CANTIK

Eyes on Covid

Dapatkan Tiga Solekan Mata Menawan

Bila kali terakhir anda bersolek mampan? Bila kali terakhir anda menyapu gincu bibir dan pembayang mata warna terkini koleksi jenama kegemaran anda? Ya, ramai wanita berasa malas setelah sekian lama dibelenggu oleh PKP yang bagaikan tiada penghujungnya dan SOP yang semakin ketat. Tidak mustahil juga jika ada wanita yang kecewa dan menjerit, “Saya dah buang semua alat solek saya! Tiada gunanya lagi…”

Today most people work from home, siapa gunakan alat solek jika tidak perlu ke tempat kerja, tidak ke majlis mahupun sekadar keluar beriadah dengan keluarga dan minum petang bersama teman-teman? Memang tidak logik kan?

Tidak hairanlah mengapa ada orang fesyen dan pengkritik yang melabelkan era 2020 dan 2021 sebagai ‘The Bare Faced Era’. And who cares about your makeup bila dunia sedang kelaparan, direnggut inflasi dan apabila wajah setiasa berpelitup muka kala berada di khalayak?

Anda tentu merasakan bersolek tidak lagi perlu kerana siapa nampak bedak asas mulus yang anda sapu di wajah, siapa perasan gincu bibir koleksi terkini YSL atau Chanel yang anda oleskan sedangkan separuh wajah anda dibaluti pelitup muka dan di kepala masing-masing sedang berserabut dengan masalah?

Tapi anda jangan lupa, kala ini mata andalah yang menjadi satu-satunya tumpuan dan memainkan peranan penting dalam penampilan anda! Ketika anda bersua dengan sesiapa sahaja di musim SOP yang ketat ini, it’s your eyes that’s playing the role! Sama ada anda mahu orang melihat anda ceria, sedih atau menderita, your eyes are spot on!

Jadi tunggu apa lagi? Ceriakan hari anda dan juga orang yang bakal anda temui dengan solekan mata yang menawan. It’s so simple to achieve. Apa yang anda perlukan ialah beberapa warna pembayang mata mengikut gaya solekan yang anda pilih. Sebagai contoh, jika anda memilih jenis ‘Smokey’ anda perlukan pembayang coklat gelap dan hitam pekat and a touch of silver glitter or shimmer.

Peralatan yang anda mesti ada: Beberapa warna pembayang mata mengikut jenis atau trend yang anda ingin hasilkan, Pengalis kening, pengalit alis mata, pelentik bulu mata dan maskara (warna juga mengikut trend dan jenis solekan yang anda pilih). 

Solekan Asli/Natural

Natural atau asli tidak bererti anda tidak memakai alat solek langsung! Anda perlukan bedak asas warna kulit untuk keseluruhan bahagian wajah dan bahagian mata, pembayang mata warna coklat muda, coklat pekat dan pembayang shimmer berwarna cerah seperti keemasan, krim atau perak. Shimmer digunakan untuk enhancement di bahagian sudut dalam mata sementara pembayang coklat pekat disapu sepanjang alis mata atas dan juga tipis dialiskan di kelopak bawah. Hasilnya  memberikan lirik yang lembut dan segar. Sesuai untuk ke mana sahaja terutama kala bekerja, bercuti dan beriadah. 

Asli Dramatik

Solekan ini sesuai untuk siang juga malam dan jika anda mahu hasilkan rupa mata yang dramatik dan memukau. Apa yang anda perlu lakukan ialah alis kening yang lebih ditekankan dan alis kelopak mata atas dan bawah yang tebal serta emphasized. Boleh gunakan bulu mata palsu jenis berbulu dual length. Gunakan pembayang mata coklat muda di keseluruhan kelopak atas mata. Sapukan maskara warna hitam gelap untuk membangkitkan alis yang galak.

Smokey  – Sentiasa Trendy

Sophisticated Drama

Solekan ini untuk mereka yang trendy dan berani! Anda perlukan peralatan alat solek yang sama cuma warna pembayang mengikut suka misalnya ungu, biru firuz atau hijau nilam, glitter or shimmer eyeshadow. Gunakan teknik sapuan mengikut urutan yang sama seperti solekan jenis lain, cuna anda tidak perlukan kening yang hitam pekat atau tebal. Cukup sekadar untuk menyerlahkan bentuk kening anda dengan menggunakan warna yang tidak begitu pekat.

The trick is, sapukan celak pada alis tengah kelopak mata bahagian atas dan ratakan supaya garisan tersebut tidak begitu ketara tetapi cukup untuk memberi depth pada keseluruhan solekan mata anda. Sapukan pembayang shimmer atau glitter di kelopak atas dan alitkan alis kelopak atas dan bawah dengan celak hitam pekat. Maskara adalah satu kemestian dalam solekan  jenis ini menggunakan maskara yang punya boleh membuat bulu mata ada tebal dan lebat.

Selena Gomez, keluarga Kardashian dengan pelitup muka jenama mereka. Masing-masing menggunakan solekan mata natural.
Kendall Jenner memakai pelitup muka jenama kakaknya Kim Kardashian dengan solekan mata yang menawan.

Related posts

11 Produk Kecantikan Bulan Ini

admin

Hella Thicc Volumizing Mascara

adminwm

Kaia Gerber, Model Hasil Dari Nepotism?

admin

Leave a Comment