GAYA HIDUPhiasan

Fasa Kedua InterContinental Khao Yai Resort Menampilkan Kereta Api Guna Semula

Menandai fasa akhir perjalanan pembukaannya, InterContinental Khao Yai Resort menampilkan 19 Suite dan Villa, direka unik di dalam kereta api warisan yang diguna semula. Sebuah spa, bistro Perancis dan bar koktel – juga terletak dalam kereta api yang diubah semula yang diperoleh dari seluruh negara- turut diperkenalkan.

Suite kereta api ini menceritakan kisah Khao Yai pada era Raja Rama 4, apabila wilayah itu menjadi saluran pintu masuk perjalanan kereta api ke Timur Laut Thailand dan destinasi sekitarnya- Sri Lanka, India, Hanoi, Kuala Lumpur, Singapura, Yangon, Luang Prabang, Saigon, Phnom Penh, Chiang Rai, Khon Kaen, Songkhla, Sukothai dan Chanthaburi; pelayaran ini menjadi inspirasi reka bentuk bagi setiap bentuk gerabak kereta api.

Setiap gerabak direka secara unik dan dinamakan sempena destinasi yang berbeza, membawa tetamu menikmati perjalanan kereta api lama yang penuh glamor. Terletak di sekitar tasik, suite berkeluasan 47-meter persegi telah dinaik taraf untuk pengalaman penginapan di dalam kereta api yang dilengkapi dengan katil yang selesa, bilik mandi, dan bilik almari pakaian. Panel yang telah direka khas dan dipadankan dengan sentuhan pereka mahir yang mereka semua tingkap gerabak asal, dilengkapi dengan kertas dinding yang indah dan lampur latar persekitaran yang membangkitkan rasa pemandangan desa yang mendamaikan. Bagi mencipta suasana lokaliti Thai yang unik, fabrik yang dipesan khas daripada syarikat sutera Thai terkenal Jim Thomson telah dipadankan dalam sentuhan dekorasi di dalam setiap gerabak ini. Kesemua bilik dilengkapi dengan

ruang luar, samada balkoni teres atau kolam terjun peribadi, yang boleh didapati pada Heritage Railcar One-Bedroom Pool Villas (keluasan 116-meter persegi) dan Heritage Railcar Two-Bedroom Pool Villa (keluasan 223 meter persegi), memberi peluang kepada para tetamu untuk lebih dekat dengan alam semula jadi.

Dengan semangat untuk menggabungkan penceritaan dengan pemulihan dan pembinaan melalui cara yang memelihara alam semula jadi, Bill Bensley telah mengumpulkan semula kereta api dari seluruh Thailand; sebahagian daripadanya telah ditinggalkan dan tidak digunakan selama lebih 50 tahun, Malah hampir keseluruhan gerabak tersebut diselaputi pokok Ficus yang telah berakar di atas bumbungnya. Beberapa sistem akar telah dipelihara bagi meningkatkan lagi perasaan berhubung dengan alam.

Gambar: Heritage Railcar One Bedroom Suite

Related posts

POKOK AJAIB MORINGA PENYELAMAT ORANG MISKIN

adminwm

SJMC MERAPATKAN HOSPITAL KEPADA ANDA

adminwm

Disney+ To Launch in South Korea, Hong Kong AND Taiwan In November

admin

Leave a Comment