SANA-SINI

Drive Something New Today

Sebuah evolusi dalam sistem pengangkutan Malaysia, Beam Mobility melancarkan kempen Drive Something New Today bagi mendidik para pengguna mengenai kaedah pengangkutan alternatif yang memudahkan lagi lestari. Kempen ini ingin mendemonstrasikan peranan penting yang dimainkan oleh perkhidmatan e-skuter kongsi miliknya dalam menangani isu perjalanan singkat yang terseling di antara penggunaan pengangkutan awam.

Misi Beam sebenarnya ringkas sahaja: untuk menaik taraf kaedah perjalanan singkat serta melancarkan pergerakan dalam kawasan bandar demi manfaat semua. E-skuter yang diperkenalkan oleh Beam mengisi jurang yang telah lama wujud dalam sistem pengangkutan awam kita, yakni dengan menghubungkan orang ramai kepada titik-titik transit, destinasi-destinasi popular, serta kawasan tumpuan dengan lancar dan mudah. Ia dapat meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam sambil mengurangkan kebergantungan orang ramai terhadap kenderaan persendirian. Bagi seseorang pengguna yang ingin bergerak dari lokasi ke lokasi di kawasan bandar menerusi e-skuter, Beam melengkapi ekosistem pengangkutan awam yang sedia ada menggunakan pendekatan yang lebih menyenangkan serta lebih lestari. Jika dibandingkan dengan kereta, setiap 10km yang disusuri melalui e-skuter Beam membolehkan pengguna mengurangkan emisi CO2 sebanyak 2.65kg.

Berdasarkan tinjauan terkini melibatkan pengguna mobiliti mikro pada bulan Mei 2022, hampir 50% daripada 1,800 orang penunggang Beam yang telah ditinjau menyatakan bahawa akses ke atas e-skuter bagi perjalanan singkat menjadikan mereka lebih cenderung untuk menggunakan pengangkutan awam sebagai pilihan bagi perjalanan panjang berbanding penggunaan kereta atau perkhidmatan tempahan kereta. Sikap ini turut dicerminkan dalam situasi sebenar, di mana 77% daripada penunggang yang biasa menggunakan perkhidmatan ini menyatakan bahawa mereka sentiasa, lazimnya, atau kadang kala menggunakan e-skuter sebagai medium hubungan dari dan ke titik pengangkutan awam.

“E-skuter Beam dirumus untuk memudahkan dan menggalakkan orang ramai memilih kaedah pengangkutan yang lebih lestari di kawasan pusat bandar. Dengan meningkatnya ketersediaan kenderaan ini di titik-titik transit dan destinasi tumpuan di sekitar Lembah Klang, maka warga Malaysia dapat membuat perjalanan singkat dengan mudah dan segera menerusi e-skuter ini di antara penggunaan pengangkutan awam. Sekiranya sesuatu tempat yang ingin dituju terlalu jauh untuk pejalan kaki namun terlalu singkat jika kereta digunakan, maka e-skuter kami boleh dimanfaatkan sebagai solusi kepada dilema ini,” kata Taty Azman, Ketua Hal Ehwal Awam di Beam Mobility Malaysia.

Related posts

dUCk Meraikan Ulang Tahun ke-8 dengan Pameran Pop-up dan Koleksi Baharu di Bukit Bintang

adminwm

Komited Ketika Detik Mencabar

admin

Football Republic Buka Cawagan di Sunway Pyramid

admin

Leave a Comment