mungkin sedang teruja dan mendapat ilham tentang gaya yang anda idamkan. Selamat mencuba dan selamat mengeksplorasi almari anda!

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”13623″][thb_gap height=”20″]
Victoria Beckham atau Posh Spice bekas anggota kumpulan nyanyian Spice Girls kerap menggayakan sut pelbagai warna dan silhauette dengan pelapik bahu yang ketara. Sebagai seorang fashionista dan ahli perniagaan berjaya, sut jaket atau blazer sentiasa membuat pernyataan feminin namun sharp dan nampak tegas.
[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”13624″][thb_gap height=”20″]
Edgy casual, anggun dan sharp… pick your 2021 look.
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Yans Creation Menyerlah Pure London

admin

Penampilan Kasual Selebriti di Festival Filem Cannes 2019

admin

A|X Armani Exchange

adminwm

Leave a Comment