SANA-SINIGAYA HIDUP

Edisi BMW 3 Series Terbaharu.

BMW Malaysia hari ini telah memperkenalkan tiga varian baharu bagi jentera BMW 3 Series yang terkini – iaitu BMW 320i M Sport, BMW 330i M Sport dan BMW 330e M Sport. Dipasang di dalam negara, iterasi sedan eksekutif premium yang terbaharu ini menampilkan eksterior dengan pesona yang lebih tertumpu di samping ruang interior yang lebih moden lagi inovatif.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia menyatakan, “Menerusi tiga varian BMW 3 Series yang baharu untuk pasaran Malaysia, Kuasa Pilihan terus berada di dalam tangan pelanggan, untuk menikmati versatiliti Kenikmatan Pemanduan Sempurna yang kami janjikan menerusi sedan eksekutif bersaiz sederhana ini yang menggamit sambutan meluas dalam segmen premium. BMW 3 Series kekal menjadi model terlaris kami setakat ini, mencatat lebih 2,300 unit penyerahan di Malaysia pada tahun lalu sahaja.”

Tambah beliau, “Konsisten melakar kejayaan untuk jenama BMW, janji yang kami tunaikan buat para pelanggan kami dengan setiap iterasi sedan tersebut – daya pengendalian yang sporty, reka bentuk tersendiri, keefisienan luar biasa dan kelengkapan inovatif – masih akan diutamakan, berlatarkan pelbagai inovasi yang terus memacu jenama kami ke hadapan dalam perintisan generasi mobiliti yang seterusnya.” BMW 3 Series mempamerkan revolusi dalam inovasi, hadir dengan ruang interior yang serba baharu dan moden. Julung kali didatangkan bersama BMW Curved Display, pengalaman pemanduan sedan eksekutif premium ini dapat diangkat ke aras yang lebih tinggi. Dengan melihat penampilan eksteriornya, ia jelas sekali mengekalkan imej sporty yang sinonim dengan BMW 3 Series, mempamer siluet yang dinamik serta auranya yang tersendiri – kini diperkayakan dengan reka bentuk seksyen hadapan dan belakang yang baharu dan bersifat lebih ekspresif.

Related posts

5 Most Expensive Wedding

adminwm

4 DAY WORK WEEK, WORKS!

admin

Masak Lemak Kuning (Cili Padi)

adminwm

Leave a Comment