CANTIK

Eucerin® UltraWHITE + SPOTLESS Melawan Masalah Bintik Hitam

Bintik hitam menjadi salah satu kebimbangan pada kita. Senang muncul tetapi nak membuangnya, susah.

Bagaimana bintik hitam boleh muncul di wajah? Ia disebabkan oleh kelebihan produksi melanin, yang biasanya tercetus daripada pendedahan kepada cahaya matahari, penuaan dan perubahan hormon serta faktor-faktor lain. Pada masa ini, penyelesaian paling berkesan bagi menangani bintik hitam adalah menerusi pengupasan kulit kimia atau rawatan laser. Tetapi sekarang, ada Eucerin® UltraWHITE + SPOTLESS yang menawarkan solusi yang lebih lembut serta efektif sambil memberikan faedah jangka masa panjang untuk menangani masalah bintik hitam.

Produk ini merupakan hasil kajian selama 10 tahun dan ia mengandungi bahan aktif iaitu – Thiamidol™ yang telah dipatenkan dan terbukti paling berkesan daripada 50,0000 kompaun yang diuji dalam Eucerin Skin Science Lab. Menurut kajian pihak Eucerin dan testimoni yang dilakukan menunjukkan dengan menggunakan Eucerin® UltraWHITE + SPOTLESS berjaya mengurangkan bintik-bintik hitam dalam masa empat minggu sambil mengekalkan kelembutan kulit.

Related posts

Tips Gigi Hadid Untuk Solekan Menawan

admin

SHISEIDO PERFECT GIFT FOR MOTHERS

adminwm

New and improved TRESplexTM Hair Fall Control

admin

Leave a Comment