FESYEN

Fashion Is Dead!

Benarkah Industri Fesyen Sudah Terkubur?

There’s no shame in admitting you are in trouble, “It kills me, but it kills everybody. Every designer is calling me. I want to tell people this happens to everybody. – Diane von Furstenberg

“I think in general, we’ve created a system that is unrealistic and a strain for even the largest brand. Once the pandemic engulfed the world, it began to expose the cracks in popular luxury brands. –- Anna Wintour

“Inilah kesan dan bahana yang dibawakan ‘fesyen pantas’ atau Fast Fashionmass-production of cheap, disposable clothing, countless new collections per year that make us feel constantly out of date and encourage us to keep buying more, produce more and waste more! … and the pandemic completes the destructive mission. Walla! Here we are. Fashion is dead!–  Mahani Awang (WM)

Is the fashion industry dead? Soalan amat mengerikan bagi orang fesyen dan mereka yang mengagungkan keindahannya. Like it or not, ready or not, genre seni yang cukup menarik dan sentiasa mencetuskan kontroversi ini dikatakan telah berkubur bersama glamor, estetik dan keajaibannya! Pakar dunia perniagaan pernah menobatkan industri fesyen sebagai industri terpantas bersandar kepada kepantasan idea dan trend baru yang tercetus hampir setiap saat di merata dunia. Apa sudah jadi kepada industri terpantas dunia yang dikatakan mendahului kepantasan teknologi IT ini? Peragaan pentas fesyen juga diramalkan tidak akan serancak dan seglamor zaman kemuncaknya beberapa dekad lalu.

Lebih menyedihkan segala ramalan dan program tradisi sistem bermusim atau ‘seasonal system’ yang digunakan untuk menjual fesyen dan juga ‘Fashion fundamentals’ atau ramalan pakar industri yang menjadi asas arah tuju fesyen berdekad-dekad sebelum ini juga tidak lagi mampu menjadi ‘kompas’ arah tuju industri. Malah supermodel juga disarankan agar mencari pekerjaan yang berpijak di bumi nyata. Begitupun ramai yang menyalahkan pandemik Covid-19 sebagai penyebab, sesetengah penganalisis berpendapat industri ini bagaikan retak yang menanti belah; beberapa tahun sebelum wabak industri yang sememangnya berada di hujung tanduk dan trend merudum sudah pun terlihat oleh pakar sejak lewat 2017 lagi. Apa jua, yang pasti wabak tersebut telah menokok tambah secara total kepada Industri yang sememangnya mula tenat.

Saat ini dunia fesyen amat terkesan dan tiada kepastian dalam arah tuju industri. Ketidaktentuan inilah yang merisaukan bukan sahaja orang fesyen malah menjejaskan keseluruhan ekosistem dunia perniagaan. Industri fesyen dunia kini bagaikan sebuah bahtera yang tidak bernakhoda.

Bersandar pada sustainability and digitalisation yang menjadi faktor penyumbang kepada kekalutan industri, ramai percaya bahawa kunci utama sebenarnya ialah citarasa dan keperluan pasaran sudah jauh berubah dan menyasar – consumer needs has changed and fundamentals do not work anymore! Dalam kata mudah ramalan trend tidak lagi berfungsi.

Pada 2020 orang penting industri di Barat juga di Timur membuat pengakuan mengejutkan tentang status industri dan adalah pembuka mata kepada kekalutan dialami industri; ‘Anxiety’ and ‘worry’ are two words we could define the feelings with which the fashion world, and its top executives, face in the year 2020.

Situasi pada 2019 memperlihatkan adanya sedikit perasaan optimis dalam hampir semua sektor pengeluaran fesyen, baik daripada rekaan, bahan mentah, permintaan mahupun pemasaran. Ini berlaku secara ketara sekali khususnya di eropah dan Amerika Syarikat.Yang pastiIndustry leaders are declaring the death of fashion as we already know it. 

Dengan persembahan peragaan fesyen mega ditunda, lebih teruk dibatalkan dan hanya melalui on-line, tempahan lewat, ribuan saluran pemasaran serata dunia tutup kedai dan lenyap entah ke mana, maka diramalkan keadaan industri tidak akan kembali seperti sediakala, malah ekosistem industri tidak lagi wujud dalam era norma baharu apabila pandemik tamat.

Pada Ogos 2020 Madeline Stone melaporkan dalam Insider bahawa Ralph Lauren dan Capri — pemilik Versace, Michael Kors, dan Jimmy Choo, kedua-duanya sejak awal mencatatkan penurunan jualan yang begitu besar pada suku tahun kedua. Ralph Lauren melaporkan 57% , sementara Capri jatuh 66.5% tahun ke tahun.

Penutupan Stor Label Mewah Di Serata Dunia

Kecuali anda hilang akal kesan terkurung lebih setahun atau still in denial, penutupan ribuan stor label mewah di serata dunia khususnya bandar besar seperti New York, Paris, Milan, London, Tokyo dan di serata Asia dan di Malaysia sepatutnya cukup untuk menjadi indikator betapa buruk dan azabnya keadaan industri. Persoalannya what’s next?

“What I do, the clothes that I make, and the way we present a show,” kata Marc Jacobs pada acara Vogue’s Global Conversations April 2020. “It feels like that probably will never exist as we knew it,” lebih setahun berlalu namun beliau pastinya bertanyakan soalan yang sama hari ini dan pasti juga masih meragui apakah industri akan pulih dan kembali seperti sediakala?

Sementara itu Irina Aleksander menulis untuk New York Times pada April 2020, merakamkan perkara yang sama lebih setahun lalu. Ramai menyandarkan kebangkitan media sosial antara penyebab kekalutan dan merudumnya industri. Beliau turut menghuraikan  bagaimana media sosial telah merosakkan ekosistem alam fesyen. The need for novelty, and a sped-up fashion cycle created a perfect storm for the industry’s demise, even before the pandemic hit.

Sementara Ketua Pengarang Vogue dan Pengarah Kreatif Conde Nast, Anna Wintour pula berpendapat merudumnya industri adalah seperti retak menanti belah dan kewujudan Corona Virus hanya penyebab yang telah menokoktambah kepada kekalutan yang sedia ada.

“I think in general, we’ve created a system that is unrealistic and a strain for even the largest of brands,” katanya kepada Irina dalam wawancara tersebut, “Once the pandemic engulfed the world, it began to expose the cracks in popular luxury brands.”

Menguatkan lagi kenyataan bahawa industri sememangnya terkubur atau sedang nazak ketika itu, Diane von Furstenberg pula telah memberhentikan 300 pekerjanya dan menutup semua butik serta cawangan di serata Amerika Syarikat dan hanya mengekalkan satu sahaja sambil beliau menjalani pengstrukturan semula empayarnya.

There’s no shame in admitting you are in trouble,” kata von Furstenberg tanpa rasa segan silu kepada penulis Times itu pada July 2020, “It kills me, but it kills everybody. Every designer is calling me. I want to tell people this happens to everybody.” 

Sementara itu Barneys, yang sebelumnya merupakan sebuah destinasi jenama mewah, mengambil tindakan mencairkan asetnya sejak awal lagi dan Neiman Marcus pula memilih memfailkan bankrupsi dengan menutup empat pusat beli-belahnya dan 17 cawangan off-pricenya dan Nordstrom pula menutup semua butik mewahnya.

Di Malaysia apabila Zara, MNG, H & M dan beberapa jenama termasuk Robinson Co. (Malaya) Sdn Bhd menutup stornya di The Gardens Mall dan Shoppes at Four Seasons Place Malaysia, dan dua stornya di Singapura yang terletak di The Heeren and Raffles City Shopping Centre. Ternyata tekanan keadaan tenat industri benar-benar dirasakan bukan sahaja oleh pemain industri malah masyarakat awam mula membuka mata dan berasa bimbang.

Dalam kenyataan yang dibuat oleh Robinson, “inability to continue operations due to weak demand at department stores.” Keputusan tersebut dibuat atas desakan kurang permintaan kesan Covid-19 dan sementara itu Zara, jenama fesyen ready-to-wear (RTD) yang begitu gah empayarnya juga sudah lebih awal menutup 1,200 cawangan mereka di seluruh dunia.

Persekitaran dan Ekonomi Wujudkan Kekalisan Trend

Penutupan ribuan gedung beli-belah serata dunia tentu saja memburukkan lagi keadaan apabila produk fesyen yang telah sedia ada tidak dapat dijual. Bagi yang pantas, mereka segera mempromosi hasil kerja mereka melalui rangkaian internet seperti IG, FB, Twitter dan Whatsapp.

Namun longgokkan yang dianggap ‘sampah sarap’ bagi sesetengah kerana orang tidak lagi perlu bersiap dan berhias ke tempat kerja atau hanya bekerja dari rumah dengan baju tidur atau berkemaja T. Dan hampir tiada majlis langsung mahu pun aktiviti sosial yang perlu mereka hadiri, maka mereka tidak memerlukan produk fesyen yang dulu mereka nanti-nantikan kemunculannya di pasaran. Dalam kata mudah, trend fesyen sudah hilang taringnya. Paling sedih ia sudah tidak lagi relevan dalam dunia yang serba kacau dan kalut ini.

Dengan keadaan ekonomi yang meleset ditokok tambah pula pandemik; seluruh dunia berada dalam situasi ‘kaku’dan terkesan dengan perintah PKP. Suasana tersebut menyebabkan masyarakat dunia berasa takut, berhati-hati dan tidak berbelanja seperti sebelumnya kerana mereka tahu keadaan tidak akan pulih dalam masa singkat dan ini membuat citarasa dan keinginan untuk bergaya semakin merosot.

Keadaan ini amat ketara di serata dunia dan Malaysia juga amat terkesan. Tanya diri anda bila kali terakhir anda memakai gincu bibir? Bila kali terakhir anda membeli sehelai coli atau beg jenama mewah? Apa lebih penting sekarang, membeli baju yang anda lihat di dalam iklan Shopee atau menabung wang tersebut untuk esok? Masalahnya, keadaan dunia hari ini bagaikan membuat anda berasa hopeless, ia tidak mampu menjamin esok anda.

Kita boleh saja menyandarkan segalanya kepada pandemik, teknologi, fast fashion dan apa saja yang kita fikirkan menjadi penyebabnya namun pada tahap ini kita harus ketepikan semua tanggapan dan apa jua data yang kita ada. Its time to look back dan insaf.

Ketenatan industri dan kekalutan persekitaran seharusnya mengajar kita supaya menangani keadaan dan membuat persediaan bukan sahaja kala kita dikekang pandemik tetapi sepatutnya berfikir melangkaui post-pandemic. Pada kala itu nanti bagaimana keadaan manusia, pasaran dan di mana anda berada. Apa yang diramal pakar, apa yang kita akan pakai tidak banyak sedikit pasti mempamerkan ‘sejarah’ dan perjalanan pahit maung yang kita lalui sepanjang pandemik.

Jawapan yang kita perolehi adalah solusi kepada masalah dan kekalutan yang kita alami sekarang. Dan, jika industri serta orang berpengaruh dalam industri bijak melihat dan merangka langkah-langkah yang patut diambil, tidak mustahil industri boleh bangkit semula dengan semangat dan norma baharu – it’s about who we have become, and what these complicated experiences have meant to us. Walaupun COVID-19 menjadi mangsa kemelut industri, namun sesetengah tegas dengan pendapat bahawa banyak faktor yang menyumbang kepada kejatuhan industri fesyen. Pendeknya, semua orang telah sebanyak sedikit memainkan peranan mereka dan menyumbang kepada kemusnahan industri fesyen.

Related posts

The Fashion Runway Never Sleeps!

admin

agnes b, Not Too Much, Nor Too Little

admin

BEAUTÉS DU MONDE: CHAPTER TWO

adminwm

Leave a Comment