FESYEN

Fantasi Fesyen Couture Iris Van Herpen

Menulis mengenai couturier Iris Van Herpen, tidak ada perkataan lain yang membenak di dalam fikiran selain kagum pada setiap koleksi couture yang diciptanya. 

Pereka berumur 35 tahun yang dilahirkan di Wamel Belanda ini mendapat kelulusan dari ArtEZ Institute of Art.

Berbeza dengan pereka yang lain, Iris tidak memerlukan labuci penuh untuk setiap koleksinya agar tampak mewah mahupun glamour, cukuplah dia tahu bagaimana bermain dengan fabrik agar setiap yang dihasilnya menjadi karya seni teragung dan menjadi lipatan sejarah dalam karya fesyen.

Dengan bantuan program komputer, kecanggihan teknologi dan sains, dia tahu cara menghasilkan fabrik yang luar daripada imaginasi. Katakan apa sahaja, 3D, laser cut, drapping mahupun stainless steel, tiada yang mustahil bagi Iris Van Herpen untuknya berkarya bagi menghasilkan rekaan yang terbaik.

Tidak cukup dengan itu, dia turut bekerjasama dengan artis dan sebagainya untuk menghidupkan lagi imaginasinya seperti koleksi couture buat musim luruh 2019 ini, yang mana Iris berkolaborasi bersama Anthony Howe pakar seni arca dari Amerika bagi menjadikan fantasi fesyennya menjadi realiti.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”11109″][thb_gap height=”20″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”11108″][thb_gap height=”20″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”11107″][thb_gap height=”20″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”11106″][thb_gap height=”20″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”11105″][thb_gap height=”20″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”11104″][thb_gap height=”20″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”11103″][thb_gap height=”20″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”11102″][thb_gap height=”40″]

Related posts

KEHIDUPAN PENUH WARNA: HOKA Memperkenalkan ST/ART Pack dengan Gabungan Sempurna Gaya dan Prestasi

adminwm

Bersama The Glamorous Zang Toi

admin

Linda Rafar Perkenal 6 Tudung Ekslusif Sempena Merdeka

admin

Leave a Comment