FESYEN

Fakta Menarik Mengenai French Sole

Pada 15 Mei lalu jenama French Sole membuka pintunya di stor terbarunya di Tingkat 1, Robinsons KL @ Four Seasons Place.

Tahniah, dan sebelum anda ke sana, ketahui beberapa fakta menarik mengenai French Sole.

  • French Sole (Malaysia) adalah franchise antarabangsa pertama berakan kongsi dengan French Sole (UK), stor franchise pertama dibuka di Malaysia pada  2011.
  • French Sole jenama yang terkenal dengan ketukangan, reka bentuk dan pilihan tiada tandingannya, material mewah dan kombinasi warna indah, sebagai pemenang anugerah untuk kasut ballet, kasut bertutup di hadapan dan kitten heel (tumit yang rendah biasanya 3.5 sentimenter 91.5 inci sehingga 1.75 inci tingginya).
  • Kasut French Sole dijamin buatan dari kilang-kilang di Eropah; kilang di France telah beroperasi semenjak 1989 lagi dan membuat kasut ballet buatan tangan yang cantik. French Sole juga menggunakan kilang di Spain untuk pengeluaran kasut-kasutnya, dan kini sudah tiga generasi syarikat milik sebuah keluarga hanya membuat kasut-kasut khas untuk French Sole sahaja.
  • Elegan, ada gaya dan bermutu tinggi menjadikan ia pilihan utama mendiang Puteri Diana, dan kini Duchess of Cambridge Kate Middleton, Pippa Middleton, Olivia Palermo, Poppy Delevingne, Emma Watson, Kate Moss, Taylor Swift dan ramai lagi
  • 50% daripada koleksinya dihasilkan buatan khas (koleksi bespoke) untuk French Sole di Malaysia.

Related posts

UNIQLO and MARNI Collection

admin

Hulurkan Kasut Hulurkan Kasih

adminwm

Stiletto Berperincian Kristal

admin

Leave a Comment